LISTEN! LISTEN!

23:00
Okay, at first I don't have any idea on why people are saying about 'LISTEN!LISTEN!', and it seem like there's an issue that I don't know YET. 

Being a curious teenager, so I try to search about it in youtube.

Awal-awal ternampak video Parodi Matluthfi pasal benda tu.Aku memang tak tahu apa yang Listen!Listen! ni,jadi lepas dah tengok parodi aku pun menonton debat Forum Suara Mahasiswa.

Dah nama pun parodi,patutlah aku tengok yang original sebelum merumuskan kata putus.Tidakkah kita seperti orang yang hanya terikut-ikut sesuatu suara yang mengatakan pihak A itu benar manakala pihak yang menentangnya salah sekiranya kita tidak tahu yang sebenar?

Bukan nak tunjukkan yang aku ni macam kecoh ja padahal tak ada kena-mengena dengan aku pun benda tu.Eh, ada! Pasal 'education'.

Jadi nak cakap apa, aku bukannya mahasiswa.SPM pun tak lepas lagi ; kecoh lebih jalah Farrah ni.

Eh, suka hatilah.Kita memang kena tahu apa yang sedang berlaku.Jangan asyik berangan memikirkan apa yang bakal  berlaku sedang yang sedangkan yang terjadi di hadapan pun kita terlepas pandang.Sebab?Puncanya leka diulit mimpi yang entah mana hala tujunya.

 Aku tak mahu bincangkan pasal forum tu.Aku nak menulis.Menulis ya, bukan bercakap.Maklumlah pada era moden ni, kekadang ada manusia yang kehilangan kata-kata yang tujuannya untuk membidas jadi diwujudkan komen tak munasabah macam;

'hang bukan cakap,hang tulis.Apa laa'

-yang menganggap komennya bisa membuatkan si penulis itu cukup terkesan dan berasa malu.

Aku rasa remaja sekarang ini, sifat kepekaan dia macam hilang.Habis, digunakan kepekaan itu hanya pada unsur hiburan.

Aku tak katakan hiburan itu tak mendatangkan faedah.Seniman seumpama pelakon dan penyanyi memang perlu peka dengan bidang hiburan kerana memang sudah terang lagi bersuluh mereka mencari pendapatan dalam cabang itu.

Remaja yang kadang tak tahu pun harini kita sambut Maulidurrasul-bagi yang Islam.Yang mungkin tak tahu uncle bus cuti hari Ahad sebab sambut Thaipusam;jadi pandai-pandailah cari transport sendiri ke sekolah.

Tak mustahil ada yang tak tahu negara sendiri ada 14 negeri.

-mungkin aku juga ada tergolong dalam orang yang sebegini.

Aku hanya tulis berdasarkan benda yang aku tahu dan ambil tahu; dan masih ada perkara yang perlu aku ambil tahu.
 

Ada benda yang aku 'tak tahu'. Jadi anda yang rasa aku ni perasan bagus padahal 2x5 aja dengan 'orang yang di sana', tak mengapa jangan simpan rasa geram pada orang yang 'perasan bagus' ni.

Aku pun pernah berhadapan situasi ini, jadi gusar juga jika aku sedang 'mengata tentang orang di dalam cermin tatkala aku sedang berdiri di hadapan cermin '.

Cuba faham dengan analogi di atas.

 Berbalik pada punca utama yang menyebabkan aku terasa terpanggil untuk menaip bait-bait ayat yang sebolehnya seelok yang mungkin untuk menarik minat orang sebaya denganku agar memahami bukan hanya membaca.

'Remaja yang Tidak Peka'

Ada kalanya waktu kita berbicara tentang sesuatu perkara umum seperti -

"Weh,hang tau dak Lee Chong Wei tak menang dengan Lin Dan semalam"

"Hah, alaa tak penting pun"

Lepastu bila tiba-tiba ada 'sumber berita yang tidak dapat dipastikan kebenarannya ' berkata- Lee Chong Wei kalah gara-gara tidak fokus kerana tarikh perkahwinan semakin dekat.

Esok tu orang yang kata benda yang takda kena-mengena dengan dia sikit pun ,dengan bangganya akan cakap 

"Lee Chong Wei tu dah nak kahwin,terus kalah"

 Itulah manusia yang 'perasan bagus'.
  
 Okey,tu hanyalah contoh yang aku boleh fikir setakat ni.

Aku dah tak tahu nak perjelaskan isu ni panjang-panjang, sebab idea seolah-olah telah disejat menjadi water vapour. *fakta sains merapu

 Ya,semua orang tak boleh ada pemikiran yang sama yang kemudiannya akan melontarkan pendapat yang tidak jauh berbeza.

Kalau tidak mana nak letak pemikir kritis dan kreatif macam aku ni.

Hahahahahaha.

  

 
  




8A

10:38
BORING***

  HAHAHA



Aku bukan mangsa PMR tapi ....

22:02
Assalammualaikum,

Selamat Tahun Baru.Aku belum tahu berapa banyak azam aku tahun ni.Yang aku tahu, sememangnya nak berubah jadi lebih baik dan kemudiannya terBAIK.

Nak share sedikit coretan aku dala diari.Tak pernah lagi kan aku kongsikan di sini?

Popular Posts

Flickr Images