10A+

2015 : RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG

21:44
Assalammualaikum,

MARDI, Cameron Highlands
FWZ, Sofea dan Anis


1436 Hijrah

2015 Masihi

Bukan senang orang nak kongsi rahsia.

Lagi-lagi rahsia kejayaan

Mana boleh suka-suka kongsi

Habislah nanti orang lain pun boleh berjaya

Mana aci !


Ish,kalau itulah yang kamu terapkan dalam minda kamu,jangan mimpi kamu boleh berjaya.

Mungkin ,....... boleh

Tapi kalau boleh ; kamulah yang sebarkan inspirasi supaya orang lain pun berjaya

Dan salah satu sebab kejayaan mereka

Adalah kamu, kamu yang berjaya menjadikan mereka berjaya (dengan izin Allah)

         Alhamdulillah, saya berjaya menemukan buku ini pada awal tahun lepas.Buku hasil perkongsian kejayaan oleh Encik Mohd Firdaus bin Mat Saad,lulusan University of Sheffield,UK.Seorang pelajar terbaik yang mendapat first class honours dalam tahun terakhir.Ya, mungkin saja ada jiran atau abang atau sepupu anda yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara mahupun dalam negara dan cemerlang.Namun, sudahkah kamu mencungkil rahsia-rahsia mereka.Bagaimana cara mereka belajar?Bagaimana mereka menumpukan perhatian di dalam kelas?

Bukan salah mereka tidak mendedahkan dan berkongsi tips belajar, tetapi kalau kita yang inginkan ilmu itu maka sewajarnya kitalah yang mencari jalan ke arah ilmu itu.Mungkin mereka sibuk dengan kerja dan kita sibuk dengan sekolah,jadi kita sudah rugi.Rugi tidak menggunakan sumber yang ada. T_T

Jadi,buku ini sangat bagus untuk anda dan juga saya.Encik Mohd Firdaus telah berkongsi semua rahsianya.Buku ini mungkin sama dengan buku motivasi lain tetapi penulisnya telah sedaya upaya menerangkan step by step cara untuk belajar.

Apabila membaca buku pertama anda akan terkejut kerana buku itu seolah -olah membuatkan anda tidak sabar-sabar mencapai buku kerana anda akan disedarkan  kenapa anda harus belajar.Tingg!! Kalau anda masih  tertanya-tanya kenapa? Bacalah buku ini.Lalu anda tidak sabar untuk membaca helaian buku kedua kerana di situlah segala rahsia kejayaan pelajar cemerlang akan terungkai.Istimewanya, penulis tidak hanya mengajar kita bagaimana untuk belajar ketika belajar.Tetapi apa yang harus dibuat sebelum belajar dan selepas belajar.Hebat,kan.

Mengajar untuk belajar.

Seterusnya,buku ketiga akan mengubah anda menjadi seorang pelajar yang LUAR BIASA!

Bagaimana untuk menguasai minda anda untuk belajar?Jikalau anda tidak boleh menguasai minda maka segala hasutan di minda akan melemahkan semangat untuk belajar.Mindset sangat penting!

Anda boleh mendapati buku ini di sini http://www.rahsiapelajarcemerlang.com/ 

Ada laaaagi banyak testimoni daripada pembaca-pembaca yang akan meyakinkan anda untuk memiliki ebook ini.

Ketiga-tiga ebook ini sangat hebat dan bagus, percayalah! 3 BUKU BERNILAI RM30

RM 30 yang anda laburkan itu adalah sangat berbaloi untuk masa hadapan anda.Apalah sangat nak dibandingkan wang itu dengan rahsia yang dapat mengubah diri anda menjadi manusia yang lebih bagus.Lebih berkualiti dan intelek. Apalah sangat!

Manusia kalau diberi benda percuma , rasa menghargai itu kurang.Kalau anda yang bayar sendiri, saya pasti anda akan berusaha menghabiskan ketiga-tiga buku kerana, kalau tidak rugilah beb!

Akhir kata, setelah anda membaca ketiga-tiga buku anda akan rasa "terpaksa" nak belajar.

Aduh, dah "terpaksa" belajar, "terpaksa"lah jadi pelajar cemerlang!

Eh, kalau dah cemerlang takkan tak gembira. :)












Popular Posts

Flickr Images