Diari ARP : Pantai Kerachut #KRM 1

17:48


Assalammualaikum,

Sebelum aku mulakan penceritaan tentang kem ni, Diari ARP adalah catatan aku di blog tentang kem dan program yang telah aku ikuti pada tahun 2014 untuk mendapatkan Anugerah Remaja Perdana.
Diari ini aku tulis di blog supaya kenangan kem ini akan kekal dalam ingatan!

Apa itu ANUGERAH REMAJA PERDANA?

Tidak tahu? Tiada pendedahan tentang kewujudan anugerah sebegini?


Okay, jangan risau.Belum terlambat selagi umur kita tak melepasi 25 tahun.
Penyertaan terbuka kepada remaja seawal 14 tahun - 25 tahun.



Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda merupakan sebuah program pengiktirafan oleh Kerajaan di atas penglibatan remaja secara aktif dalam bidang-bidang yang menyumbang ke arah proses kematangan meraka.
Anugerah ini diadaptasi daripada Program The Duke of Edinburgh’s Award atau kini lebih dikenali sebagai The International Award for Young People yang mula diperkenalkan di United Kindom pada tahun 1956.Program Anugerah Antarabangsa ini kini diiktiraf d 126 buah negara di seluruh dunia .

Program Anugerah ini fleksibel , bukan bersifat pertandingan , memberi peluang di samping menekankan kepada pencapaian serta kemampuan individu .


Terdapat tiga peringkat dalam ARP iaitu Gangsa,Perak dan Emas.
Info ini aku dapat daripada blog https://eylasayangkmusemua.wordpress.com/

Untuk penerangan yang lebih lanjut anda boleh pergi ke Pejabat Belia dan Sukan yang berdekatan atau layari laman web kbs.gov.my

         

           Pada 2 Mei 2014, aku telah mengikuti sebuah perkhemahan yang dianjurkan oleh Kelab Rakan Muda.Kem ini adalah kolaborasi dari Kelab Belia dan Sukan Kulim dan juga KBS Kuala Kangsar.Jadi pada hari yang dimaksudkan itu kami semua berkumpul di sekolah,naik bas dan terus menuju ke....Bukan menuju ke destinasi lagi.Bas bertolak ke Kuala Kangsar untuk mengambil peserta kem di sana.Apa lagi tidoq la dalam bas sementara nak sampai sana kan.

Awal-awal bas agak lengang,bila dah ambil peserta dari Kuala Kangsar, barulah bas penuh.Let's head to Penang!Akhirnya, kami pun sampai di Taman Negara Pulau Pinang.

Bila dah penat menyusun beg,nampak pula bot datang.Wah!Wah!Mungkinkah weolss semua dapat menuju ke Pantai Kerachut dengan menaiki bot.Aku tak boleh membuat apa-apa kesimpulan awal sebab ini kali pertama aku ikut kem yang sebegini.

Persoalan akhirnya terjawab,apabila hanya beg-beg sahaja yang diangkut menaiki bot T_T Nama pun Kem Penjelajahan Lasak dan Rekreasi memang tak lah nak naik bot sambil melayani angin sepoi-sepoi bahasa.Oleh yang demikian, kami pun memulakan pendakian.Tak ada pacat.



           Sesampainya di sana ada tanah lapang,tempat kami dirikan khemah.Ada tandas kena turun bawah sikit,dekat dengan persisiran pantai.Ada lagi satu tanda yang dekat dengan khemah tak payah turun tangga, tapi tandas tu berdindingkan zink beratapkan langit dan dedaunan pokok.Ada wakaf untuk berkumpul yang lapang juga la boleh muatkan dalam 40 orang.Berdekatan wakaf tu ada sebuah surau kecil.Kemudahan okay la untuk buat perkhemahan tapi line coverage tak ada ya kat sini.



          Aku rasa bagus juga bila kita terpisah dengan dunia luar-buat sementara waktu.Kadang-kadang kita terlalu terikat dengan internet.Bila kita tak puas hati dengan wi-fi sebab kita boleh layari internet di tempat yang ada kemudahan wi-fi sahaja, kita mula ambil data internet untuk telefon.Sebab?Supaya kita boleh online bila-bila masa tanpa had,tanpa hubungan dan komunikasi dengan realiti.

     Aku tak salahkan teknologi,tetapi manusia yang terlalu obses dengan teknologi dah mula renggangkan diri mereka sendiri dengan dunia sebenar.We are too busy using our phones when we should be spending time with family, friends, doing work, or enjoying precious moments instead of capturing them on a phone to share with everyone.Niat sebenar kita untuk mengeratkan hubungan melalui media sosial telah menyebabkan hubungan kita dengan orang yang terdekat renggang.
Melawat penyu di Pusat Konservasi Penyu


I don't say we need to stop using our "smartphones" but we need to stop checking our phone like every 5 minutes. I'm sick of seeing people left and right staring at their screens constantly.What's so important there?If you are saying, it's about work.Then, people are not focusing on their work 100% when they are supposed to their work.When it's out of working time they are whatsapp-ing or line-ing their colleague or friends to ask about the work that should've been done.It means that we are procrastinating  to do our work and ask our friends when they are literally in front of us.We rather ask them when we are at home, where people should spend their quality time with their family.

Okay, luahan perasaan berakhir di sini.hoho




 Ada banyak aktiviti yang sangat best.Pengalaman yang berharga adalah belajar  cara masak dalam hutan dengan menggunakan messtin.
Messtin
Lepastu, aku belajar cara menentukan kiblat dengan menggunakan Explorer Map Compass.
Bila ingat-ingat,banyak ilmu baru yang aku dah dapat daripada kem ni. :)


Di Pantai Kerachut juga ada sebuah tasik meromiktik.


Tasik Meromiktik


PERNAH anda dengar mengenai tasik Meromiktik? Sebuah buku geografi menjelaskan, tasik ini wujud daripada fenomena bermusim yang berlaku apabila beting pasir terjadi berhampiran pantai berikutan tindakan angin dan ombak yang kerap memukul pantai.
Beting pasir ini akan menghalang pergerakan air laut yang dibawa bersama ombak yang besar, hingga membentuk lagun bermusim, yang kemudian melahirkan tasik Meromiktik.
Ada pelancong yang ambil lumpur di tasik tu untuk dan lumurkan ke muka,untuk cantikkan kulit sebab waktu tu air seakan-akan surut sebab bulan Mei ,terbentuknya beting pasir.Tasik itu hampir kering selepas berakhirnya musim peralihan kerana air laut mengalir semula ke laut menerusi alur yang terbentuk pada beting pasir.
Ihsan en.fotografi - AzlifAzman
Sunset dekat sini memang cantik.Untuk pencinta fotografi jangan lepaskan peluang ini!

Jumpa lagi dengan Diari ARP seterusnya!

                                                                                                                                FarrahWahida


You Might Also Like

0 comments