kata-kata

Apa khabar hari ini?

22:43
Soalan atas ini mungkin soalan paling cliche.Soalan yang macam 'eh takda soalan yang best lagikah?'
Soalan yang ringkas,tapi sebenarnya kalau kita luangkan masa,untuk dengar dan peka,ada jawapan yang kompleks menanti,yang ada isi tersirat juga tersurat,cuma mungkin kita perlu lebih sabar dan dengar.

Seringkali,kita sangat ingin bertanya,tetapi bimbang akan disalah anggap sebagai 'terlalu' mengambil berat.Adakah salah pada 'terlalu' itu?Adakah tidak layak atau tidak mampu.

Sungguh banyak sekali soalan yang bermain di mindaku.

Dan soalan ini aku tinggalkan pada kalian.
Tiada apa yang salah pada sebuah soalan,terpulang pada individu untuk menafsir.
Tanyalah, mungkin ada jawapan.

Tanyalah,mana tahu banyak yang hendak diluahkan.
Kadang-kadang ada orang yang hanya mahu pendengar
Bukan pengkritik,bukan penyokong
Hanya ada dan dengar
Sudah cukup

Kita berbeza

Sengaja,cuba aku fahami manusia dari perspektif lain
Teori dan hipotesisnya?
Aku tak tahu

Cubalah tanya dahulu.

Apa khabar hari ini?


                                        - bulan sabit di Samarahan
Impian

Impian yang menghidupkan

03:06
Impian adalah perkara yang membuatkan aku mahu hidup,untuk kejar dan gapai cita-cita,harapan serta impian.Kadang - kadang apabila rasa tidak produktif,bila diri mula lesu,soalan yang menerjah dalam minda ini mula bersoal jawab tentang sebab untuk aku HIDUP.Untuk aku kekal positif dan menyinar.Menyinar itu pada definisiku seperti seseorang yang dipenuhi cahaya semangat yang membuatkan dia mahu jadi lebih baik dan lebih lagi dalam semua aspek.

Pastinya pada setiap impian yang aku ada itu,harapanku supaya ia akan memanfaatkan masyarakat,alam dan manusia di sekelilingku.Kepuasan apabila aku berjaya menggapai sesuatu bukanlah terletak pada betapa hebatnya diriku,tetapi ia ada pada insan lain yang terkesan dengan kejayaan itu.Inspirasi dan motivasi bergerak seiring dalam perjalanan merealisasikan sesebuah impian.

Doa yang aku pinta pada Allah menjadi pembalut harapan yang meyakinkan aku akan potensi diriku.Moga-moga doa aku dimakbulkan.Pada orang-orang yang mendoakanku sama ada dalam pengetahuanku ataupun tidak, terima kasih aku ucapkan.Aku berdoa agar doa kalian juga dimakbulkan olehnya insyaAllah,

Kekal positif dan sentiasalah melihat daripada perspektif baik dalam kehidupan.
Percayalah,jiwa yang positif itu mendidik hati lebih gembira.