Tips Blog Disukai Ramai
02:47Assalammualaikum,
Hye, background blog aku dah lain kan? Cantik kan? Ceh, tapi memang cantik pun. Ni aku ambil dekat blog clararella. Thank you.Dah lama dah aku cari background macamni ,macam lembut dan light ja kan warna dia.Harini aku nak post pasal tips blog yang disukai. Semua ni ikut apa yang aku suka,contohnya kalau aku buka satu blog ni dan contoh berulang-ulang macam polka dot.
Bila nak baca tu,rasa macam sakit mata sebab susah nak tumpu.Bila kita scroll ke bawah taulah kan corak tu berulang-ulang,sampai pening kadang2. Aku akan elakkan guna background macamtu,mungkin pendapat aku tak sama dengan orang lain tapi aku design dan tulis dalam blog aku berdasarkan apa yang aku suka dan tak suka bila tengok blog orang lain.Bila kita tak suka sesuatu tu mestilah orang lain pun tak suka bila kita buat macamtu kan?
Okay,let's begin!
Kualiti Penulisan
Blogging is Writing. Aku akan follow blog seseorang tu berdasarkan penulisan dia.Kalau best memang aku akan follow.Penulisan dia tak boring,pastinya.Tak kisahlah dia cerita pasal lifestyle atau info-info, yang penting dia tulis tu macam bestlah. Aku tak suka blog yang selalu letak gambar tapi tulisannya sikit. Memanglah picture tells a thousand words tapi kalau dah letak gambar-gambar makanan lepastu tulis "Laparlah,Ice cream harini".Apa tu?Tak fahamlah.Nanti sampai followers pun tak mau baca.
Kita kenalah elaborate sesuatu tu.Janganlah sampai sikit sangat tulisan kita,nothing to explain.Kan lapar ice cream,kaitkanlah dengan keadaan semasa,cuaca panas sebab tu lapar ice cream dan lain2 ka.
(Aku pun sedang cuba meningkatkan kualiti penulisan aku,kalau rasa tak tau cara penulisan yang disenangi ramai,rujuklah blog yang kita suka
Semaknya blog!
Janganlah letak banyak sangat widgets dengan benda-benda lain. Sampai nak scroll pun lambat,tersekat-sekat haishh nak baca macamna ni. Mungkin penulisannya menarik dan tertarik tapi nak baca post lain punyalah susah.Kalau tercepat scroll terus jatuh ke bawah,nak kena scroll ke atas pulak.Kena pelan2 ,susah betul.
Ada blog yang shoutbox dia dekat dengan link older entry,jadi bila kita nak tekan older entry automatik keluar shoutbox (ni untuk shoutbox yang pop-out tu.tekan-keluar) Bila cuba nak tekan older entry,memang susahlah.Last kali terus tak jadi baca.Bila nak susun widgets tengoklah page elements tu betul-betul.Preview dulu.
If we don't like that way,Then try avoid doing it
If we don't like that way,Then try avoid doing it
Tutorial sana,Tutorial sini!
Blog aku ni,tak adalah aku edit banyak sangat.Dulu tutorial untuk blog pun aku tak pernah tengok dan cari.
Tapi bila tengok blog kawan tu ada curved border la, hover la apa lah,rasa macam nak ada lah jugak. Tapi apa yang aku perasan dekat blog-blog yang aku suka baca macam mr.K dan keknis dan Aida Syazwana. Tak adalah depa ni edit blog sangat.Maksud aku background biasa ja.Kosong tapi cantik.Cantik dengan gaya penulisan.
Background janganlah gelap sangat.Dulu kan background aku colour pink gelap,aku tukar sebab bila aku baca pun rasa macam tak bersemangat.Background memainkan peranan penting macam yang aku tulis kat intro pasal corak berulang tu kan. Bila aku baca blog yang warna dia light dan ceria rasa macam relax tau.Macam tenang ja.Warna mainkan peranan penting, don't play-play haa.
Gambar Comel
Letaklah gambar sikit.Memang aku selalu tak letak gambar tapi in future aku akan letak gambar dalam post.InsyaAllah. Memanglah aku kata tak suka blog yang selalu letak gambar tapi situasi ni berbeza,letak gambar sebab entry tu panjang jadi taklah pembaca bosan.Bolehlah tengok gambar yang cantik.Nak gambar cari ja di Tumblr.
Jangan tulis perkataan PELIK.
Ni juga terletak dalam kualiti penulisan sebenarnya.Janganlah tulis perkataan macamni. "Tadi sayeww pegiyy giant au.Lepax ngan kawan-kawan.Sowylah dewkat Fina sebab ta ajak die skaliy.Jangan maqah oke?Kiteww kan kawan.Jangan leww mewajuk.Kalau majuuk tamau ah kawan..Kiteorang makan kek,sedap giler Kbye"
Entahlah Fina tu sapa,aku main letak ja.Takdak nama lain dah.Aku tak suka baca,kadang2 nak baca tu punyalah susah nak faham.Sampai nak sebut pun,haihh memang susah la.Jadi tulis ja macam kita tulis bila buat homework.Pernah ka buat homework tulis macamtu,nak kena marah dengan cikgu BM hampa try la buat.
Tak payah follow,Ingat dah link blog
Blogger yang top 5 aku selalu baca memang tak payah follow.Dah ingat dah link blog.Bila tulisan kita memnag superb dan best follow pun tak payah.Mesti dah ingat dah.Hanis Zalikha dan Mr.K ,dua-dua aku tak follow.Cuma blog yang nama panjang dan aku takut terlepas entry dia aku follow supaya boleh tengok di blog update.
Itu membuktikan blog-blog orang yang aku ingat nama tu memang yang paling aku suka baca.Aku selalu angan-angan blog aku akan sepopular mereka-mereka itu.Tapi bilalah kan.Maybe ni antara langkah-langkah untuk aku,menaikkan nama blog aku..Yeah,oh yeah!
Shoutbox
Apa yang penting shoutbox ni memang memudahkan kerja kita.Kta boleh tahu siapa yang datang dan baca blog kita.Kemudian kita bolehlah singgah blog dia pulak.Boleh menaikkan blog traffic.Cuba check di stats.Tengok di traffic sources kebanyakannya untuk aku di shoutbox.Bila kita tinggalkan link,orang yang singgah di blog orang lain tu maybe akan tekan link kita kan.
Okay,ada lagi kut.Tapi lupa.Sesiapa yang rasa blog dia ni disukai ramai tinggalkan link okey dekat komen.Dan,sesiapa yang ada tumblr tu bagilah link.Boleh ambil gambar.
Semoga tips tu berguna.Alahh,semalam (khamis) lupa tengok cerita Outsourced di TV2.Dah la best.
0 comments