LAWAK 2

15:02

Assalammualaikum ,

Cerita kali ini betul-betul lawak.Lawak bercampur sedih,rasa nak menangis!

Di The Mines,aku kononnya nak tengok ikan-ikan dalam kolam tu berenang dengan lebih jelas dan dekat.Sambil tengok ikan,tiba-tiba tanganku berpusing dan terlanggar spek mata yang sudah sedia longgar.Swoosh!Spek pun jatuh dalam kolam huhuhuhu.Ikan-ikan yang sedang berenang pun kelihatan sedih.Okay ini tipu.Ada pelancong Indonesia 🇮🇩 yang juga sedang menikmati pemandangan kolam ikan,turut bersimpati dengan kejadian itu.Dia cakap "tak payah ambillah,dalam kolam ni dan tak nampak mana spek itu".

Lepas itu, aku berjalan kejap dengan pandangan kabur dan call Sofea.Bila Sofea datang aku ajak dia ke tempat kejadian,kotlah kan dia nampak mana spek aku.Tetapi kolam yang penuh dengan ikan-ikan bersaiz sederhana besar serta permukaan yang agak gelap menyebabkan bayangan spek itu lenyap.

Hilang.Sekarang aku perlukan kanta lekap.

p/s: Sangat rindukan sungai,bukit dan yang sewaktu dengannya.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Flickr Images