cuti sekolah

Ice Breaking di Akhir Tahun

02:18
Lama pula rasanya tak berkongsi cerita kan?Sejak mula cuti persekolahan ni, hidup macam tak teratur.Maklumlah kalau sekolah pagi,tau pula nak tidur awal,kalau tak memang nak kena kejar Bas Muthusamy & Son lah . 

      Minggu-minggu terakhir aku kat Badlishah penuh dengan aktiviti-aktiviti yang umpama Minggu Suai Kenal antara pelajar berlainan kelas,walaupun kekadang aku culas untuk kesekolah.Pasca PMR lah katakan.Biasalah,kami pelajar Badlishah, classmate dari form 1 sampai form 3 muka yang samalah yang kena jumpa tiap-tiap hari.Tak dirombak langsung kelas mengikut keputusan peperiksaan seperti kebiasaan di sekolah lain.Cikgu tak mahu beza-bezakan kami semua kot,sebab awal-awal jejak kaki di SMK Sultan Badlishah ni semuanya dengan slip 5A atau 7A dengan muka bangga (konon dapat masuk sekolah yang agak top lah) .Ceh,salah ka puji sekolah sendiri. 

        Maka kadar komunikasi antara pelajar berlainan kelas tu agak terhad.Yang ni tipu!Bukanlah terhad tapi disebabkan hang hanya jumpa muka yang sama maka peratusan tinggi  yang best friend hang kat sekolah tu budak satu kelas!

        Jadi sebelum masuk Form 4 ,cikgu nak biarkan kami semua bermesra dan berkenalan dengan rakan setingkatan dan seperkolahan yang lain kelas supaya tak terjadi kejutan budaya tahun depan,sebab bermulanya menengah atas ( high school lah ) kami akan berpecah belah mengikut subjek tambahan yang dipilih atas kemahuan dan kehendak sendiri (bak kata Pengetua yang menyarankan agar kami semua pelajar form 3 selidik betul-betul nak tambah subjek apa,jangan asyik nak drop ja ).



Ini Cik Noraini sendiri suruh saya upload okay.
Nak tunjuk overload happiness sebab cuti awal -sehari ja k.

3A7 is the best!

Gegirls of 3a7 yang always happy go lucky macam ketua kelas n penolongnya!


Cehh! Love lah sangat.

Kuganesh!

Yeah, overall 2013 is another great year spend in Badlishah.
A lot of things that makes me extremely happy.heheh ^^

                           LotsofLove,
                                  SMK Sultan Badlishah.


          


ADA BAKAT KE TIDAK?

22:56
Waktu-waktu cuti sekolah ni saya amat pasti banyak yang ber-online dari siang sampai ke malam lepas tu sambung pulak shift malam sampai ke pagi.  

Yang jelas memang pekerja berdedikasi kepada Google Chrome serta Internet Explorer  /ada lagi yang guna? /  dan tidak lupa Syarikat Twitter yang mengupah lebih banyak pekerja untuk menandingi Facebook Sendirian Berhad.


Wah,intro harini menarik kan?


Sebelum anda mensia-siakan cuti ni dengan perkara yang berfaedah /mengambil berat tentang kehidupan harian kawan-kawan yang sentiasa mengemaskini status/ .Agak berfaedah la,tapi tak perlulah 24/7 kita terlebih ambil perhatian tentang mereka.


Cuti hanya tinggal lagi 5 minggu.PERHATIAN 5 MINGGU.Saya sendiri pun takut nak tengok kalendar,kerana terasa bahawa hari semakin dekat.1,2,3,4,5 semudah itu kita mengira maka semudah itu hari-hari INDAH ini berakhir.

Macamna nak jadikan cuti ni sebagai memori yang >>>


"Oh,aku pernah buat ...... waktu cuti sekolah form 2 dulu"


Kiranya adalah juga benda yang nak diingatkan.Lawaklah kalau nak cerita nanti bila besar 


"waktu cuti saya online ja.Online itu ialah on wi-fi kemudian tercongok di hadapan laptop/handphone"


.TAK MENCABAR DAN MENARIK.    \/\/\/\/\/\ kosong/\/\/\/\/\/\



Apa yang anda kena buat ialah,explore dan cari bakat yang terpendam ataupun asah apa yang sedia ada.


Kajian menunjukkan kemampuan kita untuk  meningkatkan kemahiran pada bidang yang kita minat      dan kurang minat adalah berbeza.Contohnya anda minat menjahit tetapi bila tengok jiran anda pandai melukis maka anda pun terus berlatih nak lagi bagus daripada dia.


Kalau anda guna masa tu untuk berlatih menjahit baju kurung barbie doll atau alas meja sebenarnya bakat anda akan lebih terselah.Tempoh yang lama diperlukan untuk ada jadi pelukis yang handal dari jiran anda.



                                                            

                                                   

Saya telah mendapat banyak dorongan daripada buku ini yang juga menjelaskan mitos-mitos yang membuatkan kita selalu kurang keyakinan dan motivasi.      /\/\ Bagus juga kalau anda baca buku ini /\/\