2012

Tahun baru,semangat baru..2012 dah datang Farrah!

23:59
Assalammualaikum. Malam ni banyak sungguh orang update bye bye 2011 Hello 2012.Entah apa-apa macam la tahun ni boleh balas balik ucapan kita.

Lepastu "2012 please be nice to me".Apa punya ayatlah.Kalau kita buat baik,baiklah jadi tahun depan kalau tak taklah.KIta yang atur sendiri.Kita hanya merancang Allah tentukan sebab tu lah ada qada' dan qadar,tapi kita kena berusaha jugak.

Dengan itu aku pun nak ucaplah SELAMAT TAHUN BARU.Selamat memenuhi azam-azam yang berlambak.Selamat berhijrah ke seusatu yang lebih baik.Semoga semuanya baik-baik sahaja tahun depan.Selamat memperbaiki diri sendiri dengan semangat tahun baru anda okay!

Banyaknya ucapan.Untuk pembaca dan aku jugak.Ada banyak azam aku.Salah satunya azam untuk mencapai azam-azam yang tak tercapai lagi.Harapnya level malas akan menjunam dan kerajinan mendadak ke atas.Okay kalau berangan takkan dapat sebab itulah langkah pertamanya malam ini,mengupdate blog.

Kalau ikut ,malas aku memang sampai tahun baru cina pun takda idea lah alasannya.Tapi jeles pula bila tengok blog lain update dah sempena tahun baru.

Opss,tiba2 aku lupa nak tulis apa.Dan idea lagi satu takmau selalu lupa.Yeah,kenalah selalu berdoa ya.

Cepat dah nak pukul 12.00.Nak tulis apa lagi.Emm,okay HAPPY NEW YEAR.Wish the best for you all.

Okay,Farrah selamat bergembira di tahun 2012.Capailah azam-azam anda.Yeah,Alhamdulillah bye-bye!
sakit gigi

Noooo, my GIGI!

23:00
Sakitnya ,gigi..Oww,Ishh,nak cabut nak cabut.

Tiba-tiba ja rasa sakit.Tapi tak longgar mana pun.Semalam tolak-tolak gigi guna jari.Aduh,macam nak tercabut ja.Kalau tolak kuat2 memang takyah pegi klinik dah,mesti tercabut.Tapi takutlah.Ni gigi susu ka kekal *tanya diri sendiri*

    Selama beberapa hari-dengan gigi yang kejap sakit satlagi ok pulak.Last kali,p jugak jumpa doktor gigi harini.Tak tahan dah.Bukanlah sakit sangat tapi nak buang jugak gigi tu.Geram.

Bila masuk ja klinik....

Aku      : Ni gigi susu ka kekal?Nak cabut.

Doktor : Emm,boleh cabut.Susu ni

Aku     :Boleh cabutlah?

Doktor :Tapi ni tak longgar sangat.Kalau nak tunggu lagi boleh.Sakit tak?

Aku     :Sakit lah kadang-kadang

Doktor :Kalau longgar sikit kena bius sikit,kalau longgar banyak spray ja.Macamna nak cabut?

Aku      ; Cabutlah.  *malas dah nak fikir kalau sakit lepasni*

Ya,lahh aku takut yang tu gigi kekal.Nanti tak ada gigi macamna.Nak pakai gigi palsu.Takmau.Takmau.Banyaknya noktah...

Tapi takut juga tengok jarum bius tu.Lama dah tak cabut gigi kan.Bila pergi klinik gigi tiba2 rasa nak jadi doktor gigi.Hahah.Best jugak jadi doktor gigi.




     -gigi sakit   -arghhh






Bila sakit gigi mesti asyik sebut sakit sakit sakit.Bila fikir balik,baik kita tak payah sebut sakit nanti lagi tambah sakit kan.Okey,takda cerita sampai terpaksa jadikan gigiku yang sakit sebagai cerita.
                                                   
Siapa takut cabut gigi mestilah

....
...
..
.
!
!
!
!

rajin gosok gigi.tapi kalau dah nak naik gigi baru kenalah canut gigi jugak.Senang2 kalau takut cabut gigi tanam cita2 nak jadi doktor gigi.Nasihat aku,ok jugak kan?

makan sedap

Family Dinner 2011 aka Umar & Huda wedding

00:29
Assalammualaikum, sepuluhharibulan duabelas duaribusebelas .....Eh,tak sukalah tulis macamtu.Susah nak baca tau. 10.12.2011 yang lepas ada family dinner.Sebenarnya buat kenduri tu untuk meraikan perkahwinan @ menjemput saudara-mara Cik Umar and Aunty Huda.

 Tema untuk malam tu ialah Arabian.Pakai jubah,tapi aku tak ada jubah,pakailah baju kurung.Tapi tak apa baju kurung warna putih, banyak lagi geng yang pakai baju warna putih.Hehe.Makanan malam tu sedap-sedap jugak tapi aku makan nasi ja.Sebab rasa macam kalut sangat..Macamlah aku buat kerja apa kan.Aku jadi photographer ja,itupun sikit ja yang aku tangkapa lepastu terus Encik Pdot ambil alih.

  Malam tu semua datang.Banyak tau,aku sampai tak sempat rasa langsung dadih yang aku Sofea buat.Sofea tengah promosi dadih dia,nanti bolehlah jadi Usahawan Dadih Paling Berjaya.Hahahaha.Apa lagi yaa? Masa makan-makan ada slideshow gambar perkahwinan.

  Malam tu pengacara ialah Tita.First time kan jadi pengacara sebab tu lahh takut sikit.Hihihi..Jangan marah tita.Actually,I'm wordless...


                                                 Selamat menyaksikan gambar-gambar...Ceh!

Happy cousins..Happy lah sangat. 
May happy newly weds!

Geng PUTIH...Senyum jangan tak senyum

Ya ramainya,sampai tak muat nak masuk gambar.Tu pun ada lagi yang tertinggal.Lutfi nakal,hehe jangan marah.Uncle Daniel dan Cik Khalique jadi penyambut tetamu.Nasib baik sempat beli baju baru kan..Haha

Danish comel,mama dia jangan perasan pulak.

Makan,makan..Biar kenyang..Malam tu sedaplah jugak makanan.Aku tak makan banyak,tak sempat...Hehe.Makan nasik ja,bubur pun rasa sikit.Makanan lain tak makan..Kalau boleh nak putar masa,nak makan makanan yang tak makan..haha

Kak Nisa dan kawan2
Ni adik Aunty Huda.Depa dari Kuantan,datang sini.Kesian betul bila baca perjalanan kak nisa dan kawan naik bas dari sana ke Kulim.Tapi lawak pun ada.Anyway,terima kasih sudi datang kenduri ni..
Sofea & Anis 
Menurut kata Encik photographer dua orang ni penyeri majlis,betulkah..Hahaha.Waktu tengah makan,depalah yang tolong ambik gambar.Ada orang kata depa ni macam kembar,betulkah?Betul kot sebab tu depa selalu jalan sama-sama,aku ja keseorangan..Ceh.

Semoga berbahagia..... 

Perasan tak,aku pakai tudung tak sama dalam dua gambar.Tak perasan?Apalah.Sebabnya rimas pakai selendang,tukar tudung biasa.Tak reti pakai shawl cakap jalah kan..Hehehhh....

The best part, dalam majlis ni ialah chicken dance.Lawak gila,dan best,dan seronok...hahaha.Semua menari pusing-pusing.Happynya!

Entry akan datang >>> Bercuti di Penang

Best Friend?

00:50
  “Friendship is born at that moment when one person says to another: "What! You too? I thought I was the only one.” 




“A friend is someone who knows all about you and still loves you.” 



Oh, I don't know.Out of blue I'm attracted to the 'friend' quotes.So I copy it,to make sure I never forget it.Because it is precious to me.Yeah,for me it's valuable.When I meet those quotes I know that (and realise) I never meet someone like that.Maybe, I had met one of them but they have their own best friend.So for me 'Best friend will always be two,cause  it can't be more than two.We can't satisfied two human feelings.'

That's my opinion so don't come to me tomorrow and telling that best friend is more than two.That's for me.Maybe..I am wrong,so someone come to me and be my best friend.

                                                

Herghh,am I trying to telling you that I have no best friend.Oh ,pleasee.Haha,sorry if someone reading this and monologue "Arggh,I think Farrah is my best friend.But..." Sorry,I am writing this because right now no one convince me they are my best friend.So,whoever think and assume me as your best friend, then tell me.I'm worried if I'd hurt anyone feelings.

Okay,this post is totally bout friend.About me.Sorry anyone,but I can't keep it anymore.It's leaking.Overflow,the painful feeling.
                                
                                            *not related to post*

Believe me,you can't tell someone "We're best friend.We're besties..." and "BFF" If you don't entertain them the way you're telling them they are your best friend,then don't tell them like that.Don't make it WFF-worst friend forever

'A true best friend is someone who really take care about you and listens when you're talking.They don't let you talk and thinks that's not important'

I'm mumbling.Something That True.

Arggh,HANTU.

22:37
Okay baru login facebook balik.Okay,perkataan balik tu maksudnya aku login-logout-login.ku tengoklah ada sorang kawan ni update status "Please vote my picture.www.shafou.com" Aku tekan link tu.Tiba-tiba,keluar hantu menejerit.Haaaahh.Terkejut aku.Terus lari keluar daripada bilik.Tapi hantu tu terus jerit.Argghh,dahlah aku takut.Adik-adik aku masuk bilik aku tengok hantu tu.Haha

Ramai orang online.Tapi aku tak tau nak chat dengan sapa.Nak bualkan tentang apa.Rasa-rasa macam nak post 3 entries ja harini  malam ini.Alang-alang dah online post ja banyak-banyak.

Entahlah,apa lagi

22:21
Aku..Memang tak tau nak tulis apa.Tengah tulis sambil dengar lagu kat youtube ni.Aku rasa nak beli diary untuk tahun depan.Ya,lah diari aku yang Dear Yayah tu dah habis.Dah sampai mukasurt akhir pun.Penuh la rahsia-rahsia/cerita aku kat dalam tu.Sebenarnya diari tu dah lama habis.Bulan Ogos kut aku beli notebook  di TESCO.Ada rama-rama kat cover yang cantiklah ada bling-bling.Tapi aku tak rasa sangat macam nak tulis diari,mungkin sebab dia notebook sebenarnya.Boleh pulak macamtu.Kalau macam tu kena beli Diary Dear Yayah lagi satu..


 Sekarang Popular tengah buat sale.Sale yang memnag banyaklah discount,untuk akulah sebab aku member.20% ja tapi banyaklah tu.Bila lagi dapat.Ni dah Year-End-Sale.Aku baru ja beli buku Now You See Me..Poison Apple Book punya keluaran.Pastilah cerita hantu.

Baru baca sikit.Takda mood nak baca.Rasa macam ada something yang masih tak selesai.Entah bila nak selesaikan.Kalau dah selesai benda tu,senanglah.

Banyak post aku sekarang kan?Maklumlah cuti sekolah.HARAP DAPAT SELESAIKAN SEBANYAK MUNGKIN impian waktu cuti sekolah.
tak tau nak tulis apa

Buang masa betul!

03:10
Okay,memang aku banyak buang masa laa cuti ni..Dah seminggu dua hari cuti,aku rasa aku habiskan dengan benda tak berfaedah..Sebenarnya memang betul  pun bukan rasa-rasa dah.

Sejak online tadi ni..Asyik log in - log out facebook.Entah apa-apa.Buka facebook pun 8 orang online,takda sorang pun chat dengan aku.Takpa,aku pun taktau nak chat topik apa. Bila logout rasa macam gelisah ,nak login juga.Padahal facebook tu memang takda apa2.Aku kan jenis memang jarang la update status.Bila update pun berapalah yang like.Like tu tak apa lagi,komen pun takda.

Memang la kita update bukan untuk tu,tapi orang lain,bila update ja...11 likes..33 comments.WOW.Kalau first time status aku macamtu,entah apalah yang aku update kan.Haha.Cakap-cakap orang yang selalu tak dapat likes dan comments di status FB.


Aku baru ja update status tadi.Apa yang aku tulis tu benar-benar belaka.Memang aku tak kenal pun Cody Simpson tu,cuma selalu ja baca pasal dia dekat status kawan-kawan yang minat dia.Sampailah satu masa ni aku ternampak gambar dia.Baru aku tau dia lelaki.Nama dia macam perempuan tak?Tu bagi akulah.

Update blog midnight,siapalah nak baca kan.Haha.By the way baru habis salin 37 aktiviti cuti sekolah. Sekarang baru ingat apa yang aku rancang waktu sekolah dulu.Nak buat crosstitch la.Belajar buat muffin.Jual ais krim Malaysia.Pergi kem Mokhdar.Tapi satu daripada semua tu ,tak ada yang dah diselesaikan.

Bukan tak mau print ja,benda tu.Cuma cikgu pernah kata kalau salin lagi cepat ingat sebab kita baca dan tulis waktu salin.Waktu nak dekat UPSR dulu cikgu selalu suruh salin karangan untuk ingat format.

Aku nak logout Fb.Tapi lepas ni mesti rasa nak login.Nak LOGIN.Cara untuk selesaikan keresahan login-logout ialah tutup laptop.Senang kan.

Berbalik kepada status FB.Esoklah aku buka,entah berapa yang like dan comment kalau kekal like satu pun nak buat apa kan.HAHA.
you love my blog?

Tips Blog Disukai Ramai

02:47
Assalammualaikum,

     Hye, background blog aku dah lain kan? Cantik kan? Ceh, tapi memang cantik pun. Ni aku ambil dekat blog clararella. Thank you.Dah lama dah aku cari background macamni ,macam lembut dan light ja kan warna dia.Harini aku nak post pasal tips blog yang disukai. Semua ni ikut apa yang aku suka,contohnya kalau aku buka satu blog ni dan contoh berulang-ulang macam polka dot.

    Bila nak baca tu,rasa macam sakit mata sebab susah nak tumpu.Bila kita scroll ke bawah taulah kan corak tu berulang-ulang,sampai pening kadang2. Aku akan elakkan guna background macamtu,mungkin pendapat aku tak sama dengan orang lain tapi aku design dan tulis dalam blog aku berdasarkan apa yang aku suka dan tak suka bila tengok blog orang lain.Bila kita tak suka sesuatu tu mestilah orang lain pun tak suka bila kita buat macamtu kan?

Okay,let's begin!

Kualiti Penulisan 

Blogging is Writing. Aku akan follow blog seseorang tu berdasarkan penulisan dia.Kalau best memang aku akan follow.Penulisan dia tak boring,pastinya.Tak kisahlah dia cerita pasal lifestyle atau info-info, yang penting dia tulis tu macam bestlah. Aku tak suka blog yang selalu letak gambar tapi tulisannya sikit. Memanglah picture tells a thousand words tapi kalau dah letak gambar-gambar makanan lepastu tulis "Laparlah,Ice cream harini".Apa tu?Tak fahamlah.Nanti sampai followers pun tak mau baca.

       Kita kenalah elaborate sesuatu tu.Janganlah sampai sikit sangat tulisan kita,nothing to explain.Kan lapar ice cream,kaitkanlah dengan keadaan semasa,cuaca panas sebab tu lapar ice cream dan lain2 ka.
 (Aku pun sedang cuba meningkatkan kualiti penulisan aku,kalau rasa tak tau cara penulisan yang disenangi ramai,rujuklah blog yang kita suka
         

Semaknya blog!

   Janganlah letak banyak sangat widgets dengan benda-benda lain. Sampai nak scroll pun lambat,tersekat-sekat haishh nak baca macamna ni. Mungkin penulisannya menarik dan tertarik tapi nak baca post lain punyalah susah.Kalau tercepat scroll terus jatuh ke bawah,nak kena scroll ke atas pulak.Kena pelan2 ,susah betul. 

    Ada blog yang shoutbox dia dekat dengan link older entry,jadi bila kita nak tekan older entry automatik keluar shoutbox (ni untuk shoutbox yang pop-out tu.tekan-keluar) Bila cuba nak tekan older entry,memang susahlah.Last kali terus tak jadi baca.Bila nak susun widgets tengoklah page elements tu betul-betul.Preview dulu.
      If we don't like that way,Then try avoid doing it

Tutorial sana,Tutorial sini!

   Blog aku ni,tak adalah aku edit banyak sangat.Dulu tutorial untuk blog pun aku tak pernah tengok dan cari.
Tapi bila tengok blog kawan tu ada curved border la, hover la apa lah,rasa macam nak ada lah jugak. Tapi apa yang aku perasan dekat blog-blog yang aku suka baca macam mr.K dan keknis dan Aida Syazwana. Tak adalah depa ni edit blog sangat.Maksud aku background biasa ja.Kosong tapi cantik.Cantik dengan gaya penulisan.

    Background janganlah gelap sangat.Dulu kan background aku colour pink gelap,aku tukar sebab bila aku baca pun rasa macam tak bersemangat.Background memainkan peranan penting macam yang aku tulis kat intro pasal corak berulang tu kan. Bila aku baca blog yang warna dia light dan ceria rasa macam relax tau.Macam tenang ja.Warna mainkan peranan penting, don't play-play haa.

Gambar Comel

     Letaklah gambar sikit.Memang aku selalu tak letak gambar tapi in future aku akan letak gambar dalam post.InsyaAllah. Memanglah aku kata  tak suka blog yang selalu letak gambar tapi situasi ni berbeza,letak gambar sebab entry tu panjang jadi taklah pembaca bosan.Bolehlah tengok gambar yang cantik.Nak gambar cari ja di Tumblr.               
                                                                                         



Jangan tulis perkataan PELIK.

  Ni juga terletak dalam kualiti penulisan sebenarnya.Janganlah tulis perkataan macamni. "Tadi sayeww pegiyy giant au.Lepax ngan kawan-kawan.Sowylah dewkat Fina sebab ta ajak die skaliy.Jangan maqah oke?Kiteww kan kawan.Jangan leww mewajuk.Kalau majuuk tamau ah kawan..Kiteorang makan kek,sedap giler Kbye"

Entahlah Fina tu sapa,aku main letak ja.Takdak nama lain dah.Aku tak suka baca,kadang2 nak baca tu punyalah susah nak faham.Sampai nak sebut pun,haihh memang susah la.Jadi tulis ja macam kita tulis bila buat homework.Pernah ka buat homework tulis macamtu,nak kena marah dengan cikgu BM hampa try la buat.

                                                      

Tak payah follow,Ingat dah link blog

Blogger yang top 5 aku selalu baca memang tak payah follow.Dah ingat dah link blog.Bila tulisan kita memnag superb dan best follow pun tak payah.Mesti dah ingat dah.Hanis Zalikha dan Mr.K ,dua-dua aku tak follow.Cuma blog yang nama panjang dan aku takut terlepas entry dia aku follow supaya boleh tengok di blog update.

  Itu membuktikan blog-blog orang yang aku ingat nama tu memang yang paling aku suka baca.Aku selalu angan-angan blog aku akan sepopular mereka-mereka itu.Tapi bilalah kan.Maybe ni  antara langkah-langkah untuk aku,menaikkan nama blog aku..Yeah,oh yeah!
                                                         
Shoutbox

Apa yang penting shoutbox ni memang memudahkan kerja kita.Kta boleh tahu siapa yang datang dan baca blog kita.Kemudian kita bolehlah singgah blog dia pulak.Boleh menaikkan blog traffic.Cuba check di stats.Tengok di traffic sources kebanyakannya untuk aku di shoutbox.Bila kita tinggalkan link,orang yang singgah di blog orang lain tu maybe akan tekan link kita kan.

Okay,ada lagi kut.Tapi lupa.Sesiapa yang rasa blog dia ni disukai ramai tinggalkan link okey dekat komen.Dan,sesiapa yang ada tumblr tu bagilah link.Boleh ambil gambar.


                                                   

Semoga tips tu berguna.Alahh,semalam (khamis) lupa tengok cerita Outsourced di TV2.Dah la best.
Lady Boss

Jom main pejabat, Aku jadi boss

23:00
Okay, aku tau la ada orang yang hampa sebab aku lama sangat tak update blog.Bila buka ja tengok pasal teng-teng tu kan. Biarlah aku nak rasa macamtu pun sebab bila aku buka blog orang yang aku suka baca mesti rasa macam 'awat la lama sangat tak update.Berapa kali dah aku buka.'

Assalammualaikum.

           Cuti ni kan,aku pun tak tau nak buat apa sebenarnya. Aku dah plan dah tapi satu pun tak buat walaupun sedikit.Tapi ada satu ni siap sikit. Impian aku kan nak ada kelab sendiri,tapi bukan dengan kawan2 dengan sepupu ja. Sebab..sebab aku malas nak buat ngn kawan,susah nak jumpa. Kalau buat kelab akulah jadi ketua.Okay,perasan. Sebab aku yang cadang ,akulah jadi.Haha tamak kuasa. Tapi aku rasa aku layak. Betul tak Anis?

                Dulu kan ,waktu cuti sekolah 2008 kot. Sepupu kan ramai, jadi bila balik rumah tok aku.Rumah nenek aku dekat ja dgn rumah aku. Sepupu-sepupu datanglah main kat sini. Kami main pejabat-pejabat. Aku apa lagi,cuba teka aku jadi apa?  Jadi Boss la. Setiap pkerja ada nombor henfon. Yang lawak tu untuk kami tau ada org call,org yg call akan nyanyi ringtone telefon org yg dia nak call tu,lepastu org tu jawablah. 
                                                                              
                   Bila main pejabat2 ni,aku ikut berdasarkan apa yang aku tengok di tv.Dulu slot Samarinda d tv3 yg malam2 tu mesti cerita dia,salah seorang dalam tu kerja pejabat kan.Satgi saham menurun,menaik. Aku pun buat camtu. Meeting dengan pekerja la. Lepastu aku akan sign apa saja yg setiausaha bagi.Hehe.

                     Setiap pekerja dapat satu buku.Kiranya kalau aku kata bulan ni syarikat nak keluarkan mainan teddy bear, depa kenalah lukis teddy bear lepastu aku bagi markah and sign. Senang ja jadi boss. Kerja dengan aku senang kalau lukisan cantik,gaji naik.Tulisan cantik, naik pangkat.

Saffa-Hanna

Atas dari kiri : Aidil, Luqman,Pak Cik Khalid,Akish,Emir,Farhan
Bawah :Iman


                                                      Lisa (sepupu) dan Safa (adik)

           Satu hari ni sorang sepupu aku merajuk kot. Sebab asyik aku jadi ketua, dia suruh tukar. Tapi aku takmau,aku suruh dia buat syarikat baru.Tapi malangnya sorang jalah kot pekerja dia. Sepupu yang lain terpengaruh dengan aku. Semua tu aku ingat2 lupa.Kalau tersalah jangan marah ok.

               Sebenarnya aku taktau nak tulis apa.Aku tulis ni sebab tiba2 ja ingat sekarang kan cuti sekolah. Selalu kalau tulis fikir jugaklah,orang suka ka tak post macamni.Tapi aku fikir juga kali ni cuma malas ah nak delete post ni buat post baru ,nak kena cari idea pulak.
 
Tekalah aku yang mana, tak ada pun. Nantilah. Sebenarnya malas nak letak gambar,tapi nanti hampa takleh bayangkan macamna kan. Hehe.

Jom lompat-lompat

12:03
 Sekarang 11:53 pagi. Sekolah start pukul 12.30. Sebenarnya daripada pukul 9 pagi lagi aku buka laptop.Tapi asyik buka facebook ja.Padahal facebook pun bukan ada apa2 pun tapi malas nak update blog.Taktau nak tulis apa.Ada banyak nak tulis,tapi malas.MALAS.

    Sekarang ada Karnival Bintang Kecil di sekolah.Setiap kelas kena masuk apa2 acara tradisional,nasyid,english drama and etc.Karnival ni macam nak asah bakat dan tonjolkan diri kita lah kan.Aku wakil kelas untuk permainan tradisional.Ada congkak,batu seremban,galah panjang dan teng-teng.Aku masuk yang lompat-lompat tu which is teng-teng.

              Aku asyik cakap kat kawan-kawan yang aku terror main game ni padahal yang aku tau lompat-lompat ja.Dia ada banyak juga peraturan iaitu kita takleh pijak urat kotak tu waktu lompat.Baling batu sambil mengalih kebelakang.Yang tu ja kut,taklah banyak sangat.Harap boleh buat yang terbaik satgi.Taktaulah.Lompat ja.

                                                                            
              
so boring so blank

Sedang menaip

00:31
Okay.Aku tak tahu nak tulis apa sebenarnya ni.Boring,tapi nak tulis jugak sebab rasa macam lama dah tak menulis.Aku rasa kadang-kadang macam aku 'menipu' masa menulis.Ehh,cerita yang aku tulis sebelum ni semua betullah cuma 'menipu' tu maksud dia macam sebelum aku nak tulis aku akan filter dulu benda apa dalam kehidupan seharian yang nak tulis.Kena pilih-pilih okay.Paham tak?

        Macam ni,kan nak tulis kan.Tapi taklah tulis semua.Semua yang berlaku dalam hidup ni.Taklah tulis,tadi pergi kantin makan roti,lepastu balik kelas baca buku.Haha nampak macam karangan catatan ja kan.Kadang-kadang kan aku rasa nak delete ja  blog ni,nak buat apa.Tapi bila aku baca blog macam FL , keknis mesti rasa macam aku nak ada blog jugak.

     Susahnya nak faham aku kan.Haha, itulah maksudnya aku ni unik,Okay,unik sangatlah kan? : ) Okaylah,nak tulis pasal lain.Aku dah habis idea nak tulis pasal keunikan aku.

          Sekarang ni,di  utara semenanjung Malaysia selalu hujan kan?Jadi sebagai rakyat yang bermastautin di Kedah ,aku pun dapat merasai hujan.Apalah aku taktau macamana nak tulis ayat yang kat sini hujan dan aku pun kena hujan...Buat-buat faham sudahlah.

          Tadi kena hantar buku teks Form 1 dan ambil buku teks Form 2.Rasa macam best sangat nak masuk form 2 rasa macam..Macam nak bagi dapat 8A ja dalam semua exam tahun depan,Okay semangat aku untuk belajar macam tinggi tau  level dia lepas dapat result akhir tahun.Sebab result akhir tahun taklah AAAA ja semua.Dapat pun berapa helai ja,banyak lagi subjek tak dapat.Aku dapat bahasa inggeris dan agama sangat cukup-cukup makan, atau atas pagar ja.

                                                                     

           Exam haritu kan tak study betul-betul sangat sebab exam lepas result yang agak bagus.Tulah perasan sangat keputusan dia elok sampai malas baca buku.Haha,sebabtu lah waktu cikgu nak bagi kertas sekarang ni aku relax ja,sebab kalau tak dapat A pun takpa.Takpalah sangat,tapi dalam hati waktu cikgu nak bagi doa nak dapat A.Aku rasa macam buat pun banyak tu ja dapat pun banyak tu lah kan.

             Entah.Aku taktau nak tulis apa dah.Sekarang ni aku handle kelas,sebab Syikin kena pergi kem.Aku kan penolong kelas yang malas.Haha.Tadi rasa macam best sikit sebab aku rasa macam  ada krja.Ya macam busy sikit.Walaupun taklah busy mana.


Okay,hampa cuba kira berapa perkataan macam kat atas tu? Hehe banyak kan.

Bye,Idea sudah kekeringan.Evaporate kut.

            

        
hazila yazmin baik

LET'S GO PENANG

20:43
Hari Selasa ahritu kan ada tulis pasal Roadwalk kan? Semalam dah p dah Roadwalk..Bestnya bolehlah nyanyi lagu Never Had A Dream Come True dan gembira sebab dah come true dah..hehe,


          Semalam,bila pergi ada pulak apek cina tu.Memang banyak buku ada.Tapi belek-belek kali ni dah tak ada novel pts.Tapi ada majalah KAWAN edisi lama tu.Ada 3 tau.Tengok,baru ja tulis dah dapat.Alhamdulillah. : )...Lepastu saja tengok novel-novel Inggeris.Semua tebal-tebal.Malas nak beli sebab cover dan sinopsis tak menarik. Ketebalan novel tu jugak jadi penyebab tawar hati nak beli sebab dulu pernah beli novel B.I yang tebal dan sampai sekrang masih tak habis sebab rasa macam tebal nak mampus -malas nak baca sebenarnya. 


          Semalam ada pergi popular di Komtar.Saja nak cari novel pts dan komik-m untuk masuk Peraduan Bongkar Kod Rahsia.Rancang nak beli dua tapi novel yang saya nak tak ada jadi lebih baik beli novel yang kita nak daripada beli yang tak nak then rasa tak syok nak baca.Last kali beli novel DUNIA BARU YAZMIN.Sebenarnya memang lama dah nak beli novel tu tapi tak da peluang (konon)..Sebab asyik beli novel lain.


          Novel tulisan Majidah Jusoh ni macam bersiri tau.Yang first tajuk dia Dua Dunia dan novel tu adalah novel pertama yang saya beli waktu first-first mula nak baca novel waktu darjah 4.Specialnya novel ni haha..Yang kedua tajuk dia Dunia Jam 10.


                  



                 Semalam jugak,pergi Batu Feringghi.Bestlah jugak.Malaslah nak tulis pasala tu.Okay Byeeee...

Jom pergi ROAD WALK

22:16
                                                                         


                                                                          


                                     




       Hai, Deepavali ni sekolah saya cuti seminggu.Lama kan?Taktau nak buat apa.Homework ada tapi biasalah malas nak buat,buat macam tak ada tapi nanti hari Sabtu baru teringat 
                                          (homework aku tak siap lagi,macamana ni?) Haha
        
        Sekarang ni tengah busy suruh kawan-kawan like page PTS ONE dengan KOMIK-M sebab saya ada masuk peraduan "SAYA LIKE".Saya ada juga masuk peraduan Bongkar Kod Rahsia Hadiah dia semua best-best jugak.

                                                                                          
                                                                    
          Nanti nak pergi Penang sebab nak pergi RoadWalk.Okay,roadwalk  tu dia macam jual barang-barang yang dah diguna.Murah la kan kiranya.Macam-macam ada.Selalunnya kalau pergi sana aku beli buku.Dulu aku pernah pergi dekat satu apek cina ni, dia jual banyak buku.Lepastu aku pun belek-belek cari novel kan.Last kali waktu tngah cari-cari tu kan aku jumpa ,acam banyak la novel pts.Dia macam dah terletak sekali .Dah la memang banyak buku yang dia susun. Nama pun road kan bukan dekat rak dekat atas jalan ja.

                                             

         Tau tak macam dekat pasar kan,penjual letak satu hamparan macam tikar lepastu letak barang jualan kan.Haa macam tulah.Punya banyak buku macam lautan buku.Haha.Okay berbalik pada novel pts tu kan.Ada macam 7 kut atau 5.Apa lagi belilah kan lagipun novel tu semua elok-elok lagi.Murah ja RM 2 satu kalau beli dekat kedai buku mesti belas-belas original kan.

        Tapi baru-baru ni bila pergi cari apek tu tak jumpa pulak.Kalau tidak boleh beli buku kat situ.Ada jugak orang lain jual buku,tapi kebanyakannya majalah lama.Taklah suka sangat baja majalah lama ni.Tapi kalau majalah lama yang aku suka majalah KAWAN.Sekarang majalah KAWAN nipis + lebar.Kalau dulu kecik dan tebal macam novel.

           Nanti pergi harap-harap apek tu ada.Aku suka pergi kedai murah.Macam kedai yang barang terpakai.Bukannya tak ada duit tapi kadang-kadang benda yang ada kat kedai tu tak dijual di kedai lain.Haritu aku ada pergi satu kedai ni,terjumpa komik Archie's aku suka baca komik tu sekarang selalunya beli di Popular tapi yang di kedai tu edisi lama punya..Kira bernilai jugaklah kan? : ) 

                                                                         

semua gambar diambil di :  http://cyanamoose.blogspot.com
LipIce so Cool so Cute

Protect Your Beautiful Lips With LipIce

17:58
      Past two weeks, I got a letter from LipIce Malaysia. Every time, I see the postman posting letters,Happy Birthday, Eid  cards and etc I would hope that there's one for me! 

        Okay back to the story about lipice. When I saw the postman heading to my house, I quickly ran into the house because I'm not wearing headscarf so my sister go and take the letters. And at that time I just thought that "there's no any cards or letters for me,so what use waiting for" But fortunately, my sister shouted "Hey,Farrah you got a mail !" And I'm just like give it to me,give it to me.

        Of course I'm surprised and very happy. / Farrah's waiting for anyone to post her a card too long!/  I tore it  expeditiously and took out a pink-white glossy card and there's a nice small handy strawberry lipbalm in that envelope.


           That's lipbalm is a free sample from lipice.I love to use lipice product because it is a young and trendy lipbalm for the teenagers.The colours are not too dark which adults  use.It just like very light and smooth colours which is definitely suitable for teenagers like us.

            Just open lipice.com.my and click try lipice then fill the form. You'll get the lipbalm later but the period to get the letter depends to LipIce Malaysia.


Now I always bring the lipbalm to school and put it on my lips whenever I want because it's colour free so if I wear it at school no one would notice it. The lipbalm will protect your lips with SPF 15 and it have cooling sensation too. It's good for us who live in Malaysia that is hot..hot..hot..

Okay,bye........See later , I'm planning what-to-do lists for this one week holiday for Deepavali but I'm not celebrating it.

                                   FARRAH 

talking to myself is my natural habits

Talking to myself

22:40
     Kalau ada orang nampak saya cakap sorang-sorang sambil jalan,sambil perbetul tali kasut, sambil tulis nota buat tak tahu saja. Itu adalah salah satu natural phenomena dalam diri saya. Okay sila gelak ketawa sekarang.Saya tak suka cakap dalam hati,saya suka express apa yang saya rasa.Bukanlah tak cakap dalam hati langsung cuma macam dah jadi normal dah kalau saya berbincang dengan diri saya sendiri.Okay,tak paham ka?

Selalunya tak sarapan macamni
       
Paling selalu saya cakap masa jalan dekat kaki lima tepi padang di sekolah waktu jalan nak ke perhimpunan. Sebab saya jalan sorang-sorang jadi cakap pun sorang-soranglah.Kadang2 saya argue dengan diri sendiri pasal benda yang saya bincangkan dengan diri sendiri. Macam cakap pasal nak beli benda yang berlainan.Contohnya novel dengan sunblock.Dua novel kalau 1 RM 15.00 kiranya dua RM 30.00 lah kan.Sunblock kebanyakan dekat RM 30.00 harga dia.

             Saya ada banyak novel jadi saya akan selalu bandingkan dua benda tu.Kalau beli dua novel sama ja dengan beli sunblock.

First                        : "tapi nilai sesuatu benda dengan harga dia mana boleh banding.
Second                  :  "Banyak lagi benda aku boleh beli kalau aku tak beli novel"  
Then                       :  "Tapi aku suka baca novel" 
It keeps going     :  "Tapi kalau tak beli novel tu mesti duit yang guna untuk beli semua novel       yang berlambak    kat rak tu banyak dan boleh kumpul untuk beli kamera DSLR"

                Macamlah novel aku ni dah  beribu. Ekleh*And I will continue talking to myself and I only stop when I thinks that I'll talk about it when the time I'm at the Watsons or Guardian or Tesco to decide whenever I should buy the sunblock or not.

                     Sebab aku selalu cakap sorang-sorang ni antaranya takkan aku nak cerita semua perasaan dan hal remeh-temeh seperti di atas dekat orang lain.Mesti depa pun boring nak dengar.Dan bila cakap sorang2 rasa happy la jugak sebab kalau cerita dengan orang nanti ada komen "tak payah dok pikir la hang beli ja lah" sebabtu aku suka cakap sorang2 sendiri cakap sendiri balas.Takda orang nak kritik. Okay saya tahu saya memang unik!

Kalau orang yang tengah baca ni rasa saya ni unik atau pelik sila komen!Haha..Takamu komen tulis kat sbox ja.


Nothing's Same. Must be Different.

03:09

Differences Make Everyone Know They Have Something Others Don't Have

        
      Malam tu aku rasa macam nak buka blog sorang kawan aku ni.Nama dia Amirah jadi aku terus taip "aforamirah.blogspot,.com". Wow,banyaknya perubahan. Aku terkejut layout dan header dari pink bertukar ke white pearl kerana setahu aku dia baru siapkan blog ni minggu lepas. Perubahan drastik. Perlahan-lahan aku scroll ke bawah. Semua post dia dalam english.Aku baca bait-bait perkataan. English dia lagi terror dari akulah.Boleh dapat A++ kalau essay fikirku.

          English dia memang terbaiklah.Perasaan yang rasa macam kenapa macamni? dirasai tiba-tiba.Sifat curiosity aku memuncak.Sebab sbox dia pun tengok macam dah banyak penjejak padahal blog dia baru unprivate minggu lepas.


            Aku scroll ke atas kembali. Amirah-Jakarta. Aku tersedar! Rupa-rupanya tersalah taip.Aku ingat kembali habis tu apakah link blog dia sebab aku pasti ianya aforamirah.. Aku cuba try. (manglish) aforamira.blogspot.com    aku buang huruf 'h' itu jauh-jauh. Ya,inilah blognya. Lagu Penakut dinyanyikan oleh Yuna Zarai membuatkan aku tersenyum. 

             Sememangnya tiada apa yang sama di dunia ini. Pasti ada yang berbeza. walaupun tersilap hanya satu huruf ia membawa aku terus ke jakarta dan membaca setiap post oleh Amirah yang tak pernah kukenali. Kalau nak tahu kalau tersalah letak titik pun kita mungkin akan tersampai di tempat yang lain. Yang sememangnya bukan destinasi yang kita mahukan.



           

15:15
   Pernah tak kena present atau bentang sesuatu dalam kelas? Ada yang kena bentang menggunakna microsoft powerpoint ataupun kertas mahjong tu kan. Tapi kalau guna powerpoint lagi senanglah kan sebab kita boleh letak gambar dan macam2 lagi.

    Apa yang anda perlu buat ketika membentang ialah elakkan membaca teks sepanjang masa. Sebab kalau kita asyik tengok buku/skrip waktu baca nampak macam kekok tau.Kita sepatutnya pandang penonton,untuk mendapatkan kepercayaan mereka bahawa kita faham dan dapat terangkan sesuatu tajuk tu.Sebaik-baiknya kita kena faham apa yang kena bentang jadi tak perlulah nak hafal sangat.

   Kita kenalah yakin dengan diri kita sendiri dan jangan terlalu merendah diri.Janganlah bila sampai waktu kita untuk present kita tolak-tolak kawan sebab tu akan buat kita nampak macam tak bersedia. Suara pun kena kuat macam seorang ketua walaupun kita bukan ketua. Kalau suara tu tahap medium macam kita bercakap dengan kawan penonton takkan berminat nak dengar apa yang kita terangkan.

    Eye contact dengan audience kalau tidak kita nampak macam takut atau malu.Buang perasaan malu

    

Handy DIGITAL-SLR Camera

13:57

NEX-C3KNEX-C3K/P-NEX Camera (E-mount)-NEX-C3



Body with SEL1855 lens (Pink)

Creative freedom is yours with a stylish, ultra-compact camera that operates with ease, and puts professional quality right in your pocket.
  • Exmor™ APS HD CMOS Sensor
  • Picture Effect
  • Photo Creativity Interface
  • HD Video Recording
  • 3D Sweep Panorama
  • Included with multi-purpose SEL1855 zoom lenS
  • RM 2,199.00 *




Comel kan warna pink lagi.Ni kalau sapa2 nak bagi untuk birthday bestlah kan.kami memang nak dslr tapi cara nak guna macam susah.Ni macam senang ja nak control dia.Bentuk pun handy senang nak bawa takpayah berat2.Dia ada tiga colour iaitu silver,black dengan pink ni.

     Harga dia pun okey la.Affordable.Berpatutan.Kalau nak tahu lebih lanjut tengok sini > camera comel ...Kami sukalah kamera macamni.


SECRET

Blog is not a diary FOR ME

12:55

 
  


 can write anything you want in your blog but for me blog is not a diary. Anyone can read it and it will effect your everyday life.Like we post I like this someonesomeone and guess what the next day you go to school your friends'll ask you "Hey,you really like that someone?" If you have answer for that then it's okay but if you don't then that's the problem.


      Anyone have diary here? Put up your hands. Ya, Only a few. heheh.You shouldn't right personal things about yourselves in your blog. It loooks like you have nothing secret in your life. Anyone,silent reader or your followers which actually never meet you,don't know your full name, they're nothing to you is not someone that deserve to know your secret. Or maybe,u don't have a secret..I have a lot of secrets.And some of that i only keep it for me to know it.Some Top Secrets i don't even write it in my diary. Because My superduperawesome secret are in my heart



 "If you think your secret is really a secret so sealed it in your heart.Don't ever take it out from that!"

Eee, pacat!

21:42
Bestlah p kem kepimpinan di bendang man cuti tiga hari tu 16-18 sep 11.Walaupun tak dapat nak cuti kan,tapi experience is something fun....Hari first tu kenalah angkat beg naik bukit,turun bukit,terus kumpul..masuk khemah..letak beg..ish macam-macamlah.Ada barang amanah lagi tau. Biskut empat segi dengan telur. Jaga elokelok..
     
     Bila waktu kena buat tanjak tu memang best..Ada nasi kandar hussainlah,puteri,orang asli....malam tu kena bentang pasal nilai murni..esok kapal pecah..kumpulan kami dapat doktor..kenalah bagitau kenapa doktor tak patut dicampak keluar daripada kapal sebab kapal tu nak tnggelam ada 8 penumpang kena buang sorang..setiap kumpulan mmang ada macam-macam hujah.
 

Lepas tu kami buat khidmat masyarakat.pergi kampung bendang man.Kena pergi rumah penduduk kampung dan soal selidik pasal kampun tu..lepas tu kami hulurlah bantuan sapu-sapu halaman dia sikit siram pokok bunga.Waktu dan nak balik rasa dahaga sangat sebab pergibalik kampung tu kena jalan kaki dpd tempat prkhemahan kami. Ada satu kumpulan ni buat khidmat masyarakat lepastu makcik rumah tu buat air sirap macam satu bekas yang besar..Makcik tu jemput kumpulan lain minum..apa lagi minum teruslah air sirap tu dhalah dahaga.

 Petang tu ada explorace....kena makan peria...rasa dia macam..em rasa sendirilah..tapi tak sedaplah..
depa kata kalau takmau rasa apa2 telan terus..takmaulah buah peria tu nak dekat besar epal yang potong 6.aku gigit tiga kali lepastu telan orang lain makan sampai nak keluar air mata sbab lama sangat gigit mmg nak muntah kan.

Hari last ada jungl trekking.Semua takut pacat..Awal2 aku buat relaks ja...last kali check2 masa kat checkpoint 2 kut ada pacat atas stokin hitam..nasib nampak..aku panik terus buka stoking tu lepas tu kak sheera suruh pusing balik aku takma..Kak farhana toloh kalihkan balik lepastu tarik pacat tu...lega akhirnya.jungle trekking tu best sangat.

  Cikgu rahim baik,waktu dan anak balik dia bagi kami semua mandi sungai kali kedua untuk kali treakhirlah katakan.sejuuuuuk...thank you cikgu,fasi kawan,senior..memang km ni pengalaman yang bermakna..love it..

Popular Posts

Flickr Images