Tentang L dan riverside

03:33

Seperti yang selalu saya katakan, di saat-saat sukar dan waktu yang tidak sepatutnya saya gunakan untuk menulis di blog - seperti waktu sukar begini ,minggu belajar >.< Tekanannya begitu kuat untuk menulis kerana ingin melepaskan diri daripada tanggungjawab belajar ,walaupun lebih banyak masa merencana dalam minda daripada betul-betul duduk dan menghadap buku.

Jadi, di sini saya kembali menulis.

Malam ini ingin sekali saya tulis tentang sahabat yang inginkan saya namakan sebagai L.Saya jarang-jarang bertemu orang dengan huruf L di hadapan , jadi manusia ini begitu unik dan istimewa.

Orangnya manis, kali pertama bertemu saya dalam keadaan kurang baik - keadaan yang ingin sahaja menitiskan air mata dan berkongsi luahan hati demi mendapatkan ketenangan.

Jadi pada kelas pertama saya pada semester itu, saya menyapa L, dan katakan " I really need to share something with you...." Di situlah bermula persahabatan, dan siapa tahu perkongsian dengan seseorang yang baru saya kenali itu menghadirkan rasa senang dan tenang.Kami bersembang di kafe HS dan saban minggu pada kelas yang seminggu sekali itu kami bertemu dan hanya sempat meluangkan masa lebih kurang 15-30 minit selepas kelas kerana dari kuliah berbeza.

Riverside UIA pastinya mendengar banyak sekali luahan hati saya dan L.Meletakkan kepercayaan pada orang baru seperti L menjadi mudah kerana dalam cerita kami berdua ada titik temunya.Saya bersyukur sekali mengenali L kerana saya yakin sahabat yang baik akan mempengaruhi pilihan dan tindakan kita.

Emosional dan rasional kita ada pergantungan pada orang sekeliling.Maka pilihlah sahabat dengan baik.L yang kenal personaliti saya dengan baik sepanjang empat semester kami berkawan selalu memberikan nasihat yang mendahului rasional daripada emosional.Itu kehebatan L yang selalu saya kagum dalam diam.

Sekiranya saya ajukan soalan yang saya sendiri tahu baik buruknya, L akan biarkan saya membuat keputusan sendiri tetapi dalam kelembutan L akan mengingatkan " ...tapi lebih baik Farrah sabar.." dan itu lebih menguatkan saya bahawa jika kita dikenali sebagai seorang yang baik,tidak salah untuk meletakkan pengharapan orang lain ke atas diri kita sebagai penguat semangat untuk kita terus berkelakuan baik.Mungkin kedengaran hipokrit?Saya tidak tahu, tetapi bagi diri saya itulah penguat paling besar untuk saya terus menjadi lebih baik.Pengharapan itu.

Ya, benar pengharapan yang tertinggi dan terbesar layak hanya pada Tuhan.Namun manusia yang dihadirkan dalam bulatan hidup kita juga adalah kiriman Tuhan supaya kita terus menjaga habluminannas dan habluminallah (hubungan Bersama manusia dan Allah).

Terima kasih L, kerana selalu ada.Saya hargai waktu-waktu apabila antara kita terdiam sepi dan hanya menyaksikan sungai yang mengalir - ada waktu hanya diam yang dapat mengisi bicara.Semoga sungai itu terus memberikan kebahagiaan walaupun hanya pada memori kita berdua membicarakan tentang hidup dan persoalan yang tiada akhirnya.

p/s : Thank you L, you are the light that were sent by Allah at the right time.Alhamdulillah.

You Might Also Like

0 comments