Impian

Wawasan 2022

01:05
Alhamdulillah , dah habis 4 paper.Dua lagi.


-Statistical Psychology
-Bahasa Melayu Kerjaya
-Social Psychology
-Developmental Psychology
Done!

-Research Methodology
-History of Psychology
Dengan ini saya akan mengakhiri tahun kedua semester kedua ^.^ Yey! 2020 ni teringat pulak di waktu senggang tika menonton movie 5cm dengan Sofea, tiba-tiba aku cadangkan 

"Nanti aku 24,kita daki Semeru"

"Ok"

Walaupun setiap kali mendaki pastilah Sofea di hadapan,dan aku antara orang-orang yang terakhir.Alasanku?Menemani rakan yang ada asma, padahal hmpphh aku pun sama ja lambat T_T

Dan setiap kali menonton 5 cm ,perkara sama juga yang aku ingatkan pada Sofea.Hmm, jadi ke tidak? Tak tahu, tapi tak salah kan simpan impian.Kalau tak sampai Gunung Semeru, semoga puncak Gunung Kinabalu dapat ditawan.Kalau pasang impian kan biarlah setinggi langit.

Jadi apakah motif posting kali ini?Tidak ada hehe.Harus seimbangkan penulisan serius dan separa jenaka.Pesan rakan saya, seiring waktu berjalan,tingkatkan kualiti humor (kidding,people!)

Jadi untuk mencapai wawasan 2022,marilah kita tingkatkan kesihatan mental dan fizikal.Kasut sukan, baju sukan, seluar,yoga mat -semuanya sudah ada.Semangat dan usaha itu yang kita perlukan.Ayuh, kita bersenam!

Cuti semester ini harapnya dapat tingkatkan skil melayangkan berus di atas kertas.

Kenapa baca sampai sini,kan sudah diberitahu posting kali ini tiada motif. 😂
Impian

Impian yang menghidupkan

03:06
Impian adalah perkara yang membuatkan aku mahu hidup,untuk kejar dan gapai cita-cita,harapan serta impian.Kadang - kadang apabila rasa tidak produktif,bila diri mula lesu,soalan yang menerjah dalam minda ini mula bersoal jawab tentang sebab untuk aku HIDUP.Untuk aku kekal positif dan menyinar.Menyinar itu pada definisiku seperti seseorang yang dipenuhi cahaya semangat yang membuatkan dia mahu jadi lebih baik dan lebih lagi dalam semua aspek.

Pastinya pada setiap impian yang aku ada itu,harapanku supaya ia akan memanfaatkan masyarakat,alam dan manusia di sekelilingku.Kepuasan apabila aku berjaya menggapai sesuatu bukanlah terletak pada betapa hebatnya diriku,tetapi ia ada pada insan lain yang terkesan dengan kejayaan itu.Inspirasi dan motivasi bergerak seiring dalam perjalanan merealisasikan sesebuah impian.

Doa yang aku pinta pada Allah menjadi pembalut harapan yang meyakinkan aku akan potensi diriku.Moga-moga doa aku dimakbulkan.Pada orang-orang yang mendoakanku sama ada dalam pengetahuanku ataupun tidak, terima kasih aku ucapkan.Aku berdoa agar doa kalian juga dimakbulkan olehnya insyaAllah,

Kekal positif dan sentiasalah melihat daripada perspektif baik dalam kehidupan.
Percayalah,jiwa yang positif itu mendidik hati lebih gembira.