Diari July *Trial PMR

15:44
Assalammualaikum,

So uolls,hows life? wink wink ^^  Aku memang suka update blog dekat-dekat exam sebab macam melepaskan apa yang terbuku+terpendam di hati.

Bila update kan dia macam hilang stress nak exam.Penipu,mcm la study hard sangat.

Kebelakangan ni,byk persoalan ala-ala bila hang nak jawab cerpen."Apakah persoalan yang terkandung?"

Jadi saya tak mahu kupas isu itu sekarang,tapi lebih baik kupas isu daripada mengupas bawang.Nanti matamu pedih.Hang jangan dok merapu boleh dak ,Farrah?

Hehe,maaf.Tau tak aku suka bila dengar Cikgu Zainol cakap setiap kali lepas Perhimpunan Al-Quran.Dia macam bahagian Angguk Geleng mukasurat last kali dalam Majalah Solusi.Lawak tapi sarat dengan isi yang sangat terkesan di hati ini.

Lepastu,ada kak senior sorang ni.Aku selalu teragak-agak nak tegur dia ka tak.Kadang -kadang nampak macam sombong sikit.Sikit jalah.Kadang-kanya bila aku senyum tu memang dia senyum balik.Tapi disebabkan itu semua spekulasi "nampak macam".Jadi aku tak boleh rumuskan apa-apa.Kadang-kadang aku terfikir dia tak suka kat aku kah.Kadang terperasan pulak 'junior comel' yang dimaksudkan tu aku.

*Farrah,memang banyak persoalan dalam hidup hang*

Tiba-tiba secara tak sengaja waktu baca blog dia ada la tweets dia di penjuru blognya.Scroll.Scroll."eh macam aku ja" .Tersenyum-senyum baca tweet sbb ada orang puji.Woi,jangan riak.

Last,ada persoalan tentang kehadiran yang tanya pasal kehadiran kelas.Tapi sebab aku ketua kelas aku x da lah hairan sangat waktu tu.Walaupun lepastu baru aku pelik sikit sebab aku baru ja hantar kehadiran kat pejabat.

Persoalan yang paling penting ialah,hang tak reti-reti nak study ka?

Ok bye.Jangan lupa bawa IC Ahad ni tau budak 3A7.



Sports Day Badlishah

14:39
Assalammualaikum ,uolls

Q  :  Kalau tajuk Hari Sukan Badlishah ja takboleh ka?      A : glamour sikit :P

Okay pilih maskot yang anda rasa comel waktu Hari Sukan Badlishah ^^

A. Spongebob
B. Incredible Superhero
C. Bunny
D. Android
E. Superman


Nak buat huraian boleh?Walaupun aku hanya berdiri di sudut padang.Hahaha.

Spongebob - Comel, tapi saya harap dengan kehadiran Patrick, mesti lagi meriah.Kalau Patrick- Syed Ahmad lah kena jadi.Okey ,siapa nak jadi rumah nenas? Soalan x boleh bengong lagi?

Incredicle Superhero - yang ni lawak jugaklah dengan rambut dipercik watercolour kuning.Kalau aku tangkap gambar tadi boleh tunjuk kat pakcik bomba sebelah rumah. :D

Bunny        - Adik ni sangat comel dengan dua telinga persis arnab ,dan tatkala dia rasa malu kayu sakti berbentuk bintang *glitter*glitter dilambai depan muka - malu lettew hahaha

Android     - Syed Omar menunjukkan kecanggihan teknologi di sini. T__T Aku hanya menggunakan perisian symbian^3.Yalah aku pakai Nokia ja, mana ada Google Play.


Popular Posts

Flickr Images