Impian

Impian yang menghidupkan

03:06
Impian adalah perkara yang membuatkan aku mahu hidup,untuk kejar dan gapai cita-cita,harapan serta impian.Kadang - kadang apabila rasa tidak produktif,bila diri mula lesu,soalan yang menerjah dalam minda ini mula bersoal jawab tentang sebab untuk aku HIDUP.Untuk aku kekal positif dan menyinar.Menyinar itu pada definisiku seperti seseorang yang dipenuhi cahaya semangat yang membuatkan dia mahu jadi lebih baik dan lebih lagi dalam semua aspek.

Pastinya pada setiap impian yang aku ada itu,harapanku supaya ia akan memanfaatkan masyarakat,alam dan manusia di sekelilingku.Kepuasan apabila aku berjaya menggapai sesuatu bukanlah terletak pada betapa hebatnya diriku,tetapi ia ada pada insan lain yang terkesan dengan kejayaan itu.Inspirasi dan motivasi bergerak seiring dalam perjalanan merealisasikan sesebuah impian.

Doa yang aku pinta pada Allah menjadi pembalut harapan yang meyakinkan aku akan potensi diriku.Moga-moga doa aku dimakbulkan.Pada orang-orang yang mendoakanku sama ada dalam pengetahuanku ataupun tidak, terima kasih aku ucapkan.Aku berdoa agar doa kalian juga dimakbulkan olehnya insyaAllah,

Kekal positif dan sentiasalah melihat daripada perspektif baik dalam kehidupan.
Percayalah,jiwa yang positif itu mendidik hati lebih gembira.


Popular Posts

Flickr Images