Jom main pejabat, Aku jadi boss

23:00

Okay, aku tau la ada orang yang hampa sebab aku lama sangat tak update blog.Bila buka ja tengok pasal teng-teng tu kan. Biarlah aku nak rasa macamtu pun sebab bila aku buka blog orang yang aku suka baca mesti rasa macam 'awat la lama sangat tak update.Berapa kali dah aku buka.'

Assalammualaikum.

           Cuti ni kan,aku pun tak tau nak buat apa sebenarnya. Aku dah plan dah tapi satu pun tak buat walaupun sedikit.Tapi ada satu ni siap sikit. Impian aku kan nak ada kelab sendiri,tapi bukan dengan kawan2 dengan sepupu ja. Sebab..sebab aku malas nak buat ngn kawan,susah nak jumpa. Kalau buat kelab akulah jadi ketua.Okay,perasan. Sebab aku yang cadang ,akulah jadi.Haha tamak kuasa. Tapi aku rasa aku layak. Betul tak Anis?

                Dulu kan ,waktu cuti sekolah 2008 kot. Sepupu kan ramai, jadi bila balik rumah tok aku.Rumah nenek aku dekat ja dgn rumah aku. Sepupu-sepupu datanglah main kat sini. Kami main pejabat-pejabat. Aku apa lagi,cuba teka aku jadi apa?  Jadi Boss la. Setiap pkerja ada nombor henfon. Yang lawak tu untuk kami tau ada org call,org yg call akan nyanyi ringtone telefon org yg dia nak call tu,lepastu org tu jawablah. 
                                                                              
                   Bila main pejabat2 ni,aku ikut berdasarkan apa yang aku tengok di tv.Dulu slot Samarinda d tv3 yg malam2 tu mesti cerita dia,salah seorang dalam tu kerja pejabat kan.Satgi saham menurun,menaik. Aku pun buat camtu. Meeting dengan pekerja la. Lepastu aku akan sign apa saja yg setiausaha bagi.Hehe.

                     Setiap pekerja dapat satu buku.Kiranya kalau aku kata bulan ni syarikat nak keluarkan mainan teddy bear, depa kenalah lukis teddy bear lepastu aku bagi markah and sign. Senang ja jadi boss. Kerja dengan aku senang kalau lukisan cantik,gaji naik.Tulisan cantik, naik pangkat.

Saffa-Hanna

Atas dari kiri : Aidil, Luqman,Pak Cik Khalid,Akish,Emir,Farhan
Bawah :Iman


                                                      Lisa (sepupu) dan Safa (adik)

           Satu hari ni sorang sepupu aku merajuk kot. Sebab asyik aku jadi ketua, dia suruh tukar. Tapi aku takmau,aku suruh dia buat syarikat baru.Tapi malangnya sorang jalah kot pekerja dia. Sepupu yang lain terpengaruh dengan aku. Semua tu aku ingat2 lupa.Kalau tersalah jangan marah ok.

               Sebenarnya aku taktau nak tulis apa.Aku tulis ni sebab tiba2 ja ingat sekarang kan cuti sekolah. Selalu kalau tulis fikir jugaklah,orang suka ka tak post macamni.Tapi aku fikir juga kali ni cuma malas ah nak delete post ni buat post baru ,nak kena cari idea pulak.
 
Tekalah aku yang mana, tak ada pun. Nantilah. Sebenarnya malas nak letak gambar,tapi nanti hampa takleh bayangkan macamna kan. Hehe.

You Might Also Like

0 comments