Majalah Yang Patut Ada Dalam Genggaman Anda

22:18
Assalammualaikum,




  Majalah ataupun dikenali sebagai "Magazine" dalam bahasa Inggeris adalah satu naskhah yang berinformasi.Sarat dengan kandungan,yang pastinya tidak habis diterokai hanya dalam satu hari.Pelbagai fakta dan info baru daripada headline-nya sampailah ke kotak-kotak kecil dalam layout majalah itu juga terisi dengan ilmu yang baru.

  Kalau dulu,sewaktu di sekolah rendah seringkali Asuh dan Kuntum jadi peneman,bahan bacaan kanak-kanak.Tak sempat beli keluaran bulan ini?Tak ada masalah,lihat saja dalam kelas pasti ada rakan yang  membimbit majalah Kuntum.Malah ada yang ketawa membaca siri komik Godaan Syaitan dalam majalah Asuh.Walaupun hati meronta-ronta nak membaca sama kisah si syaitan gemuk dan kurus yang  tidak pernah penat menhasut, harus juga disabarkan untuk menunggu giliran bagi meminjam majalah itu.

  Sekarang di sekolah menengah,kala umur sudah menjangka belasan tahun, minat membaca majalah tertumpu ke jenis dan tema yang lain pula.Berbagai-bagai majalah yang boleh menjadi pilihan,yang bertemakan hiburan sehinggalah ke majalah landskap dan hiasan yang pasti menjadi idaman ibu-ibu untuk menghias dekorasi rumah supaya setanding dengan rumah-rumah cantik yang dipaparkan dalam majalah.Manalah tahu suatu hari rumah sendiri terpilih masuk,kan.


  Ada 3 majalah pilihan yang pasti menjadi bahan bacaan saya setiap bulan.

SOLUSI

Majalah yang pertama adalah Solusi.Padat dengan penyelesaian kepada masalah kita yang berkaitan dengan cara hidup Islam.Kalau baca tu,terasalah macam nak bermuhasabah diri sikit :)Memang best majalah ni,kata-kata yang digunakan amatlah menarik seperti mengajak kita dengan cara yang lembut untuk segera berbuat kebaikan.Ruang 'Beduk Diketuk' yang penuh dengan pengajaran serta diselit dengan dialog-dialog kehidupan seolah-olah membuatkan kita menghayati sisi kehidupan seseorang sehingga membuatkan kita terfikir dan meng-refleksikan diri kita sendiri.

      Ketika saya menghadapi jalan yang sukar untuk memilih yang terbaik,majalah SOLUSI seolah-olah faham dan ia benar-benar memberikan solusi buat saya.Kita pasti tersenyum apabila sebuah soalan yang terawang-awang di minda tiba-tiba menemukan jawapan apabila membaca majalah SOLUSI.Alhamdulillah, majalah sebegini adalah wadah yang baik untuk mengeratkan hubungan kita dengan Allah.

      Malahan cara penyampaian dilakukan dengan elok dan pelbagai.Ruangan komik 'hitam putih' dan ruangan 'angguk gelek' di mukasurat terakhir pastinya menjadi destinasi pertama saya setelah mendapat majalah Solusi yang terbaru.Majalah Solusi juga memperkenalkan ruangan baru seperti "Betulkan yang Biasa dan Biasakan yang Betul"Ia mengajar kita untuk beribadah sambil berilmu.


DEWAN SISWA
Majalah Dewan Siswa sangatlah bagus buat pelajar sekolah menengah.Sesuai sekali sebagai rujukan tatkala menulis karangan bahasa Melayu.Juga ada sisipan buat pelajar PT3 dan SPM.Subjek-subjek teras serta beberapa subjek elektif seperti Akaun dan Biologi turut ada sebagai nota tambahan untuk pelajar mengulangkaji.Bahasa Melayu yang ditulis dalam majalah ini adalah sangat bagus dan ada ungkapa-ungkapan menarik yang dapat digunakan dalam karangan kita.

   Untung sabut timbul,untung batu tenggelam.Mungkin ketika bersusah-payah mengarang dalam dewan peperiksaan,peribahasa dan ungkapan menarik yang menjadi santapan minda ketika membaca Dewan Siswa menjengah ke otak,dapatlah markah lebih!

                                                                   
EH!
EH! ini bukan calang-calang majalah hiburan yang hanya berfungsi untuk membuatkan kita peka dengan fesyen terkini tetapi juga sebuah majalah yang amat menarik susun atur imej dan teksnya.Malahan ayat-ayat yang diguna begitu gramatis dan membuatkan kita tertarik untuk membacanya.Cara seseorang pengarang itu menggambarkan kecantikan seorang wanita jelita atau gaun indah berlabuci sangat unik dan versatile (serba boleh).

    Gaya bahasa yang sangat cantik bagi saya kerana pengarang berjaya menggambarkan sesuatu dengan baik dalam bahasa Melayu kerana seringkali kita enggan menulis dalam bahasa Melayu kerana risau tidak dapat meluahkan perasaan sebenar dengan ayat yang puitis dan menarik.Contohnya dalam pengiklanan sesuatu produk kosmetik EH! berjaya meyakinkan keberkesanan sesuatu produk dengan ayatnya yang menarik.Penerangan produk yang asalnya bahasa Inggeris dapat diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan baik sekali.

        EH! berjaya menukar persepsi negatif saya dan kini saya tidak teragak-agak untuk menggunakan bahasa Melayu,bahasa kebangsaan untuk menulis.EH! adalah rujukan utama dalam menulis bahasa Melayu dalam gaya moden namun masih mengekalkan kedaulatan bahasa Melayu.


Jumpa lagi minggu-minggu seterusnya,dengan isi terbaru dan menarik.

Eh!Dah macam majalah pula.

Selamat bercuti kawan-kawan!

                                                                                                                            FarrahW







Awat hang malas sangat?

01:50
Assalammualaikum

rakan blogku.Buat semua yang menjalani ibadah puasa,jangan, kita jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk mudah letih dan malas. 


                               REFRESH
                          BASUH MUKA.
BUANG malas.JOM KITA RAJINKAN DIRI.

Setiap kali aku rasa malas -yang amat sangat.Terus aku terfikir aku malas nak baca al-Quran ni, syaitan dah digari seperti yang kita semua suka mengaku tahu yang syaitan bukanlah lagi faktor yang mendorong kita untuk tidak melakukan ibadah (termasuk belajar) ,lalu apa puncanya?

Mari kita selongkar sebab apa yang kita malas sangat ni.Kalau dah memang pemalas dalam bulan Ramadhan ini ,maksudnya sifat negatif itu sebenarnya dah melekat dalam diri kita.NO,NO,NO!Kita dah tak ada sebab nak cakap syaitan bergayut di atas mata yang buat kita mengantuk.Dan kalau aku mengantuk sangat tu,orang pertama yang aku patut salahkan adalah aku sebab tak reti nak uruskan waktu tidur.Segalanya kini berbalik pada diri kita,ya kalau kita malas itu salah kita.


Aku pernah nampak di Instagram quote macamni yang dikongsi oleh Dr Fatin Liyana Asri,seorang blogger yang aku kagum akan skil penulisannya yang amatlah best bagi aku,ditambah pula pengalamannya mengembara di merata tempat dan juga ilmunya yang sering dikongsi di blognya honeykoyuki.blogspot.com . Dr FL ,saya kongsi ya!Benda baik kalau share dapat pahala kan insyaAllah :) 

Nampak ja quote ni waktu *scroll* di timeline aku tak sabar-sabar nak tengok siapalah yang boleh ubah kehidupan aku ni.Rupanya "lihatlah ke dalam cermin".Rasanya ayat tu macam sedang memerli Farrah Wahida yang malas yang ingat senang-senang ja dia boleh rajin.Hwahahaha.

Aku nak update blog ni pun malas tau sebenarnya,tangguh daripada bulan lepas lagi.Punyalah teruk malas ni kan.Aku pernah terbaca dekat satu buku ni untuk takmau bagi kita asyik tangguh keja,hang ambik kertas tulis besar besar

     TODAY NOT TOMORROW , NOW NEVER SAY LATER

Hang tulis atas kertas yang cantik sikit dengan pen Sharpie berwarna-warni tu,barulah semangat sikit lekat kat meja belajar tu,lekat dekat tepi katil jangan over sangat dok lekat kat dahi.Paling efektif aku rasa hampa lekat kat cermin sebab kita kalau nak tengok muka tu mesti lama punya la,tak tipu paling lama seminit setengah.Jadi setiap kali hang rasa nak kira jerawat tambah dengan merungut pasaipa jerawat banyak ,nampak ja kata semangat tu terus rasa yang mengira-betapa-banyaknya-jerawat-tidak-dapat-menghilangkannya lalu cepat-cepat rasa macam nak buat nota sejarah.Hebat dak?!!! 

Aku pun dah tak mahu bergelumang dengan sikap malas.Jangan ingat yang aku kongsikan kat sini maksudnya 100% malas itu lesap ~~~ Bukan mudah nak let it go kan malas ini dan sebab itulah aku kongsikan kat blog tentang penyakit malas ni sebab aku akan rasa tercabar bila aku kongsikan satu benda baik tapi aku sendiri tak buat.Rasa macam orang akan cakap "Apalah haritu share dekat blog takmau malas lah apa lah.Penipu la deni" hohoho.Sebab tu aku selallunya teragak-agak nak share info-info bagus sebabnya aku bimbang aku sendiri tak manfaatkan benda yang aku war-warkan di blog.Jadi sebab aku takmau hampa semua pandang rendah,aku akan cuba lepaskan m a l a s. 

Kita buat sama-sama okay.





Cuba untuk tidur pada waktu yang sama pada setiap hari supaya otak kita dapat selesa dengan "setting" dia.




JUST DO IT!

Saya belanja quote hari ini. :)
Lagi best kalau print dan tengok setiap hari,semangat tu mesti membara!
ORANG RAJIN MANA PERNAH BERHENTI!
                                                        (BERUSAHA)


                                                                                                                                                     farrah