A.SAMAD SAID.seuntai kata untuk dirasa

AYAM BERTELUR SEKAMPUNG TAHU.DAH KENAPA?

13:36
Assalammualaikum,

Okey Farrah Wahida hendak menulis,sila baca dengan teliti.

Hang pasepa Farrah

Krik ** Kriiik.

Aku takda mood la nak tulis.Tapi aku nak bagi satu sajak nukilan A. Samad Said

Sajak ni betul-betul buat aku sedar IF YOU WANT IT,WORK FOR IT dan

Well Done is better than Well Said

SEUNTAI KATA UNTUK DIRASA
Panas usah membakar dada
Suara usah menggegar sahaja
Kalau benar membawa cita
Di dalam senyap kumpulkan tenaga

Ayam bertelur sekampung tahu
Mengapa mesti kita begitu?
Falsafah ubi diam berisi
Mengapa tidak kita turuti?

Sekarang singkirkan semua bicara
Sekarang kumpulkan tenaga raksasa
Tiba saat berbunga merah
Serentak mara kita bersama



p/s :Kalau hayati tu rasa tak macam terkena batang hidung sendiri.Aku terasa tambah-tambah lagi kat rangkap 2.Menusuk di kalbu sangat tau!

malunya,perasan comel konon

03:09
Assalammualaikum,

Tadi kan aku kena pi beli koey teow dan bawang putih yang telah dikupas (okey,who cares?dan perlukah se-detail ini?) .Bakinya aku selit jalah dalam seluar jean.Lepastu kalut-kalut jalan,waktu tu pasar malam baru nak bukak,baru nak psang khemah,baru nak goreng kopok lekor dan masih baru.

   Lepastu kan aku jalan,sambil pegang barang yang berat sangat.Memang berat okey,aku bukan jenis nak cakap eyy,beratnye ,banyak bendalah ( apa ni?gediknyeww).Koey teow tu sepuluh pek ok,mau tak berat.Lepastu pulak dah plastik sekarang ni jenis tak boleh hang macam pegang ,pegang ja .

   Dia senang nak melepus-adakah perkataan ni?Taktaulah dia macam senang la ,takleh guna perkataan hancoq- sebab plastik tak hancurrr.Taulah plastik sekarang semua jenis bio-degradable,tapi janganlah sampai barang tercicir sebab halusss sangat plastiknya.Hati-hati okay,manalah tau baru beli jam letak dlm plastik,mesti sedih kan . Saya sedikit prihatin pada kamu semua.

  Waktu jalan tu,ada dua orang lelaki tengah duduk mcm tepi longkang lagi sorang atas motor.Bersembang kot.Aku jalan lah cepat -kali ni aku tak pegang plastik aku macam usung dia,sebab pemegang tu kan dah putus dua gara-gara terlebih muatan.


Tiba-tiba .........



......................................
......................................

"Kak !Kak!"
Okey aku buat bodoh sambil jalan lagi cepat.

"Kak!kak!"
Kenapa depa ni?

Sebab selalu kan lelaki depa suka panggil tanpa ada motif tertentu.Aku yang perasan diri ni cantik :P terus jalan lagi laju.Buat taktau jaa.Bengonggggggg.


..............................................

Ada pakcik keluar dpd lori .Lepastu dia tunjuk ke belakang.

Aku pun pusing . u know what?

Duit baki telah melepaskan dirinya dari poket jeansku,dan bertebaran di atas jalan tar.
"Baby, pi amik duit tu cepat!" (kerja nak arah orang ja)

Sebab adik aku yg bongsu dia teman aku pi beli,lepastu kan aku tgh usung benda tu takkan nak letak.

...............................................
MALU.DAN AKU PUN PUSING SERAYA BERKATA

"TERIMA KASIHHHHH"  dengan senyuman meleret.IKHLAS OKEY.

terima kasih sangat.Itu maknanya dua org lelaki yg sedang melepak bersembang itu adalah baik.Masakan nak panggil berkali-kali ,si buat donno ini semata-mata nak tunjuk duit.Kalau org yang jahat dah lama ambik duit tu RM 36 laa jugak yang jatuh tu.

Walaupun malu,terima kasih kena ucap jugak.Penting tau terima kasih ni,jgn buat org rasa mcm "E'eleh sombong laa deni"

.......Dan aku terus jalan cepat-cepat.



Popular Posts

Flickr Images