#jomtulissurat

Surat paling Bermakna

03:52
Assalammualaikum,

Tahun lepas ketika menyertai seruan #jomtulissurat ada sepucuk surat yang begitu indah dan bermakna kata-katanya.Tulisan berangkai yang dipenakan oleh penulis begitu cantik sekali,dan susunan aksaranya begitu tertib dan penuh dengan hikmah.

Dalam penulisan kali ini, saya ingin sekali berkongsi bait-bait kata yang boleh menjadi pengajaran hidup untuk kita semua.Saya percaya utusan surat ini antara begitu banyak surat-surat lain melalui #jomtulissurat , surat ini yang paling istimewa kerana isinya.

Mulai daripada pembuka surat sehingga penutupnya, begitu banyak kebaikan yang telah disampaikan oleh penulis.Pembuka warkah dimulakan dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim dan diteruskan dengan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad S.A.W. serta seisi keluarganya.

Sungguh saya berasa kagum dengan penulis dan sedikit terkesan, seolah-olah satu peringatan terus daripada Tuhan yang kita selalu boleh memilih untuk menyampaikan kebaikan melalui apa cara sekalipun.

Kemudian dipetik kata bijak pandai "Semangat yang lemah buanglah jauh,jiwa yang kecil segera besarkan,yakin percaya iman pun teguh,masa hadapan penuh harapan" - Hamka.

Petikan pertama itu sudah cukup meyakinkan bahawa surat ini bukan biasa-biasa, banyak kata dan peringatan yang menyentuh jiwa yang saya temukan.Seterusnya, penulis ini berkongsi tentang tokoh wanita, Dr. Wan Wardatul Amani Wan Salim yang diberikan anugerah Thora Halstead "Young Investigator" atas sumbangan kajian berkenaan "Gravitational & Space".Pembacaan yang lebih boleh diteruskan di sini Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim Anak Malaysia Pertama Lancar Satelit Nasa

Sungguh saya terkesima, sehingga begitu sekali penulis ingin menaikkan semangat dan mengingatkan yang wanita harus selalu percaya diri dan selalu mencari ilmu.Titipan kata-katanya adalah "Didik Wanita, Terdidik Masyarakat".Ini memberikan kesedaran bahawa lebih banyak pembacaan tentang tokoh wanita yang perlu diluaskan untuk menjadi pembakar semangat.

Tiba pada perenggan seterusnya, penulis menekankan hal hati dan jiwa.Hal yang saya utarakan pada penulis supaya merungkai persoalan hati pada tahun lalu, tentang memaafkan dan tentang penantian khabar yang tiada penghujung.Sekali lagi, penulis ini begitu hebat, pilihan kata hikmahnya berjaya menyejukkan hati, membuatkan saya sendiri berfikir dan bermuhasabah diri.

"Tidak ada pilihan lain bagi jiwa, selain untuk mengasihi.Namun pertama kali jiwa harus merangkak dan merayap diantara kaki para pencinta.Hanya para pencinta yang dapat lepas dari perangkap dunia dan akhirat.Hanya hati yang dipenuhi dengan cinta yang dapat menjangkaui langit tertinggi.Bunga mawar kemudian hanya dapat bersemi di dalam hati para pencinta" - Jalaluddin Rumi.

Pilihan sajak penulis ternyata hebat, garapan Jalaluddin Rumi, seorang penyair Parsi yang hebat.Saya terus ingat pada karya Jalaluddin Rumi, iaitu Fihi Ma Fihi yang masih sepi di rak buku kerana isinya begitu berat, saya harus membaca berkali-kali sebuah petikan hanya untuk memahami ilmu yang hendak disampaikan oleh Rumi.Petikan puisi Rumi itu mengingatkan saya bahawa terlalu hebat ilmunya dan saya perlu berusaha untuk mengambil sedikit,kalau tidak banyak.Harus berusaha,kerana yang hebat itu memang tidak akan mudah dikecapi.

Susunan dan pilihan kata-kata Bahasa Melayu penulis ini begitu cantik dan menarik.Mengingatkan saya yang bahasa ini harus dicintai dan diperlakukan dengan baik.Lembut bahasanya namun besar kesannya.Penulis sekali lagi mengingatkan jika pembacaan sudah sampai di sini, pohon bacakanlah al-fatihah buat Buya Hamka dan Jalaluddin Rumi.

Pada perenggan seterusnya, penulis menyatakan 'Memaafkan itu lebih menyenangkan dengan redha yakni melihat muka ataupun perilaku si dia tidak memberi kesan apa-apa pada saudari kerana seiring pesan ketiga ini :

"Keutamaan ialah suatu kesenian di dalam mencapai kebahagiaan diri sendiri, dengan jalan membahagiakan orang lain" -Hamka

Pada perenggan terakhir penulis menitipkan pesan agar saya menceburkan diri dalam kerja sukarelawan untuk memandaikan anak bangsa kerana ia mampu mendamaikan jiwa dan membangunkan karektor insan berjaya.

Penulis surat ini walaupun tidak saya kenali, namun titipan kata-katanya sudah berjaya membangunkan sebuah lagi jiwa.Terima kasih saya ucapkan, semoga di mana saja anda berada sentiasa dalam rahmat dan lindungan Tuhan.

Warkah itu diakhiri dengan kata-kata "Anda Baca, Saya Suka". (25/10/18)

Benarlah, penulisan punya kuasa untuk menyentuh hati.

Terima kasih,saya percaya warkah utusan anda adalah salah satu jalan Tuhan menyampaikan hikmah.Dalam begitu banyak manusia yang menyertai #jomtulissurat di laman Twitter tidaklah sengaja digerakkan hati saya untuk berutus surat dengan penulis ini.Saya percaya setiap persimpangan dan pilihan dalam hidup ini adalah aturan Tuhan yang terlalu cantik.Hanya kita manusia yang selalu terlepas pandang dan meletakkan titik fokus kita pada perkara yang tidak sepatutnya.Bukankah kalau kita berusaha menemukan kebahagiaan pada perkara sederhana, hidup ini akan menjadi begitu indah dan menenangkan.Bukankah, begitu?

Penulis ini begitu misteri, tidak diberikan alamat untuk saya membalas surat namun saya pasti siapapun yang mendapat suratnya akan ada ruang hati yang tersentuh dan menjadi asbab supaya jiwa lebih teguh.Saya yakin penulis adalah insan berilmu yang hebat.

Bagi saya surat adalah wacana yang paling indah untuk menyampaikan rasa,kerana seseorang itu meletakkan usahanya melalui masa dan menggarap kata-kata untuk diluahkan dan dipenakan atas kertas.Surat memerlukan begitu banyak usaha daripada mula sehingga urusan pengeposan.Itulah yang menjadikan surat itu istimewa.Klasik dan nostalgik.

The value of the handwritten letter lies within this language of time and care. Writing to someone, taking the time to craft each letter, to buy a stamp, to select an envelope, to travel to the post office—none of this goes unnoticed. A letter, before the content is even read, has already said, “I care about you. You’re someone special.” - Wesley Baines

p/s : Take care,always.Always.

Ikhlas,
Farrah.
jiran

Hilang dan Pulang

22:12
Hari ini menerima khabar yang jiran sebelah rumah baru sahaja meninggal.Sedih rasanya, walaupun bukan ibu bapa sendiri tetapi jiran juga sudah seperti keluarga.Bersyukurlah jika kita dikelilingi jiran tetangga yang baik.Merekalah juga yang sentiasa ada - yang sebenarnya paling dekat ,menyaksikan rutin hidup kita seharian.Pergi dan pulang ke rumah,senyum dan sapaan,yang walaupun sebentar tapi menceriakan hari-hari kita.

Semoga Addy dan adik-adik terus tabah.Memang tidak mudah,memang sedih,tapi kita harus selalu kuat ya.Sewaktu cuti semester lepas ibu Addy ada berikan kek pisang yang dibuat sendiri, sedap sekali.Semoga beliau tenang di sana dan semoga Pak Cik Fisol terus tabah untuk hari-hari mendatang.Kita kan kadang selalu terlupa yang paling dekat dengan kita,seringkali terkhilaf kerana menyangka yang dekat akan sentiasa ada.Kalau ada masa ambillah waktu sejenak dua,untuk bertanya khabar atau cukup dengan sekadar senyum,itu sudah begitu besar ertinya.

Semoga Puan Russida bt Azizan tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Al-fatihah.

Kehilangan membawa kita pulang.
Pulang pada diri sendiri,pulang pada Pencipta.
Kerana kalau kita ambil masa sejenak dan cuba mencari hikmah dalam samar-samar gelap malam,kita pasti temukan kebahagiaan pada bintang-bintang yang bersinar.
Take some time to reflect.
Mungkin dengan kehilangan akan membawa kita pulang pada hakikat kehidupan.Mungkin kita akan menemui sesuatu dalam kehilangan.Yang penting kita harus janji untuk kuat semula,ya.Sedih itu juga perasaan, ambillah masa yang secukupnya untuk kuat kembali tetapi harus selalu percaya yang hidup akan jadi lebih baik.Terus kuat sendiri,kerana jangan lupa akhirnya bila tiada siapa-siapa memang kita mesti kuat sendiri.

Kalau hari ini kamu jalan menunduk kerana penuh dengan tangis juga tidak mengapa,kita kan manusia - semuanya berperasaan.Jika hari ini kamu luangkan masa sendiri,menyelami perasaan sendiri,menyaksikan sungai yang mengalir hanya untuk berusaha melepaskan rasa-rasa agar mengalir sama, itu juga tidak mengapa.Biarlah hidup ini mengalir seperti sungai kehidupan.


If you miss your friend, send them a text and tell them how much they meant to you
If you miss your aunts and uncles, call them and ask how they are doing
If you miss your parents,call them,write them letters, express how much you love them
If you miss someone,tell them

Show them
through words,
through your smile.
through the sparkle of your eyes,
through the letters,
through any way that is possible.


mekar

Bunga

01:23
Nukilan dalam diari - 4 Mac 2019

Bunga-bunga atas mejaku,orked dan sejambak mawar.Aku tahu beberapa hari lagi bunga-bunga yang canitk ini bakal layu.

Bunga sebenar memang menawan,
tetapi
kecantikan dah harumannya,
sementara
namun tidaklah terbanding
akan kebahagiaan yang dirasai
tatkala bunga-bunga ini
mengukirkan senyum
membuatkan hari
lebih indah.

Aku tahu ia bakal layu,
Aku menikmati masaku.
Detik bersama bunga yang sedang memekar.

Mungkin ada yang merasakan kerugian wang apabila membelanjakan ia pada perkara yang tidak kekal tetapi bagiku itulah kebahagiaan sementara, yang menghidupkan aku.

Bunga palsu boleh saja sentiasa mekar,terang warnanya,tak pernah pudar.
Tetapi ia tidak mengisi ruang udaraku dengan kebahagiaan.
Tidak dapat kukucup harumannya.

Bunga, mekarlah, jangan layu.
family

Rindu

01:05
Assalammualaikum,

Malam ini tentang rindu.Rindu sekali dengan Mak.Terbayang-bayang wajah Mak,pakaian dan tudung yang selalu Mak sarungkan.Gaya bahasa dan senyum Mak.Senyum yang tak pernah pun terlintas di minda ini,yang bakal dirindui.Selalunya perkara-perkara kecil inilah yang kita terlepas pandang kan.Tentang manisnya senyuman orang-orang yang kita sayang.Kadang-kadang ambillah waktu sejenak hanya untuk merakam memori itu dalam hati,lihat wajah mereka yang kita sayang ketika mereka tersenyum.Mungkin di sela-sela percakapan atau ketika mereka tertawa.Mungkin inilah yang selalu disebutkan rindu yang tak terungkap,ingin sekali mendakap yang dirindui tetapi sudah tiada.Bila berfikir-fikir tentang orang yang sudah pergi, seolah-olah susah untuk akal kita terima yang mereka sudah tiada,yang jasad itu sudah tiada.Di sinilah akhirnya manusia perlu meletakkan redha itu pada Tuhan.Mempercayai bahawa kita semua di dunia akan akhirnya pulang.Ya, tidak mudah tetapi sesuatu yang pasti.Rindu sekali.

Melihat gambar-gambar dalam simpanan saya,sungguh kurang gambar saya dengan Mak.I have no decent photo with Mak,Mak and Me together.Mungkin perlu cari lebih lagi,mungkin terselit dalam ribuan simpanan gambar.Mungkin.

Kadang kan, masa yang bermakna dengan yang tersayang adalah momen-momen yang biasa.Tidak perlu sambutan hari lahir atau apa-apa perkara istimewa untuk merayakan masa bersama.Kalau pulang ke rumah menaiki ETS,saya selalu sampai jam 1-2 pagi.Ummi dan abah akan ambil,kadang-kadang bersama Saffa.Sepanjang perjalanan,abah akan tanya sama ada mahu singgah makan - Nasi kandar atau Tomyam?( Sebab itu saya selalu tak kisah kalau tak makan atas train,sampai nanti mesti makan hehe) Itu antara dua pilihan wajib.Kemudian abah akan tanya lagi, "Farrah nak buka cermin kereta,supaya dapat angin luar?".Lagu yang diputarkan daripada radio,selalunya sama, Sinar FM.Sepanjang perjalanan malam yang dingin dan ditemani lagu-lagu itu selalunya kami tak berbicara pun.Mungkin masing-masing melayan perasaan.Ummi selalunya waktu ini sudah terlalu mengantuk,tetapi tetap datang menjemput :)

Sesampainya di rumah, selalunya saya akan menonton filem yang sudah sedia ada dalam bahagian rakaman,pastinya di 'locked' lagi supaya adik-adik tidak terpadam atau sengaja padam untuk memberi ruang merakam episod kegemaran mereka.Selalunya, 'Father of the Bride 2' adalah filem wajib.Walaupun sudah berulang-ulang kali menonton,tetap membawa senyum.Ummi duduk di sisi bersama-sama menonton,padahal bukanlah terlalu fokus matanya pada tv,sekadar menemani.Bersembang tentang perkara-perkara yang selalu kami ceritakan melalui telefon,tetapi pasti lain kan rasanya bila berhadapan.Lebih seronok begitu.Waktu-waktu begini yang akan selalu dirindui.

Baru-baru ini kami menonton tiga filem arahan Yasmin Ahmad sekaligus.Gubra,Muallaf dan Mukhsin.Begitu memberi kesan pada hati,dekat dengan kehidupan masyarakat Malaysia.Kita meluangkan masa dengan yang tersayang dalam cara apapun adalah masa yang berharga.Ketika menonton Mukhsin, abah menceritakan kenangannya di kampung dahulu memanjat pokok.Ah,kenangan dahulu selalu saja indah.Nampak sinar di matanya, menceritakan waktu kanak-kanak yang bebas.Bahagian kegemaran saya dalam Mukhsin pastinya ketika Orked menari di tengah-tengah ibu dan bapanya.Bahagia.Kita semua mencipta bahagia dengan cara sendiri.

Saya nukilkan semuanya di sini,kerana kelak saya tahu akan datang waktu yang terlalu rindu.

Terlalu rindu.