janganlah merapu sangat

nonsense

00:40
Homework tak siap lagi.Lastminute.Tak payah aku terangkan dan hampa pun tak payahlah nasihat sebab aku memang takkan berubah.hishh.Hahaha..Dah berapa kali dah kena marah sebab homwok taksiap (waktu sekolah rendah) esok nak sekolah baru mula buat.Nak mampus namanya.

Tapi dengan tak siap tu ada masa jugak Farrah ni bukak facebook dgn internet.Pergh,terrer.Ni bukan terrer ni tak  paham bahasa nama dia.Dah la.Nak check banyak tak lagi homework.

Nasihatnya jangan buat keja last minute.Okay,doakan supaya aku berubah.Niat dan azam dah ada tapi kalau tak mulakan langkah macamana kan?

Okay,let begin the first step.Stop online for a week.Can I bear that.Okay,let's see.

That's a punishment for myself for being lazy.But,I need to show you something I'll update tomorrow.

So, I tell u I can't take a punishment which I Myself punish myself.NONSENSE. 

Bye don't read this nonsense,you still reading it,right?
azam

When you get what you want you don't appreciate it.

01:47
Hai dan Assalammualaikum.

Cuti raya cina seminggu.Homework pun macam banyak ja kan.Aku dah sentuh dah buku tadi cuma homework tak siap lagilah kan.Alaa selalu kan orang tulis "buku pun tak sentuh".Aku tak aku sentuh dah. Hahaha.Lawak sat.Jangan serius sangat nanti boleh sakit tau.

Sekarang ni.Dah mula tahun baru.Aku kena capai azam-azam aku yang dah terbengkalai.Apalah orang 1 Januari 00:00 dah tulis benda camni.Tapi aku kisah apa,jangan kerana orang lain kita abaikan apa yang sebenarnya diri kita hendakkan.

Ada orang listkan semua azam dia di blog.Tapi aku tak mau lah.Just let me know,cause letting you know don't change anything,right?

Entah tiba-tiba tahun ni rasa macam nak sangat-sangat ada camera.


                                                      


Tak kisahlah yang mana satu pun kan.Janji ada.




Tapi sebab 'janji ada' itulah aku selalu tak hargai sangat benda yag aku ada.Just like my handphone.Dulu takda henfon then bila nka beli aku tak kisah pun handphone ynag tak ada colour pun takpa.Bukannya guna sangat.Tapi bila dah ada phone yang ada kaler,camera, and etc.

Handphone yang okaylah untuk aku.Untuk aku handphone tu dah bagus dah,atau terlebih bgus.Sebab aku bila nak beli handphone tak adanya nak list kriteria dan ciri-ciri dia.Yag ada processor tu lah,yang boleh wi-fi lah,.Aku tak kisah pun.Janji boleh call atau mesej.

Sebab selalunya aku guna menda ni bila aku sesat kat kedai buku/mall.Lepastu nak kena cari umi tau abah,Kalau takda phone camna nak cari depa kan,takkan nak p dekat information counter buat announcement sesat,Nak mampus,buat malu adalah,

Entah dah melalut.Nak kamera pergi cerita pasal phone.Nanti-nanti jalah aku cerita pasal kamera idaman.

Mathematic = Me. Are you joking?

22:04
Okay and Assalammualaikum.

Saja nak post harini.Rasa gembira jaa.Entah kenapa aku pun taktau.Dari tadi lagi tengah baca blog ni http://sayonarahappyending.blogspot.com kadang-kadang rasa macam blog ni bagi inspiration untuk aku.Yeah,MAYBE.

Cuti raya cina seminggu cuti.Okay,sebenarnya tulah sebab yang utama bagi aku happy sangat.Cuti sekolah.

Happy.No school.No need to done my math homework.Math make my brain explode.

Taklah,tak adalah sampai meletup otak ni.Cuma memang math tu susah.Pening la tengok nombor -nombor ni.


Al-Fatihah untuk Walid

17:44
Hari Khamis haritu walid meninggal.Terkejut jugak,tapi yang aku tau satu hari nanti benda ni akan berlaku,tak kiralah bila. -bila pun.

Waktu kat kantin tu ,aku nampak abah lepastu aku pergilah ,abah kata jom makan.Aku macam dah 3.45 ni rehat nak habis dah takkan nak makan kat luar.Lepastu abah kata walid dah meninggal.Okay,first2 tu rasa macam serabut ja.Taktau nak nangis ka senyum ja.

Pergi cari Sofea.Lepastu pergi bilik guru bagitau cikgu kelas.Tunggu kat bilik kaunseling,nak ambil surat untuk balik.Dah duduk kat situ kan,takda orang aku pun dok fikir la balik,recall balik keluar makan dengan walid lah,waktu walid bagi duit sebab dapat upkk straight A,macam-macamlah yang aku fikir.

Pusing satu sekolah sampai taktau nak pergi mana dulu.Pening,serabut ja rasa.Nasib tak pengsan.Kuatkan semangat.Lepastu pergi ambil beg kat kelas.

Lepastu waktu dalam kereta dah rileks sikit.Aku selalu ingatkan kat diri sendiri satu hari nanti kalau bukan haritu walid akan pergi juga.No matter how,aku kena terima semua ni.

Sampai kat rumah mak,tengok ramai ja.Anis keluar dengan pakai baju sekolah.Aku dengan Sofea pun pakai baju sekolah,tak sempatlah nak balik rumah tukar pulak.Tapi takpa dekat ja rumah mak dengan rumah aku.Masuk dalam tengok walid ada atas tilam.Badan dan muka walid dah tutup dengan kain.

Tengok Cik Nani and cik Azim tengah baca Yassin.Mak Chaq dan Mak Tam pun ada.Bila tengok ja Walid aku pun nangis baliklah.Tadi dah berhenti dah,tapi sedih pulak tengok walid.

Umi pun ada.Cuma sibuk sikit sebab nak urus banyak benda.Tapi waktu umi sampai pun walid dah tak ada.Walaupun sekolah umi dekat dengan rumah mak.Ajal tu takkan lambat sesaat dan takkan cepat sesaat.Allah dah tentukan semuanya.Kita kena redha.

Untunglah cik Nani,sempat bawa walid keluar makan pagi tu.Tapi aku pun dah keluar makan dengan walid sabtu lalu,cuma tak banyak sembang dengan walid.Tak apa,aku bersyukur jugak dapat keluar makan dengan walid.

Then pergi keluar sat,ambil angin.Nangis lama-lama pening kepala.Waktu tu Pak Su,Uncle,Tita,Mak Njang,Mak Long tak sampai lagi.Dekat maghrib baru sampai.

Malam tu jugak walid dikebumikan kat Masjid Kulim.Sedih jugak dengar talkin yang ustaz tu baca.Lepas balik dari kubur,kami baca Yassin.Sampai malam Ahad buat tahlil dengan khatam Al-Quran.

Malam kedua tu,kami kumpul ramai-ramai.Asyik ceritakan tentang momen-momen indah dulu dengan walid.Sebak jugakSemua orang cerita pasal kenangan yang best dengan walid.

Cuma waktu tu tak rasa sangat sebab rumah mak masih ramai dengan saudara-mara.Yang aku rasa walid masih ada cuma tiada di rumah.Tapi sekarang bila semua dah balik,bila duduk sorang-sorang ingat balik pasal dulu sedih jugak

Rindu kat walid.Aku tau semua orang rasa macamtu.Tapi satu hari nanti aku pun akan pergi jugak.Muhasabah diri sikit bila dah jadi macamni. : ).Kenalah banyak-banyak buat amal baik,jangan tinggal solat.

Sampai sini ja lah.Semoga roh walid ditempatkan di kalangan orang beriman.Al-Fatihah.Amin.

Kalau boleh nak tulis banyak lagi nantilah aku buat cerita.Cuma tu untuk ahli keluarga jalah yang baca ya.
policegirl

Saya Polis

23:40
Sejak mula sekolah ni lama jugak aku tak post kan.Yang last pun pasal LipIce tu pun sebab nak masuk contest kalau tak berapa kali pun hampa datang mesti nampak benda sama jaa.

Banyak la homework sampai tak tersiap.Alasan.Aku ni yang malas tengok sekarang pukul 11.28 masih di depan laptop bukak blogger,bukak internet,blogwalking,macamacam.Macam macam ada kan aku ni.Kadang-kadang aku rasa aku pelik,okay banyak tau rahsia dan fakta tentang aku yang orang lain tak boleh buat.

Haha,gelakgelak.Tapi sebab kepelikan aku,bagi aku jadi unik.Yalah,dalam 10 sorang pun takda kot ke'unik'kan yang aku ada.Tengok dah perasan.Apalah sikit2 nak perasan macamlah ada seratus orang baca blog dia.

Tahun lepas kan aku PBSM.Alah pbsm kan selalunya tolong orang.Aku kan baik.Haha.Tapi tahun ni aku tukar Kadet Polis.Umi yang suruh sebab dulu memang aku nak masuk kadet lepastu confuse la aku ni kalau nak ambil keputusan memang susah.Dan last kali aku selalu menyesal dengan keputusan yang aku ambik.Haha,Aku kan suka sangat argue dengan diri sendiri waktu nak pilih sesuatu.

Inilah akibatnya.Tak tetap pendirian.Oleh sebabtu tahun ni aku tukar Kadet Polis.Lagipun baju kadet cantik,nampak smart ja.

Wei,nanti aku updatelagi,nak buat homework.Esok rabu,lusa khamis.Lepastu cuti.Yeahhhh,rindu hari Jumaat.Boleh relax. Okay bye
LipIce so Cool so Cute

Saat Magikal Bersama Lipice

02:13
Assalammualaikum.

kawan-kawan,pembaca-pembaca,makcik-makcik,adik-adik,kakak-kakak,abang-abang... dan

                             SEMUA YANG ADA DI BLOG INI!

Ishh, tak pernah-pernah buat macamni.Ada apa2 ka? Ehmm,okay dulu aku ada tulis pasal lipice kan dengan entry bila punya.Siapa yang baca mungkin dia tau.Tapi untuk yang tak baca lagi kan baca ini.

Okay,itu bukan motif aku untuk menulis.Bercerita tentang post yang sudah lepas.Bukan.Bukan. Hanya nak cerita tentang "lihat tajuk di atas".

                      SAAT MAGIKAL BERSAMA LIPICE

Aku pun tak ingat betul2 bila kali pertama aku beli lipice ni.Tapi........Cerita pun bermula...

    Selalunya kalau aku baca majalah Mangga kot,waktu membuka helaian kertas tu mesti akan terjumpa iklan lipice.Okay,sebenarnya majalah mangga tu mak cik aku punya.Hehe.Dah boring kat rumah tok umi bacalah majalah kan.

Selalunya,dekat tv ada iklan lipice.DEkat majalah pun ada.Oleh sebab perasaan curious yang membuak-buak.Ceh,macam darahlah pulak membuak-buak.Okay,whatever.

Aku pun naklah jugak ada lipice kan.Yang betsnya lipice ni, ton warna dia tak terang jadi sesuailah untuk teenagers.Kalau lipstick tu macam terang sangat nampak obvious sangat.Kalau pakai lipice sheer color dia ikut individu tu punya darah kot,jadi nanti warna mulut kita takkan sama walaupun pakai lipbalm yang sama.

                                                      

Aku ni tak gemar sangat dengan lip gloss atau lipstick.Oleh sebab tu bila jumpa lipice ni aku rasa macam paling sesuailah kan.Bila pakai lip gloss aku rasa macam wow bersinarnya bibir ni.Rasa macam semua orang tengok kita.Bila pakai lipstick pulak rasa macam terang gila dan tak sesuai untuk remaja.

     Disember tahun 2010 aku agak2 first time aku beli lipice kot.Waktu nak ke kenduri kahwin pak su aku pakailah lipice sheer color.Masa nak bersiap tu tok umi pun pinjam lipice aku.Tok umi kata cantik sebab warna dia kan.

Mula dripada situ,makin ramai orang yang tahu pasal lipice dalam family aku.Akulah penjaja ceritanya,siapa lagi.Sampaikan sekarang ni dua mak cik aku yang aku pinjam majalah Mangga depa pun pakai lipice.Hebat tak,penangan lipice?


                                                              
                                                 
Hahaha.Bila banyak yang suka aku syorkan depa beli.Why not,kan?Harga pun affordable takda lah sampai berpuluh-puluh.RM 14.90 sahaja.Baru-baru ni waktu pergi Tesco ada Lipice Value Pack beli lipice sheer color dapat lip gloss.Apa lagi,belilah kan.Dahlah murah buy 1 free 1 RM 14.90.

Lagipun mini lipbalm yang dapat free tu dah semakin pendek.Mestilah beli yang baru,kan?Waktu dapat mini lipbalm tu memang gembira gila.Yeah,dahlah tak pernah dapat surat kan,ada benda free pulak.

Dengan cuaca di Malaysia ni.Taklah panas sangat cuma kadang2 kita yang tak minum banyak air lepastu pergi jilat bibir pulak.Lagilah merekah.Sebab itulah kena d bend yang protect bibir kita dri sinaran UV.Lipice fruity ada menthol,jadi bila pakai bibir rasa sejuk ja.Barulah bersemangat.

                                                                 

Waktu kenal dengan lipice aku ada buka website di dan baca tentang cara protect bibir kita,siap print lagi tau.Yalah berguna jugak untuk bibir.

Selalunya aku pakai lipbalm mini free tu di sekolah.Dahlah kecik senang nak simpan dalam poket boleh pakai senyap2 pengawas tak nampak kan.Bila pakai tu rasa macam..Entah,tapi rasa gembira ja.Asyik nak senyum ja rasa.

I love lipice forever.Harap lipice dapat keluarkan lagi banyak produk yang cantik dan elok. :)

SEtakat ni aku dah ada Kissy pink,Lipice sheer color dan lip gloss Candy apple .
Bila pakai lipice,senyum nampak cantik jaa.Eh,terperasan pulak.Takpa kan.

Popular Posts

Flickr Images