2013

MY PMR RESULT :)

22:44
Assalammualaikum...


Cuti ni ada terfikir nak buat blogging-marathon iaitu aku akan update non-stop pasal kehidupanku,yang sudah lama diperam dalam kad memori minda. Kalau ikutkan malas,mahu saja aku bertangguh lagi, namun takut pula memoriku yang semakin diasak-asak dengan segala perkara baru pada 2014 ini,terpaksa pula aku buang memori 2013 dengan tidak rela hatinya.

         Jadi,dengan abadinya memori ini disini,nanti di saat aku terkenang-kenang cerita lama boleh sahaja aku buka dan baca tanpa perlu susah-susah menyusun kronologi untuk menggambarkan momen indah yang sudah lepas.

19 Disember 2013

Pagi itu jujurnya ,aku tidaklah takut sangat.Keyakinan meresap keseluruh badanlah kononnya.Tambah pula, tak payah pilih baju kurung mana yang akanku pakai pada hari itu.Sudah termaktub calon PMR 2013 ambil keputusan,wajib pakai uniform sekolah.Kalau sampai batch 98 mesti ada saja yang tak se-best senior-senior lain.Boleh pakai baju kasual,baju kurung sampai saja tahun ni,hmm baju sekolah juga.

Tapi ada satu yang boleh dianggap batch 98's sebagai batch yang selamat sebab terlepas daripada sistem peperiksaan baru -Pentaksiran Berasaskan Sekolah.Alhamdulillah,hikmahnya tak payahlah kami semua jawab geografi dan sejarah secara subjektif.Yey,terlepas!





Sebenarnya abah bagi bunga ros kuning kat aku,tapi y'know I'm a pinky girl.Aku pergi tanya dekat booth English Club nak tukar warna pink,depa bagi.


All of these girls looked nervous yet happy to meet their friends at Dewan Sam.
Popular name : Dewan Sam
        Original name : Dewan Samsudin


It's good that English Club sold beautiful roses with variety of colours to choose from.
Most of the parents bought it for their children.Another way to congratulate someone on their big day.
But ,u also can witnessed some of the girls forcing their friends to buy flowers for them.Haha

No pain,No gain.
Syahir (blue uniform) seem to be very happy, he got straight A's in PMR.
Now he's studying in Permata Pintar School.Genius Boy :)
A friend of mine since primary school,I still remember the way he introduced himself in front of the door of 5 Mantap with mask covering his nose and mouth because at that time virus H1N1 is spreading all over Malaysia.


Frm left : me,Noraini,Hidayah (MRSM Taiping),Azliana
Alhamdulillah, all of us managed to pass with flying colours. Wee~~~ I can see happiness in their smile.


201 out of 243 of Badlishans got straight A's in PMR.
Congratulations!
Hard work ,paid off.

Aku berdiri tengah-tengah cikgu dan Ketua PIBG mengaharapkan muka aku akan masuk dalam gambar tapi tak nampak pun.Rasa macam dah dapat tempat paling eksklusif lah kan kat center.Haihh,kesian. 

Yey, akhirnya aku dengan Noraini dapat KH (perdagangan) A.
Cikgu Kalthom takut sangat sebab kami dua ja pelajar perempuan melayu,yang lain semua ambil ERT.
KH lah subjek yang takut takleh dapat A.



Cikgu Izwan a.k.a guru kelas 3A7
 @ penerima Anugerah Cikgu Paling Sporting

Terima kasih cikgu, ajar mathematics.Addmath form 4 lagi susah T_T

Alhamdulillah, aku dapat 8A.Terima kasih Allah.Terima kasih abah dan umi , cikgu-cikgu daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 3,sepupu-sepupu yang mewujudkan persaingan secara sihat yang bagi aku rasa perlunya untuk aku dapat 8A.Without u guys I would not feel insecure dan tak tercabar.Persaingan yang ada sangat menyalakan api semangat!Thanks to all my aunts and uncles who always have such faith in me.Terima kasih kepada Mak (nenek) yang mendoakan di Mekah.Thanks to seniors yang bagi aku rasa termotivasi untuk dapat 8A sebab aku takmau junior nanti pandang rendah kat aku.Macam pandang sambil berkata dalam hati "E'eleh"

Aku rasa bahagia dan gembira dan perasaan yang tak dapat digambarkan.Aku nak berjaya sebab nak inspirasikan orang lain untuk berjaya sama.I don't do this for myself,I know that there will be much more people inspired by other people's success.

     Aku berjaya juga sebab diinspirasikan oleh orang-orang yang telah berjaya.
Aku harap ramai lagi orang akan terinspirasi dengan kejayaan ini.


For your information,
FIND YOURS NOW,SO THAT YOU CAN INSPIRE OTHERS.

p/s : SPM is harder T_T. I need more inspiration.InsyaAllah.
cuti sekolah

Ice Breaking di Akhir Tahun

02:18
Lama pula rasanya tak berkongsi cerita kan?Sejak mula cuti persekolahan ni, hidup macam tak teratur.Maklumlah kalau sekolah pagi,tau pula nak tidur awal,kalau tak memang nak kena kejar Bas Muthusamy & Son lah . 

      Minggu-minggu terakhir aku kat Badlishah penuh dengan aktiviti-aktiviti yang umpama Minggu Suai Kenal antara pelajar berlainan kelas,walaupun kekadang aku culas untuk kesekolah.Pasca PMR lah katakan.Biasalah,kami pelajar Badlishah, classmate dari form 1 sampai form 3 muka yang samalah yang kena jumpa tiap-tiap hari.Tak dirombak langsung kelas mengikut keputusan peperiksaan seperti kebiasaan di sekolah lain.Cikgu tak mahu beza-bezakan kami semua kot,sebab awal-awal jejak kaki di SMK Sultan Badlishah ni semuanya dengan slip 5A atau 7A dengan muka bangga (konon dapat masuk sekolah yang agak top lah) .Ceh,salah ka puji sekolah sendiri. 

        Maka kadar komunikasi antara pelajar berlainan kelas tu agak terhad.Yang ni tipu!Bukanlah terhad tapi disebabkan hang hanya jumpa muka yang sama maka peratusan tinggi  yang best friend hang kat sekolah tu budak satu kelas!

        Jadi sebelum masuk Form 4 ,cikgu nak biarkan kami semua bermesra dan berkenalan dengan rakan setingkatan dan seperkolahan yang lain kelas supaya tak terjadi kejutan budaya tahun depan,sebab bermulanya menengah atas ( high school lah ) kami akan berpecah belah mengikut subjek tambahan yang dipilih atas kemahuan dan kehendak sendiri (bak kata Pengetua yang menyarankan agar kami semua pelajar form 3 selidik betul-betul nak tambah subjek apa,jangan asyik nak drop ja ).



Ini Cik Noraini sendiri suruh saya upload okay.
Nak tunjuk overload happiness sebab cuti awal -sehari ja k.

3A7 is the best!

Gegirls of 3a7 yang always happy go lucky macam ketua kelas n penolongnya!


Cehh! Love lah sangat.

Kuganesh!

Yeah, overall 2013 is another great year spend in Badlishah.
A lot of things that makes me extremely happy.heheh ^^

                           LotsofLove,
                                  SMK Sultan Badlishah.


          


cuti sekolah

Happynya Happynya

22:49
Hai kawan -kawan : D

Aku sangat gembira harini.Hahahahahaha.Aku tak gila lah kalau tidak aku takkan dibenarkan menggunakan laptop semata-mata nak mengupdate blog ^^.

Aku tengah melayan perasaan sambil dengar lagu kat Reez Kopitiam.Restoran abah aku.Dah buka sejak bulan September  /kenapa tak bagitau?/  Saja,lagipun siapalah nak baca blog beta? Tsk.Tsk. Hahahaha.

Kat mana? Depan SK Air Merah belakang Restoran Pokok Nyor.Kalau sesat tak boleh cari jugak telefon sini - 044930092 ( no telefon kopitiam)


Ni waktu opening,jemput sedara dan kawan-kawan .

Tauke kedai  Abah aku. :)


Aku tolong jugak dekat kitchen kalau free.


Aku tengok viewers blog meningkat tapi kan aku tak tahu siapa yang suka sangat dengan hasil tulisan tentang kehidupan harianku. :) Jadi tinggalkan lah link blog kat shoutbox.Tahulah jugak siapa yang baca kan.

Di bahagian BIO aku ada shoutbox sambil tu boleh la tahu sikit latar belakang aku yang tak berapa nak famous mana ni.

Aku ada banyak benda nak siapkan cuti ni.Aku dah buat list.Kira-kira 53 kalau tak pernah silap.Memang tak silap rasanya.