Februari di Langkawi

21:54

Februari 2022 awal tahun ini adalah salah satu hijrah pendek yang membawa banyak makna baru dalam hidupku.Aku bertolak ke Alor Star menaik komuter dari Bukit Mertajam.Kemudian tiba di Jeti Kuala Kedah menaiki feri ke Langkawi.Ombaknya kuat,setelah bersembang beberapa minit bersama seorang pakcik di sebelah,aku pun tertidur.


Tibanya aku di jeti Langkawi, satu perasaan gembira memenuhi diri ini.Pada waktu itu,tidaklah dapat aku meneka bahawa aku akan berada di pulau ini lebih lama daripada perancangan percutianku.Kali terakhir aku menjejaki Langkawi adalah pada usiaku 10 tahun bersama keluarga.Memori tentang Langkawi sudah samar-samar di fikiranku,yang jelas hanya burung helang kebanggaan Langkawi itu.

Izzati dan Nazirah menjemputku dengan kereta kuningnya yang comel.Sahabatku semenjak asasi ini, walaupun sudah lama tidak bersua, ada satu ikatan yang sangat dekat dengan mereka.Ini adalah graduation escape kami - kononnya, yang berakhir dengan cara yang paling kami takuti.Petang itu Izzati membawaku dan Nazirah ke Umbut by The Kelapa.Jauh nun di atas bukit, disimbahi cahaya mentari petang dan dihidangkan dengan pemandangan Langkawi yang cukup indah.Very beautiful ambience.

Kemudian, kami ke rumah sewa Izzati di Kg Ayer Hangat.Esoknya, kami bertiga ke SkyCab Langkawi, menaiki kereta kabel ke Gunung Mat Chincang.Petangnya,kami menjemput Ainun di Jeti Kuah.
Hari Ketiga di Langkawi, Ainun,Nazirah dan aku menyertai Island Hopping,Izzati pula meneruskan internshipnya di Kolam Ikan berdekatan kawasan Kilim.Malamnya kami bertandang ke rumah Bonda Azizah, rakan sekolah abah.Banyak sekali kami dijamu,nasi daging, kudap-kudapan dan ais krim gula melaka.Dari ruang tamu ke dapur, banyak sekali yang dibicarakan.Bonda Azizah dalam sembang-sembang itu banyak sekali diselitkan pesanan berhikmah.Ramah dan manis sekali melayan kami semua seolah-olah hendak kami tidur jua di rumahnya ,hehehe.Akhirnya pada jam 11 malam kami beransur pulang ke Kg Ayer Hangat.Dalam kereta itu, aku mengenangkan betapa lama benar kami tidak meluangkan masa begini dan momen ini akan selamanya jadi antara yang terindah bersama sahabat asasiku.

Kami yang kepenatan terus tidur sesampainya di rumah Izzati.Pagi esoknya, Nazirah mengejutkanku ,memberitahu bahawa dia positif.Aku yang terpisat-pisat masih mengantuk dan blur,sudah faham yang positif dalm konteks ini pastinya Covid.Terus aku ke ruang tamu,dalam kebingungan.Ainun yang tidur di atas sofa,dikejut oleh aku.Izzati sudah bersiap pagi itu untuk ke kolam ikan.Cepat-cepat Izzati keluar membelikan covid test kit dan perkara-perkara penting lain.

Kami bertiga dalam debaran menyemak covid test masing-masing.Ini momen paling aku takuti,kerana aku dapat rasa ada simptom yang mula hadir dalam tubuh badanku ini.Keputusannya ada dua garis tetapi yang keduanya samar-samar.

Hatiku kurang senang dan mengatakan, ini covid.Hmm, graduation trip gone wrong?But really it's a good one.I'm glad I spent my precious time with them.

Ummi dan adik-adikku tiba di Langkawi hari itu,rancangan asalnya adalah aku ingin panjangkan percutian ini dengan mereka,tapi dek kerana dilanda covid,lebih baik aku kuarantin di rumah Izzati.Maka tengah hari itu umi datang menjengukku sebentar.Sedih sekali diri ini.

Terima kasih sahabatku Izzati,tidak akan pernah terucap terima kasih untuk budimu menjaga kami dalam tempoh kuarantin.


You Might Also Like

0 comments