Ice Breaking di Akhir Tahun

02:18

Lama pula rasanya tak berkongsi cerita kan?Sejak mula cuti persekolahan ni, hidup macam tak teratur.Maklumlah kalau sekolah pagi,tau pula nak tidur awal,kalau tak memang nak kena kejar Bas Muthusamy & Son lah . 

      Minggu-minggu terakhir aku kat Badlishah penuh dengan aktiviti-aktiviti yang umpama Minggu Suai Kenal antara pelajar berlainan kelas,walaupun kekadang aku culas untuk kesekolah.Pasca PMR lah katakan.Biasalah,kami pelajar Badlishah, classmate dari form 1 sampai form 3 muka yang samalah yang kena jumpa tiap-tiap hari.Tak dirombak langsung kelas mengikut keputusan peperiksaan seperti kebiasaan di sekolah lain.Cikgu tak mahu beza-bezakan kami semua kot,sebab awal-awal jejak kaki di SMK Sultan Badlishah ni semuanya dengan slip 5A atau 7A dengan muka bangga (konon dapat masuk sekolah yang agak top lah) .Ceh,salah ka puji sekolah sendiri. 

        Maka kadar komunikasi antara pelajar berlainan kelas tu agak terhad.Yang ni tipu!Bukanlah terhad tapi disebabkan hang hanya jumpa muka yang sama maka peratusan tinggi  yang best friend hang kat sekolah tu budak satu kelas!

        Jadi sebelum masuk Form 4 ,cikgu nak biarkan kami semua bermesra dan berkenalan dengan rakan setingkatan dan seperkolahan yang lain kelas supaya tak terjadi kejutan budaya tahun depan,sebab bermulanya menengah atas ( high school lah ) kami akan berpecah belah mengikut subjek tambahan yang dipilih atas kemahuan dan kehendak sendiri (bak kata Pengetua yang menyarankan agar kami semua pelajar form 3 selidik betul-betul nak tambah subjek apa,jangan asyik nak drop ja ).



Ini Cik Noraini sendiri suruh saya upload okay.
Nak tunjuk overload happiness sebab cuti awal -sehari ja k.

3A7 is the best!

Gegirls of 3a7 yang always happy go lucky macam ketua kelas n penolongnya!


Cehh! Love lah sangat.

Kuganesh!

Yeah, overall 2013 is another great year spend in Badlishah.
A lot of things that makes me extremely happy.heheh ^^

                           LotsofLove,
                                  SMK Sultan Badlishah.


          


You Might Also Like

0 comments