Hilang dan Pulang

22:12

Hari ini menerima khabar yang jiran sebelah rumah baru sahaja meninggal.Sedih rasanya, walaupun bukan ibu bapa sendiri tetapi jiran juga sudah seperti keluarga.Bersyukurlah jika kita dikelilingi jiran tetangga yang baik.Merekalah juga yang sentiasa ada - yang sebenarnya paling dekat ,menyaksikan rutin hidup kita seharian.Pergi dan pulang ke rumah,senyum dan sapaan,yang walaupun sebentar tapi menceriakan hari-hari kita.

Semoga Addy dan adik-adik terus tabah.Memang tidak mudah,memang sedih,tapi kita harus selalu kuat ya.Sewaktu cuti semester lepas ibu Addy ada berikan kek pisang yang dibuat sendiri, sedap sekali.Semoga beliau tenang di sana dan semoga Pak Cik Fisol terus tabah untuk hari-hari mendatang.Kita kan kadang selalu terlupa yang paling dekat dengan kita,seringkali terkhilaf kerana menyangka yang dekat akan sentiasa ada.Kalau ada masa ambillah waktu sejenak dua,untuk bertanya khabar atau cukup dengan sekadar senyum,itu sudah begitu besar ertinya.

Semoga Puan Russida bt Azizan tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Al-fatihah.

Kehilangan membawa kita pulang.
Pulang pada diri sendiri,pulang pada Pencipta.
Kerana kalau kita ambil masa sejenak dan cuba mencari hikmah dalam samar-samar gelap malam,kita pasti temukan kebahagiaan pada bintang-bintang yang bersinar.
Take some time to reflect.
Mungkin dengan kehilangan akan membawa kita pulang pada hakikat kehidupan.Mungkin kita akan menemui sesuatu dalam kehilangan.Yang penting kita harus janji untuk kuat semula,ya.Sedih itu juga perasaan, ambillah masa yang secukupnya untuk kuat kembali tetapi harus selalu percaya yang hidup akan jadi lebih baik.Terus kuat sendiri,kerana jangan lupa akhirnya bila tiada siapa-siapa memang kita mesti kuat sendiri.

Kalau hari ini kamu jalan menunduk kerana penuh dengan tangis juga tidak mengapa,kita kan manusia - semuanya berperasaan.Jika hari ini kamu luangkan masa sendiri,menyelami perasaan sendiri,menyaksikan sungai yang mengalir hanya untuk berusaha melepaskan rasa-rasa agar mengalir sama, itu juga tidak mengapa.Biarlah hidup ini mengalir seperti sungai kehidupan.


If you miss your friend, send them a text and tell them how much they meant to you
If you miss your aunts and uncles, call them and ask how they are doing
If you miss your parents,call them,write them letters, express how much you love them
If you miss someone,tell them

Show them
through words,
through your smile.
through the sparkle of your eyes,
through the letters,
through any way that is possible.


You Might Also Like

0 comments