riversideuia

Tentang L dan riverside

03:33
Seperti yang selalu saya katakan, di saat-saat sukar dan waktu yang tidak sepatutnya saya gunakan untuk menulis di blog - seperti waktu sukar begini ,minggu belajar >.< Tekanannya begitu kuat untuk menulis kerana ingin melepaskan diri daripada tanggungjawab belajar ,walaupun lebih banyak masa merencana dalam minda daripada betul-betul duduk dan menghadap buku.

Jadi, di sini saya kembali menulis.

Malam ini ingin sekali saya tulis tentang sahabat yang inginkan saya namakan sebagai L.Saya jarang-jarang bertemu orang dengan huruf L di hadapan , jadi manusia ini begitu unik dan istimewa.

Orangnya manis, kali pertama bertemu saya dalam keadaan kurang baik - keadaan yang ingin sahaja menitiskan air mata dan berkongsi luahan hati demi mendapatkan ketenangan.

Jadi pada kelas pertama saya pada semester itu, saya menyapa L, dan katakan " I really need to share something with you...." Di situlah bermula persahabatan, dan siapa tahu perkongsian dengan seseorang yang baru saya kenali itu menghadirkan rasa senang dan tenang.Kami bersembang di kafe HS dan saban minggu pada kelas yang seminggu sekali itu kami bertemu dan hanya sempat meluangkan masa lebih kurang 15-30 minit selepas kelas kerana dari kuliah berbeza.

Riverside UIA pastinya mendengar banyak sekali luahan hati saya dan L.Meletakkan kepercayaan pada orang baru seperti L menjadi mudah kerana dalam cerita kami berdua ada titik temunya.Saya bersyukur sekali mengenali L kerana saya yakin sahabat yang baik akan mempengaruhi pilihan dan tindakan kita.

Emosional dan rasional kita ada pergantungan pada orang sekeliling.Maka pilihlah sahabat dengan baik.L yang kenal personaliti saya dengan baik sepanjang empat semester kami berkawan selalu memberikan nasihat yang mendahului rasional daripada emosional.Itu kehebatan L yang selalu saya kagum dalam diam.

Sekiranya saya ajukan soalan yang saya sendiri tahu baik buruknya, L akan biarkan saya membuat keputusan sendiri tetapi dalam kelembutan L akan mengingatkan " ...tapi lebih baik Farrah sabar.." dan itu lebih menguatkan saya bahawa jika kita dikenali sebagai seorang yang baik,tidak salah untuk meletakkan pengharapan orang lain ke atas diri kita sebagai penguat semangat untuk kita terus berkelakuan baik.Mungkin kedengaran hipokrit?Saya tidak tahu, tetapi bagi diri saya itulah penguat paling besar untuk saya terus menjadi lebih baik.Pengharapan itu.

Ya, benar pengharapan yang tertinggi dan terbesar layak hanya pada Tuhan.Namun manusia yang dihadirkan dalam bulatan hidup kita juga adalah kiriman Tuhan supaya kita terus menjaga habluminannas dan habluminallah (hubungan Bersama manusia dan Allah).

Terima kasih L, kerana selalu ada.Saya hargai waktu-waktu apabila antara kita terdiam sepi dan hanya menyaksikan sungai yang mengalir - ada waktu hanya diam yang dapat mengisi bicara.Semoga sungai itu terus memberikan kebahagiaan walaupun hanya pada memori kita berdua membicarakan tentang hidup dan persoalan yang tiada akhirnya.

p/s : Thank you L, you are the light that were sent by Allah at the right time.Alhamdulillah.
hidup

Fasa kehidupan

02:00
Assalammualaikum,

menjengah Disember,dihambat dengan kesibukan ,one dateline after another,selalu saja membuatkan semangat menulis membuak-buak.Mungkin itu cara terbaik untuk melepaskan penat.Hehe, padahal selalu buat kerja last minute.

Setelah seminggu yang penuh dan padat,selalunya saya pilih untuk berehat dengan minuman panas sambil membaca buku yang lama ditinggal sepi.Buku motivasi lazimnya,kerana hujung tahun begini lebih tinggi motivasi yang diperlukan supaya 2019 berakhir dengan baik demi menunggu kedatangan tahun baru dengan impian yang masih dalam senarai untuk digapai.

Teh hijau panas - kosong.Kalau ditambah madu, di setiap hujung cicipan teh pasti ada rasa teruja untuk menangkap sedikit kebahagiaan dalam keseluruhan rasa teh yang kosong itu.Kemudian, uncang berisi daun teh hijau itu dicarikkan dan dijadikan masker.Cubalah :) I feel that my skin is supple after putting the green tea on my face.Sometimes, I do this when I want to relax and enjoy some extra me -time.Having time to do what you love,that is a blessing!

Green tea? Shmile,people!

Buku pilihan malam ini masih dari Haemin Sunim - Love for Imperfect Things.

Kalau fikir tentang impian,kita jangan terlalu gusar kerana ada perkara yang sudah bertahun-tahun kita idamkan dan mungkin sudah sampai masa kita rasa seperti impian ini harus dibiarkan terbang bebas.Namun, tanpa sedar datang peluang lain dalam cara yang tak pernah kita bayangkan.Biarlah impian yang terus menghidupkan.

Senarai impian yang terakhir sekali saya senaraikan kemudian cetak dan tampal di dinding supaya selalu sedar impian-impian perlu direalisasikan adalah ketika 17 tahun.Kemudian, tahun-tahun yang berlalu menyedarkan saya bahawa walaupun kini senarai itu tidak lagi wujud di depan mata - disimpan di dalam kotak namun satu persatu telah saya capai.

To relate this with psychology,maybe that proves the power of our unconscious mind.The things that I am doing now somehow lead me to check off the list that I once had in high school.

Saya melihat usia yang meningkat sebagai fasa-fasa yang dibahagikan dengan dekad dalam kehidupan.Fasa pertama kehidupan ,10 tahun pertama, pastinya banyak yang ditetapkan ibu bapa kita.Ini bukan hal kebebasan atau tidak,kerana memang lazimnya fasa pertama itu kita masih dalam jagaan ibu bapa.Fasa kedua kehidupan,ketika usia 20 tahun sepatutnya kita lebih bersemangat mencorakkan perjalanan hidup.You are in charge of your own life plan- decisions.The decisions then will lead to redirections.At this age, many challenges and tribulations that you will face.Choose,choose wisely.Defeat the demon in your own self,fight and manage yourself.Sometimes we do need a wake up call, a harsh one.Ke manakah kita?

Masih banyak yang perlu diperbaiki.Selalu sedar yang kehidupan adalah suatu proses pembelajaran yang tiada hentinya.Untuk setiap fasa yang kita jejak, tetapkan matlamat dalam hati.Jangan jadi manusia yang tiada tujunya.Perkongsian ini pastilah peringatan untuk diri saya dahulu,kerana masih terlalu banyak yang kurang pada diri ini.

Semoga dalam hari-hari yang mendatang kita menemukan kebahagiaan pada cahaya mentari dan terangnya bulan dalam pekat malam.

“Kau diciptakan bersayap, mengapa mesti merayap?” - Maulana Jalaluddin Rumi.