Langkawi

22:28

 Malam terakhir kuarantin bersama Nazira di Langkawi, dalam hati kecilku aku ingin lebih lama di Pulau Langkawi ini.Tempoh tiga hari mengembara di pulau ini,menikmati ketenangannya tidak cukup buatku.Tambahan pula, pada usia 24 barulah aku dapat menjejaki pulau ini untuk kali kedua.Malam itu setelah solat isya,terdetik untuk aku tunaikan solat hajat.Aku tiada apa-apa perancangan spesifik selepas habis semester terakhir ini.Ingin sekali aku luangkan lebih masa di sini.Dalam doaku malam itu,pintaku adalah supaya Allah berikan yang terbaik,dalam hati paling dalam aku ingin sekali luangkan masa yang lebih di pulau yang indah ini.

    Usai solat hajat itu, aku terima mesej di instagram daripada kenalan seniku, Akmal.Akmal selama ini sangat menyokongku dalam perjalanan seni ini meskipun secara atas talian.Ada kekosongan sebagai artisan di saat-saat akhir kerana bilangan artisan untuk Projek Arca Dasar Laut tidak mencukupi.Aku walaupun masih dalam keraguan ,tetap menganggap ini sebagai satu jawapan daripada Tuhan,peluang untuk lebih lama di Langkawi.Dalam terma dan syaratnya, dimaklumkan tempoh,kemudahan,tanggungjawaab dan jumlah gaji artisan.Aku yakin sekali umi dan abah akan mengizinkan ; sekarang keputusannya ada padaku.

    Tempohnya sebulan,aku terfikir-fikir tentang persiapanku,cukupkah?Bagasi kecilku hanya ada baju-baju yang sesuai untuk bercuti - jeans dan beberapa baju putih.Namun itu bukanlah penghalang.Ini adalah peluang yang mungkin hanya datang sekali dalam hidupku.Disebabkan jawapan harus diberi secepat mungkin, dengan sebulat kata hatiku,aku menerima.Dan setelah sebulan yang amat bermakna itu, ini adalah sebulan yang amat istimewa dalam hidupku.Terima kasih untuk Akmal atas peluang ini.Kadang-kadang setiap perkenalan itu membuka pintu dan ruang kepada peluang yang hebat dalam hidup, hanya atas pilihan kita sama ada untuk memanfaatkannya atau menyekat sayap kita daripada terbang tinggi dan bebas.

        Aku amat bersyukur dalam tempoh sebulan itu bertemu para penggiat seni yang hebat,menyantuniku dengan begitu baik.Setiap satunya amat hebat dengan cara tersendiri.Aku belajar banyak sekali.Baru-baru ini apabila aku ke Balai Seni Negara, melihat karya-karya mereka, sungguh kecil kurasakan diri ini, dan betapa bersyukurnya aku dapat berkongsi ruang bersama mereka,menuntut ilmu seni dan kehidupan.

        Akanku penakan momen-momen bersama mereka dalam penulisan yang akan datang.

        Terima kasih Langkawi untuk setiap yang manis dan indah di pulaumu.


                                                                                                                            Salam sayang,

                                                                                                                            Farrah.

You Might Also Like

0 comments