2013

MY PMR RESULT :)

22:44
Assalammualaikum...


Cuti ni ada terfikir nak buat blogging-marathon iaitu aku akan update non-stop pasal kehidupanku,yang sudah lama diperam dalam kad memori minda. Kalau ikutkan malas,mahu saja aku bertangguh lagi, namun takut pula memoriku yang semakin diasak-asak dengan segala perkara baru pada 2014 ini,terpaksa pula aku buang memori 2013 dengan tidak rela hatinya.

         Jadi,dengan abadinya memori ini disini,nanti di saat aku terkenang-kenang cerita lama boleh sahaja aku buka dan baca tanpa perlu susah-susah menyusun kronologi untuk menggambarkan momen indah yang sudah lepas.

19 Disember 2013

Pagi itu jujurnya ,aku tidaklah takut sangat.Keyakinan meresap keseluruh badanlah kononnya.Tambah pula, tak payah pilih baju kurung mana yang akanku pakai pada hari itu.Sudah termaktub calon PMR 2013 ambil keputusan,wajib pakai uniform sekolah.Kalau sampai batch 98 mesti ada saja yang tak se-best senior-senior lain.Boleh pakai baju kasual,baju kurung sampai saja tahun ni,hmm baju sekolah juga.

Tapi ada satu yang boleh dianggap batch 98's sebagai batch yang selamat sebab terlepas daripada sistem peperiksaan baru -Pentaksiran Berasaskan Sekolah.Alhamdulillah,hikmahnya tak payahlah kami semua jawab geografi dan sejarah secara subjektif.Yey,terlepas!





Sebenarnya abah bagi bunga ros kuning kat aku,tapi y'know I'm a pinky girl.Aku pergi tanya dekat booth English Club nak tukar warna pink,depa bagi.


All of these girls looked nervous yet happy to meet their friends at Dewan Sam.
Popular name : Dewan Sam
        Original name : Dewan Samsudin


It's good that English Club sold beautiful roses with variety of colours to choose from.
Most of the parents bought it for their children.Another way to congratulate someone on their big day.
But ,u also can witnessed some of the girls forcing their friends to buy flowers for them.Haha

No pain,No gain.
Syahir (blue uniform) seem to be very happy, he got straight A's in PMR.
Now he's studying in Permata Pintar School.Genius Boy :)
A friend of mine since primary school,I still remember the way he introduced himself in front of the door of 5 Mantap with mask covering his nose and mouth because at that time virus H1N1 is spreading all over Malaysia.


Frm left : me,Noraini,Hidayah (MRSM Taiping),Azliana
Alhamdulillah, all of us managed to pass with flying colours. Wee~~~ I can see happiness in their smile.


201 out of 243 of Badlishans got straight A's in PMR.
Congratulations!
Hard work ,paid off.

Aku berdiri tengah-tengah cikgu dan Ketua PIBG mengaharapkan muka aku akan masuk dalam gambar tapi tak nampak pun.Rasa macam dah dapat tempat paling eksklusif lah kan kat center.Haihh,kesian. 

Yey, akhirnya aku dengan Noraini dapat KH (perdagangan) A.
Cikgu Kalthom takut sangat sebab kami dua ja pelajar perempuan melayu,yang lain semua ambil ERT.
KH lah subjek yang takut takleh dapat A.



Cikgu Izwan a.k.a guru kelas 3A7
 @ penerima Anugerah Cikgu Paling Sporting

Terima kasih cikgu, ajar mathematics.Addmath form 4 lagi susah T_T

Alhamdulillah, aku dapat 8A.Terima kasih Allah.Terima kasih abah dan umi , cikgu-cikgu daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 3,sepupu-sepupu yang mewujudkan persaingan secara sihat yang bagi aku rasa perlunya untuk aku dapat 8A.Without u guys I would not feel insecure dan tak tercabar.Persaingan yang ada sangat menyalakan api semangat!Thanks to all my aunts and uncles who always have such faith in me.Terima kasih kepada Mak (nenek) yang mendoakan di Mekah.Thanks to seniors yang bagi aku rasa termotivasi untuk dapat 8A sebab aku takmau junior nanti pandang rendah kat aku.Macam pandang sambil berkata dalam hati "E'eleh"

Aku rasa bahagia dan gembira dan perasaan yang tak dapat digambarkan.Aku nak berjaya sebab nak inspirasikan orang lain untuk berjaya sama.I don't do this for myself,I know that there will be much more people inspired by other people's success.

     Aku berjaya juga sebab diinspirasikan oleh orang-orang yang telah berjaya.
Aku harap ramai lagi orang akan terinspirasi dengan kejayaan ini.


For your information,
FIND YOURS NOW,SO THAT YOU CAN INSPIRE OTHERS.

p/s : SPM is harder T_T. I need more inspiration.InsyaAllah.
16personaliti

Anda ni orang yang macam mana eh?

23:19
Assalammualaikum,

Masih tidak terlalu lambat untuk aku ucap Selamat Datang 2014 kan.

                                                           

Sekolah dah bermula dua hari,memang okay takda homework.Yalah 2 hari tu hari orientasi.Hari untuk bergembira sebentar dengan kawan sekelas,dan masih menjadi ketua kelas 3A7 untuk dua hari.I will definitely miss my work! (ambil kehadiran,hantar kat pejabat,sampai ada orang tanya kehadiran kat kelas hahaha) Ketua Tingkatan to be exact,sebab sekolah menengah.Class monitor @ ketua kelas is my another name in school :) Feeling great having it for 2 years. Nampak macam gila kuasa dak? Ceh.

          Jadi waktu hari orientasi ni ,cikgu kaunseling adalah bagi Kuiz Kerjaya dan juga personality test.Aku sangatlah suka benda macamni,sebab dia membantu kita mengenali diri dan juga potensi kita.Kuiz kerjaya tu banyak kecenderungan aku suka menjadi pendidik dan sosial.Sosial maksudnya suka berinteraksi dengan orang ramai.Personality test ni kita kena jawab sendiri.Kalau nak tahu personaliti kita,please be honest bila jawab.Semakin banyak kita tipu ,meningkatlah peratus penipuan dalam diri kita.

           Tapi yang buat kat sekolah tu cara manual,sendiri buat dan sendiri kira peratus.Aku ada cara yang lebih senang dan tepat untuk kita tau personaliti kita sebab ianya online.

             Kan aku dah kata aku lebih suka memahami kenapa manusia begini,kenapa ada yang suka cakap ikut suka hati buat orang sakit hati,ada yang pendiam,ada yang over.Macam-macam ada sebab kita manusia.Lepastu,lama -lama aku rasa biarlah.Biarlah depa nak macamtu.Jadi waktu cuti sekolah Disember haritu boring-boring cari kuiz dekat internet ,terjumpa ujian personaliti.Aku rasa inilah satu-satunya benda yang boleh dikatakan cuti sekolah 2013 sebagai cuti yang produktif.Satu ini sahaja,sebab sepanjang cuti memang memang aku dah habiskan masa atas alasan menunggu result PMR.

          MBTI bermaksud Myer-Briggs Type Indicator.Katharine Briggs and Isabel Myers: the creators adalah orang yang buat research tentang jenis-jenis personaliti.Mereka dapat inspirasi daripada Carl Jung.Untuk tahu lebih lanjut dan kalau anda ni seorang yang curious.Don't let the curiosity kill the cat ,so read about it at MBTI history

                 Tapi ujian yang aku buat bukanlah originally MBTI .

This free personality test is based on the writings of Carl Jung, David Keirsey and Isabel Briggs-Myers, but please note that this is not an MBTI test and should not be seen as such. -Ini apa yang free personality test tu kata okay.

               Aku buat dekat 16 personalities.Bila kita buat personality test ni kita tahulah kelebihan dan kekurangan kita.Boleh tau yang kita ni sensitive ataupun a logical person.The most important thing to know your personality among of all that 16 personalities is to be honest with yourself.Really honest.Ujian ini dalam english,adalah a few words yang aku tak tau maksudnya.Terus google translate jalah.Usaha tangga kejayaan!

                   Dekat 16 personalities bila kita jawab dengan jujur ,keputusan mesti tepat @ accurate.Bila aku baca In-Depth Profiles dengan Type Descriptions pasal jenis personaliti aku memang kebanyakannya betul.Bila dah tahu jenis personaliti,janganlah pulak fikir "oh,aku ni sensitif,suka gunakan perasaan daripada fikiran" jangan sampai kita rasa-Aku dah macamni,jadi selamanya perangai aku macamni.A big no!It helps us to know more about ourselves and to improve ourselves.

             Lepas aku buat ujian personaliti ni,baru aku tahu manusia ada 16 personaliti.Oh,patutlah ada yang perangai macamni dan macamtu dan berbagai-bagai lagi.Ada yang berkepimpinan,berani berterus terang,pendiam,selfish dan juga selfless. 

            Aku banyak Feeling daripada Thinking.So, aku berazam untuk kurangkan ikut perasaan dan lebih berfikiran rasional.See, itulah the good side.Membuat aku terfikir sebentar dan bermuhasabah diri bila aku tahu weakness dan strengths aku.

                I feel like I have discovered myself.Knowing more about yourself makes you feel like- no wonder lah I am like this,how you react with other,how your social skills.

  • Where you focus your attention – Extraversion (E) or Introversion (I)
  • The way you take in information – Sensing (S) or INtuition (N)
  • How you make decisions – Thinking (T) or Feeling (F)
  • How you deal with the world – Judging (J) or Perceiving (P)

              When reading the descriptions on this type I was amazed at how accurate it is given what I know about me & how I am .I am writing this in my blog just to share how useful it is in my life- so I want it to be the same to you.Please,take it for the sake of your own good.

p/s: Aku berazam nak kongsi benda yang ber-info di blog aku untuk tahun 2014 :)

Info lebih ::: untuk senior-senior lepasan SPM sila baca apa hala tuju anda selepas SPM ,kalau takda hala tuju lagilah.