Duit Raya

20:52
Paling best hari raya ialah dapat duit raya.Tapi sekarang dah sekolah menengah malaslah aku nak jalan-jalan dengan sepupu p kutip duit raya satu taman.Tadi Akish dengan Iman jalan kutip duit.Mereka cakap nak beli mainan Nerf yang tembak-tembak tu.Budak lelaki biasalah kan.Tembak dengan bunuh-bunuh kartun ni bagi kat mereka jalah kan.

      Tadi depa dua orang pergi Tesco Kulim.Balik-balik masing-masing pegang pistol dart tu.Warna oren kuning.Mereka cakap guna duit raya RM40 habis dahlah duit dua budak tu.Haha.Ni depa tengah berlatih ala askar dok aim dan tembak dekat cermin bilik aku.
Nilah pistol yang mreka sayang tu.Okay esok hari raya kan.Cakap pasal 1Malaysia tadi saya dan sepupu bawa 3 pinggan masing2 berisi ketupat dan rendang,gulai ayam bagi dekat jiran cina dan india.Lepas saya bagi aunti tu bagi angpau lagi.Buka2 adalah RM5.Tambah lagi duit raya!Okaylah kan hidup bermasyarakat.Selamat Raya Merdeka


I wish people would love everybody else the way they love me. It would be a better world. Muhammad Ali

Euww,naper sukew tulix camtu?

19:11
  Status di facebook banyak dah tulis tambah ww,xx kat belakang.Bila baca pun macam nak trbelit lidah sebab cara nak sebut sangat susah dan kadang-kadang kita tak faham apa yang dia tulis ni.Contoh macam kat bawah :

Plaster:Sowyla jangan ler maqah kalauw kitew uat salah un tolowng mahapkan okey.

Stapler:ak un mx maap.Eh ,ko tkowd x nak pegi umah pak cik mat yg kitew curiey ayam die duluww?

Plaster:Takmaulah aku takowd die maqah kiteww ler

Dah la saya bukan reti sangat tulis macamtu kena cari facebook pulak nak cari perkataan macamtu.Okay,jadi amat tidak baguslah kalau kita nak tulis macamtu kan.Jangan sampai tak reti tulis bahasa melayu yang sebenarnya tau.



Eh samalah kita

18:51
Okay,sekarang ni dunia it macam2 boleh buat.Bila tengok cara nak pakai shawls di youtube yang senang tu saja ja la pakai kan.Lepastu bila pergi pasar boleh jumpa about 5 orang atau lebih pakai sama dengan kita.Memang bila something tu menjadi trend semua orang akan pakai macamtu tapi sedarkah kita yang bila dah ramai pakai macamtu dah jadi macam malu pulak nak pakai bukan sebab apa cuma jalan sikit eh sama..sikit lagi sama jugak..Kalau macamtu baik pakai tudung biasa tak payah nak lilit2,taklah panas sangat.

   Hari Raya ni mesti la ramai yang ziarah-menziarahi kan tapi tak suka betullah tengok bila budak lelaki umur 11-14 macamtu naik motor.Sebab first mereka tiada lesen yang menjamin bahawa mereka faham apa peraturan waktu nak bawa motor.Lepastu dah tak ada lesen boleh pula relax ja x pakai helmet.Sbab bila accidnt nanti pemilik motor yang kena bertanggungjawab sebab tu motor dia.Dan kanak-kanak yang bawa motor tak pakai helmet kena tahan polis lagi susah.Jadi raya ni lebih senang kalau kita jalan ja nak kutip duit raya ka apa ka.Snang kan.Okay lari topik tapi what I care.Sebab saya tak suka fokus satu topik ja waktu tulis macam nak buat artikel pulak kena compile apa isu yang sama kan?Jadi pelbagaikan supaya tak terarah pada satu isu.

Popular Posts

Flickr Images