Melakar dengan Arang - RUsSEL
00:30
Assalammualaikum,
Tahun ini sejujurnya banyak sekali perkara menarik berlaku pasca bulan lapan.Semester kedua dalam 2018 aku dipenuhi majlis istimewa orang tersayang dan aktiviti produktif serta menarik,sebuah pengembaraan mengenali dan menjejaki diri sendiri.Yang pastinya proses belajar tambahan pula belajar memahami diri sendiri itu suatu perjalanan panjang,tiada hentinya, ada saja ilmu baru.
Hari ini aku dan Izyan ke 'Bengkel Melakar dengan Arang' di bawah kendalian Cikgu (En.) Mohd Fuad dan anjuran Rumah Seni Selangor (RUsSEL),akronimnya sahaja sudah 'catchy' dan 'special', apatah lagi programnya.Aku mengikuti RUsSEL, di twitter dan mereke sentiasa mengenmaskini aktiviti menarik berkaitan seni - wayang pacak,bengkel lukisan air,khat,demaklasi puisi dan banyak lagi tentunya.
Rupa-rupanya RUsSEL hanya berdekatan CFS UIA PJ ,di Seksyen 16 kawasan perumahan Petaling Jaya.Kawasan perumahan lama itu tenang, laksana sebuah tempat terbaik untuk rehat sebentar di tengah sibuk dan sesak bandar PJ.
Kami semua diberikan easel masing-masing,dengan kertas bersaiz A1.Aku langsung tak bersedia untuk berperang dengan arang pada pagi Sabtu ini,sangkaku bengkel ini untuk mengajar cara-cara menggunakan arang dalam lukisan sahaja.Encik Mohd Foad menerangkan elemen penting untuk memulakan asas lukisan,nyatanya
1.Komposisi
2.Bentuk
3.Rupa
4.Warna
semua memainkan peranan penting.Komposisi adalah yang pertama kerana komposisi subjek menceritakan kisah lukisan itu,contohnya subjek yang sedih tidak sesuai berada di tengah ruang kertas,subjek itu sepatutnya berada di sisi-kanan atau kiri terpulang pada kamulah.Cikgu lukisan kami pada pagi itu menggunak tengkorak sebagai subjek lukisan.Hebat sekali tangannya melarikkan arang di atas kertas.Analoginya, arang itu perlu menari-nari atas kertas bagai cubitan di pipi- harus tahu lembut,sederhana atau keras.Ah, analogi ini mengingatkan aku tentang perumpamaan 'Bagai pauh dilayang'.Seolahnya kamu melayangkan blusher di pipi,jangan terlalu terang,dan jangan terlalu samar untuk menaikkan seri.
First time using easel.That excited face, because I had Mr.Bean in my mind who was just as excited as me (did you watch that episode?) |
Kami diberikan pilihan untuk memilih subjek yang disediakan oleh cikgu lukisan - pokok,epal,teko,bunga,arnab,gorilla dan tengkorak.
Duduk sahaja di hadapan easel,dengan arang dan pemadam yang dibekalkan berserta tampalan gambar teko sebagai rujukan di sisi kertas lukisan, aku jadi takut.Perasaan takut dan tertekan setiap kali aku hadiri kelas lukisan dahulu kembali lagi.Macam mana ni? I signed up for this!Sudahlah dengan seluar putih, kononnya 'white is my colour #white4life ' hahaha 😆😝 Aku dah lama tonton Mr.Bean dalam kelas lukisan, buah-buahan sebagai subjeknya dan dah lama hendak berada dalam situasi begitu, melukis menggunakan easel, konon hebat sekali.Sekali bila diberikan peluang, takut dibuatnya.Mujur ada Izyan ,menemani gelak tawa kerana kami berdua gentar hendak memulakan lakaran.Kemudian datang semangat untuk cuba sehabis baik,kehidupan kan suatu proses pembelajaran yang tiada hentinya.
Sepanjang sesi lukisan, Cikgu Foad datang dan menasihati tentang bentuk lukisan,sesekali dia bertukar posisi dengan pelajar,mengambil arang dan membetulkan lakaran kami.Hebat,kerana pembetulan yang dia lakukanlah,lukisan berbentuk teko,kalau tidak mungkin kamu juga tidak dapat meneka apakah bentuknya 😭
Bersama Cikgu Mohd Foad. Terima kasih Izyan selalu menemani saya dalam pengembaraan seni kita.Love you lots! |
Pameran karya |
Saya dan teko 😂😆 |
We made it! |
Sepanjang bengkel ini, aku bertemu banyak sekali manusia hebat, yang sudah arif tentang lukisan masih merendah diri menerima kritikan dan nasihat, yang baru belajar,mendepangkan tangan dan melapangkan dada menyerap ilmu yang dikongsi.Terima kasih semua,moga bertemu lagi untuk berkongsi kebahagiaan dan ilmu.
0 comments