Tersirat

21:15

Lama sekali rasanya tidak menulis.Maka berjilid-jilidlah perasaan yang terbuku dalam kamar hati.Biarlah malam ini saya berbicara dengan lenggok sastera ya.Terkadang penulisan yang tersurat tidak mampu menerangkan rasa-rasa yang terlalu dalam.

Dua ribu dua puluh dalam usia dua puluh dua tahun ini mendidik saya begitu banyak.Salah satunya redha dan ikhlas,Memang tidak mudah.Seringkali hati kecil ini merasa sudah cukup baik tetapi apabila menghadapai ujian yang tidak pernah saya sangka - ternyatalah saya bukanlah manusia sempurna.Masih ada perasaan terpaksa dalam berbuat kebaikan.


Kadang-kadang saya mencari jawapan daripada sisi psikologi dengan cuba memahami perspektif dan rasa hati manusia lain.Jujur,saya tidak mampu.Akhirnya hanya meletakkan kesungguhan dan melepaskan pada Tuhan yang akan membuat hati kembali berdamai dengan jiwa.


Sukar.


Mungkin kita perlu ambil masa,duduk dan menghadapi hari-hari dengan cuba menyesuaikan diri dengan jamuan kehidupan.Setiap kesukaran dan masalah itu mungkin adalah cara Tuhan menghidupkan jiwa saya.


Benar, 2020 ini mungkin tahun yang mencabar daripada segenap aspek.
Impian yang selalu saya katakan menghidupkan jiwa,kini rasanya terlalu jauh umtuk digapai.
Tapi jangan gusar,impian itu masih menghidupkan saya.Jika tidak,mana mungkin saya di sini masih menulis.

Rindu sekali hendak meluahkan rasa,cumanya beberapa bulan ini tiada rasa hendak menulis melainkan hal-hal seperti mencatat peralatan seni yang telah saya beli ataupun hasil daripada berkarya.
Satu perkara yang terus bergerak dalam diri saya pada 2020 ini adalah sisi seni.Alhamdulillah.☺️🥰

Saya sebenarnya,baik-baik sahaja.Cuma penulisan kali ini tampak begitu suram,kan?Mungkin kita semua mengharapkan yang terlalu indah untuk 2020,mungkin saya sahaja yang begitu.Akhirnya,kemudiah kita dipatahkan oleh pengharapan sendiri.
Maka carilah kebahagiaan dalam dirimu sendiri


Menuju akhir 2020,saya bersyukur masih bernafas.