Habibie dan Ainun 3
02:47
Menonton Habibie dan Ainun 3 , dari mulai tayangan itu saat melihat sosok muda Pak Habibie melirik Ainun, air mata sudah pun mula mengalir.Saya juga tertanya sendiri, eh ini belum masuk scene sedih kenapa begitu mudah menangis.Mungkin kerasa sudah lama mengikuti perkembangan Pak Habibie maka perasaan emosional dari mula sudah mempengaruhi saya.Dan setiap scene seterusnya ada saja yang membuatkan saya dalam tangis lagi.
Bila dah habis movie,Aimi yang jadi teman menonton walaupun saya pasti ini bukan genre pilihannya katakan “Eh aku pelik dari mula tadi sampai habis,hang asyik nangis”
Hahaha, saya juga bingung sendiri kenapa mudah sekali menangis.Mungkin kerana garapan filem bukan hanya berkisarkan tentang cinta Habibie pada Ainun tetapi juga tentang semangat patriotik dan usaha mengejar impian yang Ainun paparkan.
Sekuel yang ketiga ini mengisahkan kisah cinta Ainun bersama Ahmad,sepanjang Rudi melanjutkan pelajaran ke luar negara.Pak Habibie tenang dalam menceritakan kisah cinta orang yang paling dia kasihi.Kata dia, apabila menerima kita harus terbuka berkongsi tentang yang lalu supaya lebih memahami.Apa saja yang berlaku itu sudah berlaku serta mematangkan kita lagi tentang hidup ini.Sosok Ahmad yang hadir sepanjang Ainun dalam pengajian menjadi doktor,pastinya sumber inspirasi yang sangat penting bagi Ainun.Menyokong dan memberi semangat.
Cinta yang indah tanpa diiringi frekuensi yang selari daripada kedua-dua pihak mungkin tidak membenarkan cinta itu mencapai tahap optimum.Ketika Ainun dan Ahmad berdiskusi tentang masa depan dan visi, perspektif mereka tentang hidup bertentangan dengan cinta yang mereka pegang.
Mungkin ketika inilah benar apabila orang-orang berkata cinta itu tentang pilihan.Sama ada kamu pilih cinta atau prinsip, itu terpulang pada cara kamu merencanakan hidupmu sendiri.Ada orang, cinta itu lebih prioriti daripada prinsip - maka pabila cinta yang apapun hadir, ia menerima seadanya.Ada pula yang meletakkan prinsip itu utama daripada cinta itu sendiri.Maka apabila dalam pergelutan dengan diri sendiri memilih cinta atau prinsip, ia berpegang teguh pada prinsip.Soalan seterusnya.Berbaloikah melepaskan cinta demi prinsip? Itu terpulang pada sisi pandang individu.
“Adakah kita pada halaman yang sama?”
“Kita mungkin dalam buku yang sama tetapi berbeza halaman”
Antara bait perbualan Ainun dan Ahmad.Dakapan terakhir itu adalah kefahaman tentang melepaskan walau sedalam mana pun cinta itu ada.
Filem ini memberikan sudut pandang baharu tentang cinta, kasih dan sayang pada saya.Lebih faham.
Di hujung filem, Pak Habibie katakan “ Man proposes,God disposes”.Indeed.
Untuk kamu yang pernah hadir, terima kasih.Mungkin tidak pernah saya katakan secara berhadapan - kamu adalah salah satu sumber inspirasi yang menghidupkan impian saya.Rome dan London masih di atas meja belajar, sesekali apabila perlukan motivasi dipusingkan atas bawah demi melihat gemerlapan salji kecil.Semoga setiap kali melihatnya hanya menghadirkan senyum dan motivasi untuk menggapai impian.
If not,angel.Fly,fly till there’s no more sky to reach.
0 comments