class

Sweet morning

08:58
Assalammualaikum

I am going to school.Ya,today is holiday, you're not mistaken.It just that my class,my friends and I and our class teacher are gonna make up the class.We're going to wrapped the tables with some orange-coloured paper and then covered it with plactic so that it'll not gonna torn in case if the morning session pupils are too vicious while doing their homework.Okay sorry.

What more?I'm typeless.No,there's none of that word TYPELESS ,in the dictionary.It's just that ya, I am lost of words.Nothing more to be mentioned here,I'm just updating this blog, so in case my stalker are reading so there's a new entry for them to check it out'.

But , does there anyone who love to read my blog?If ya,do say a hi t me on facebook.Oh,everytime when updating ze' blog, when I'm going to hit the publish button just then I'll remember some good stuff to be told.

So, Danish my lil' cute cousin is in the hospital.Pity him,buat I'm not that too sympathise for him.Ya, i love  to tease him.So Danish Insyaallah will  get out of that hospital tomorrow.Bye

Al-Fatihah untuk Walid

17:44
Hari Khamis haritu walid meninggal.Terkejut jugak,tapi yang aku tau satu hari nanti benda ni akan berlaku,tak kiralah bila. -bila pun.

Waktu kat kantin tu ,aku nampak abah lepastu aku pergilah ,abah kata jom makan.Aku macam dah 3.45 ni rehat nak habis dah takkan nak makan kat luar.Lepastu abah kata walid dah meninggal.Okay,first2 tu rasa macam serabut ja.Taktau nak nangis ka senyum ja.

Pergi cari Sofea.Lepastu pergi bilik guru bagitau cikgu kelas.Tunggu kat bilik kaunseling,nak ambil surat untuk balik.Dah duduk kat situ kan,takda orang aku pun dok fikir la balik,recall balik keluar makan dengan walid lah,waktu walid bagi duit sebab dapat upkk straight A,macam-macamlah yang aku fikir.

Pusing satu sekolah sampai taktau nak pergi mana dulu.Pening,serabut ja rasa.Nasib tak pengsan.Kuatkan semangat.Lepastu pergi ambil beg kat kelas.

Lepastu waktu dalam kereta dah rileks sikit.Aku selalu ingatkan kat diri sendiri satu hari nanti kalau bukan haritu walid akan pergi juga.No matter how,aku kena terima semua ni.

Sampai kat rumah mak,tengok ramai ja.Anis keluar dengan pakai baju sekolah.Aku dengan Sofea pun pakai baju sekolah,tak sempatlah nak balik rumah tukar pulak.Tapi takpa dekat ja rumah mak dengan rumah aku.Masuk dalam tengok walid ada atas tilam.Badan dan muka walid dah tutup dengan kain.

Tengok Cik Nani and cik Azim tengah baca Yassin.Mak Chaq dan Mak Tam pun ada.Bila tengok ja Walid aku pun nangis baliklah.Tadi dah berhenti dah,tapi sedih pulak tengok walid.

Umi pun ada.Cuma sibuk sikit sebab nak urus banyak benda.Tapi waktu umi sampai pun walid dah tak ada.Walaupun sekolah umi dekat dengan rumah mak.Ajal tu takkan lambat sesaat dan takkan cepat sesaat.Allah dah tentukan semuanya.Kita kena redha.

Untunglah cik Nani,sempat bawa walid keluar makan pagi tu.Tapi aku pun dah keluar makan dengan walid sabtu lalu,cuma tak banyak sembang dengan walid.Tak apa,aku bersyukur jugak dapat keluar makan dengan walid.

Then pergi keluar sat,ambil angin.Nangis lama-lama pening kepala.Waktu tu Pak Su,Uncle,Tita,Mak Njang,Mak Long tak sampai lagi.Dekat maghrib baru sampai.

Malam tu jugak walid dikebumikan kat Masjid Kulim.Sedih jugak dengar talkin yang ustaz tu baca.Lepas balik dari kubur,kami baca Yassin.Sampai malam Ahad buat tahlil dengan khatam Al-Quran.

Malam kedua tu,kami kumpul ramai-ramai.Asyik ceritakan tentang momen-momen indah dulu dengan walid.Sebak jugakSemua orang cerita pasal kenangan yang best dengan walid.

Cuma waktu tu tak rasa sangat sebab rumah mak masih ramai dengan saudara-mara.Yang aku rasa walid masih ada cuma tiada di rumah.Tapi sekarang bila semua dah balik,bila duduk sorang-sorang ingat balik pasal dulu sedih jugak

Rindu kat walid.Aku tau semua orang rasa macamtu.Tapi satu hari nanti aku pun akan pergi jugak.Muhasabah diri sikit bila dah jadi macamni. : ).Kenalah banyak-banyak buat amal baik,jangan tinggal solat.

Sampai sini ja lah.Semoga roh walid ditempatkan di kalangan orang beriman.Al-Fatihah.Amin.

Kalau boleh nak tulis banyak lagi nantilah aku buat cerita.Cuma tu untuk ahli keluarga jalah yang baca ya.