Kebahagiaan Bertemu Buku
15:08
Aku suka berjalan sendirian melepasi reruai di pesta buku.Semalam aku ke PBAKL tanpa benar-benar ada pengharapan untuk bawa pulang mana-mana tajuk buku atau ingin berjumpa penulis yang aku kagumi.Namun, bila tiada rancangan itulah akhirnya perancangan Tuhan yang lebih indah,bukan begitu?
Pagi itu aku hanya mendoakan supaya semua lancar dan dipermudahkan.Ternyata doa itu dimakbulkan dengan cara yang aku sendiri tidak mungkin terbayang.
Pertama sekali setelah berpisah dengan Farah Adila yang beratur untuk mengambil tandatangan Teme, aku terus ke reruai Roman, ingin melihat-lihat novel Tari Pasar Perempuan.Sejenak menyelak helaian buku itu ,rupa-rupanya penulisnya ada di belakangku.Terus aku putuskan untuk membeli.
Kemudian, aku berjalan lagi dan ternampak buku The Physicists' Odyssey,salah satu penulisnya Zamir Mohyedin sudah lama aku ikuti di facebook.Perkongsiannya tentang sains dan fizik dalam bentuk penceritaan sentiasa membuahkan semangat untuk lebih mendalami dunia sains walaupun aku tidak lagi melanjutkan pengajian dalam bidang itu.Eh, sedang aku membelek karya Ayman Rashdan Wong, rupanya Zamir juga ada di situ.Apa lagi, aku terus beli buku itu.
Kemudian minta izin untuk autograf dan bergambar.
Aku berjalan lagi, kini ke booth PTS.Ada beberapa karya Matluthfi.Kini buku Kisah 25 Filsuf Barat jadi tarikan.Adakah citarasa aku tentang buku beredar searus dengan kematangan?Tapi masih aku suka dengan buku fiksyen, kerana fiksyen membawa aku merasa perasaan ,memahami situasi, terbang di luar dimensi.Cumanya mungkin sejajar dengan bidang yang aku pelajari sekarang, juga dengan keinginan untuk memahami tokoh falsafah yang mendatangkan 1001 buah fikiran baru, itu yang membuatkan aku lebih mahu mengenal mereka.
Kemudian aku turun ke tingkat dua, sebuah reruai kecil buku IBDE, penuh zine di rak buku putih.Ada pula kain kanvas dengan puisi ditebuk di sisi rak putih.Menarik sekali.Dan seorang saudara yang dengan ceria sekali menerangkan tentang zine,puisi dan cerpen.Hebat, jelas sekali kecintaanya pada buku.Tumpukan perhatian anda pada perenggan ini.Layanan kita pada orang lain,semangat yang kita pancarkan dan budi baik yang kita berikan tidak akan pernah rugi ya.Tidak akan.Kerana jujur, kecintaanya pada karya-karya yang ada di situ, serta keinginan untuk menerangkan setiap satu yang ada itu yang membuatkan aku sama tertarik pada naskhah di reruai itu.
Akhirnya , aku membeli sebuah Boxset Puisi Saku yang terkandung empat kompilasi puisi karya Hafez,Gibran,Kabir dan Rumi.Puisinya indah ditemani illustrasi yang tersimpan seribu makna.Ia dari Kedai Saharil.
Aku jadi teringat dengan reruai Indonesia di tingkat 1.Tahun ini Indonesia jadi Negara Tamu.Sesampainya aku di situ, sungguh aku terpikat dengan Indonesia, bahasanya indah sekali.
Ketika aku membaca
Satu ayat
hingga berkali-kali
bukan kerana tidak
faham
namun maksudnya
dalam sekali
aku bimbang lupa
Betapa indah
dan mengasyikkan
kata-kata itu
Slogan tahun ini "Berbagi Literatur, Berkongsi Kultur"
Aku berjalan dan terhenti di reruai Blink, aku dulu suka sekali dengan Ain Maisarah, penulis zaman kecilku.Wah, dalam kegesaan seorang wanita berjubah merah, aku seakan teringat, inilah Ain Maisarah.Dahulu ketika kecil, hendak sekali berjumpa, tidak dapat, sekarang tanpa menunggu, dikabulkan doa.Waktu itu kegembiraan akhirnya terukir dalam senyum.Jadi sepanjang hari di pesta buku aku jadi tersenyum kerana kurniaan Tuhan tanpa aku sangka.
Setelah lapar, beli burger dan duduk di kalangan orang ramai terdetak dalam hatiku " ini penulis mana pula " Aku terdengar pengacara menjemput kedatangan Ismail Ariffin - siapalah dia detik hatiku - atau lebih dikenali sebagai Lepat - kata pengacara itu.
MasyaAllah saat itu hati ini hanya berkata - Ya Allah nikmat manalah yang hendak aku dustakan.
Sungguh Tuhan terlalu baik pada aku.Lepat ini sudah lama aku ikuti perkembangannya bersama keletah anak-anaknya.
Lepat menceritakan pengalaman mengenalkan Islam di bumi Jerman kepada anak-anaknya.Katanya, dalam buku ini untuk yang bukan Islam mengenal Islam dan buat yang Islam mengenal bukan Islam. (kalau aku tidak salah) Aku tersentuh bila dia bicara - keluarga adalah kurniaan kasih sayang kepada kita namun tetap bukan hak - jadi ajarlah anakmu tentang agama supaya bila harus atau terpaksa berpisah kita tidak meletakkan kebimbangan pada perasaan tetapi lebih kepada ketenangan apabila mengetahui yang Tuhan sentiasa di mana-mana untuk kekal menjaga yang kita sayang.
Aku dalam mengenang kegembiraan hari lalu - dalam sela waktu aku rasa seperti mahu mengucapkan terima kasih kerana menjadikan aku lebih berani meluahkan - namun aku jadi terfikir kau tidak punya secubit rasa kemanusiaankah untuk menghargaai perasaan insan lain.Aku cuma terfikir.
Kerna kadang-kadang
Hatiku
hendak didefinisikan
merah darah
sakit
sekali
Apapun ia, sudah berlalu.
Oh, lagi sebuah buku yang aku ingin beli Fihi Ma Fihi - Jalaluddin Rumi, di reruai Gadis Buku tapi aku rasa aku patutkan habiskan buku yang lain dahulu.Akan aku beli nanti, insyaAllah.
Kini aku lebih percaya - "Happiness is within us"
Bersama Fazleena Hishamuddin |
Bersama Ain Maisarah |
The Physicists' Odyssey
Kisah- Kisah 25 Sarjana Fizik
karya Zamir Mohyedin dan Musoddiq Jaafar
Ini, jodoh tidak hanya berkisar hal cinta ya.
Kalau aku ditanya cinta atau cita-cita
Pastinya aku pilih cita- cita
Kerana cinta yang benar
Aku percaya
Akan terus
mendokong impian
dan harapanku
bagaimana
aku juga sedia
untuk terus
menyokong!
Bersama Zamir Mohyedin |
Ini, jodoh tidak hanya berkisar hal cinta ya.
Kalau aku ditanya cinta atau cita-cita
Pastinya aku pilih cita- cita
Kerana cinta yang benar
Aku percaya
Akan terus
mendokong impian
dan harapanku
bagaimana
aku juga sedia
untuk terus
menyokong!
Ini layak untuk ada entri asing :) Selepas gue habis baca dan nonton filemnya ya.
p/s : Dengarlah Menyimpan Rasa- Devano Danendra
1 comments
Bestnya Farrah!
ReplyDelete