Untukmu Azliana
03:34Semalam ayah Azliana meninggal. Jadi aku pun pergi ziarah dia di Mahang dengan Ummi,Sofea dan Saffa.Sedih kan rasanya.Tidak kiralah bila pun seseorang itu meninggal,mahupun yang telah sedia sakit atau yang tiba-tiba begini yang mana ajal menjemput rasa itu pasti ada.Sedih dan pelbagai lagi rasa yang bercampur baur.Mungkin ada yang rasa -tak apalah dah habis SPM,kasihan lagi orang yang ayahnya meninggal ketika peperiksaan baru bermula.Tetapi,walau bila pun perkara itu berlaku,kepergian seseorang yang kita sayang itu pastinya merenggut secebis kebahagiaan di hati.
Pada aku dia tampak kuat.Dia katakan "aku ingat benda macamni jadi di tv saja".Iya kan,benda macamni seringkali kita lihat sebagai sebuah lagi kejadian yang perlu ditempuhi setiap orang dalam hidup namun acapkali itu jugalah kita terlupa suatu hari perkara sama yang akan menimpa kita.Realiti kehidupan.Lepas itu,aku juga menyeka air mata.Pastinya saat itu aku turut sedih bagi pihak Azliana.Ada aku terfikir pada saat itu,benda sama akan jadi pada aku?Tidak.Aku cuma merasa getirnya kehilangan ayah,secara umum.
Tetapi seawal menerima berita itu seusai solat zohor aku betul-betul terkejut.Beberapa hari yang lalu ada aku kira-kira rakanku yang sudah ketiadaan ayah.Rupa-rupanya angkanya bertambah.Sebelum ke Mahang aku salam abah dan aku peluk sebab aku tahu bagi mereka yang sudah tiada pastinya hal itu sangat ingin mereka lakukan.Jadi bagi aku yang masih ada abah,daripada rasa terkilan mencengkam dada lebih baik aku hargai apa yang masih ada di depan mata.
Di kampung Azliana,antara bait kata yang dia ungkap,kami membisu seketika melayan perasaan.Aku membayangkan impian Azliana untuk ke London,menyambung pelajaran.Dia bercita-cita tinggi seperti aku juga.Dan UK menjadi destinasi impian kami untuk menuntut ilmu.Aku bukanlah pemujuk yang baik,yang pandai menenangkan.Tetapi pada masa seperti ini aku tahu seorang rakan itu perlukan pendengar.
Aku tepuk-tepuk bahunya agar dia terus luahkan apa yang terbuku di dada.Dia katakan bahawa dia mahu mengambil lesen dan sesuatu mengenai ayahnya mahu tengok dia berlesen mungkin.Selepas itu aku dapat lihat dengan jelas betapa hibanya dia.Seterusnya, aku bertanya lagi tentang bila,di mana dan pukul berapa kejadian itu berlaku.Kemudian,dalam senyum dia kata dia baru nak ajak ayahnya ke kedai makan abah.Aku tersenyum namun air mata juga ikut menitik.Sesekali aku juga mengusap bahuku sendiri seolah-olah memujuk diri aku untuk kekal tahan dan sabar.Manakala tangan yang satu lagi memegang kain jubah yang labuh agar tidak meleret kerana hujan rintik dan tanah masih basah.Bayangkan aku yang mendengar sahaja pun sudah sedih begini,apalagi Azliana.
Azliana,aku harap hang terus tabah sebab kejayaan hang pastinya membanggakan ayahmu!
Catatan 5 Disember 2015.Memori 4 Disember 2015.
Al-fatihah
2 comments
Sorry farrah, aku baru nak balas post hg ni. Lepas 4 tahun baru aku balas sbb aku rasa aku x kuat lagi utk balas dulu. Thank you so much utk post hg ni. Amin utk doa2 hg dekat aku. Aku hargai sgt2.
ReplyDeleteTak apa,Azliana.Aku harap catatan kenangan ini dapat jadi pengubat hati untuk kerinduan hang.Stay strong,Azliana.I only want the best for you, dear friend :)
ReplyDelete