Mawar untuk Mak
02:15
Assalammualaikum,
Nukilan malam ini saya mulakan dengan Al-Fatihah untuk semua yang tersayang,yang sudah menghadap Ilahi.Terutama buat nenda tercinta,Khalijah binti Halit.
Tiga hari sebelum itu,Selasa pagi Mak dikhabarkan nazak.Di ruang wad C6,Tingkat 1,Hospital Penang, bergilir-gilir ahli keluarga memenuhi ruang.Mendekatkan diri,bersalam,mencium dahi Mak,memohon ampun.Air mata pun mengalir.Tangan mak kukucup perlahan,memohon maaf atas kekhilafan sepanjang berkongsi waktu bersama Mak selama ini.Suhu tubuh badan Mak yang hangat ketika itu masih terasa.Mak katakan "Selamat jalan Farrah,esok mak dah nak balik.Selamat jalan." Mendengar ungkapan "balik", aku tahu bukanlah pulang ke rumah maksud yang hendak disampaikan itu,namun pulang ke tempat abadi.Berjujuran air mata membasahi pipi,suasana hening.Masing-masing ingin meluangkan waktu terakhir begini,ingin berada di sisi,mengalunkan kalimat utama - La Ilaha Illallah (Tiada Tuhan selain Allah).
Walid pergi 12 Januari 2012, dan Mak, Allah pinjamkan tujuh tahun yang lebih untuk bersama kami.Pinjaman,kita semua pinjaman di dunia ini.Tiada yang milik kita.Memiliki bukanlah hakiki.
Kemudian, hari Rabu, aku,Sofea dan Ummi dan Saffa melawat Mak.Sejenak ketika Maghrib,ketika semua sudah ke surau,aku mengambil tempat Uncle Daniel untuk menemani Mak seketika.That is the only time, Mak and Me ,together at the hospital.Bila kusuakan wajah dekat dengan wajah Mak,aku sedar yang ada urat yang jelas kelihatan di kiri dahi Mak.Bibir Mak semakin mengering.Nafas Mak lebih stabil berbanding hari semalam.Ingin saja aku luahkan isi hati pada Mak,ingin meminta keberkahan doa-doanya,ingin ucapkan terima kasih yang tak akan pernah ada penamat.Mak berbicara, dalam hela nafas yang perlahan,bercerita tentang isi hatinya melihat anak-anaknya pulang.Aku sedar waktu itu,bukan lagi waktu untuk aku yang berkongsi rasa,biarlah aku menjadi pendengar buat Mak.
Seketika kemudian,aku lihat Mak perlahan-lahan menutup kelopak mata.Mesin yang memastikan tekanan darah dan degupan jantung yang tiba-tiba berbunyi membuatkan Mak terjaga kembali daripada tidurnya.Rehatlah,Mak.Kasihan sekali melihat Mak tidak berdaya begini.
Uncle Daniel kembali ke wad usai solat.Uncle dalam gurauan,menasihati Mak untuk menjamah sedikit makanan supaya lebih cepat sihat.Uncle Daniel, if you are reading this please know how much I admire you for being such a good son.He was there since day one,taking care of Mak 24/7,changing her diapers,always always making sure that Mak was in good condition.Uncle Daniel, I can never take care of Mak as good as you.The warmth of your love towards Mak proven that your sincerity shines from within.Melihat mak tersenyum dalam tawa bersama Uncle Daniel,menjadikan hati ini turut gembira.I believe that Mak loves you so much.You have done your best,Uncle.Farrah harap jasa baik Uncle diberkati Tuhan,dan semoga banyak perkara-perkara baik datang dalam hidup Uncle.You have a noble heart,may Allah bless you with all good things in dunia and the hereafter.
Terima kasih juga buat doktor,jururawat dan kakitangan hospital yang memudahkan urusan.May Allah bless all of you.
Terima kasih juga buat doktor,jururawat dan kakitangan hospital yang memudahkan urusan.May Allah bless all of you.
30/8/2019
Pagi Jumaat
Mak menghembuskan nafas terakhir.Walaupun,kita semua sedar yang Mak akan pergi dalam waktu terdekat,pemergian abadi menimbulkan rasa kehilangan.Kehilangan yang tersayang selalu saja menerbitkan kesedaran dalam hati bahawa kita semua di dunia ini,sementara.Semoga hidup kita di dunia bermanfaat.Menyenangi dan disenangi.Menimbulkan kebahagiaan,melahirkan senyuman.
Mak, terima kasih Farrah ucapkan kerana melahirkan Ummi.Terima kasih untuk air tangan Mak yang disediakan dengan kasih sayang.Farrah selalu ingat, sebelum pulang UIA ,Mak selalu bekalkan sesuatu,pernah sekali Mak beri vietnam roll.Masakan Mak yang akan kami semua rindu,pastilah yang selalu Mak masak - cucur,mee goreng,nasi goreng.Yang selalu Mak katakan biasa-biasa saja rasanya,dan walaupun bila mak tanya lapar atau tak,kami semua geleng kepala,Mak tetap masak,yang akhirnya jadi rebutan semua cucu Mak.Sedap :)
Pernah sekali, di rumah Pak Su,Mak bekalkan roti telur waktu Farrah dan Anis nak balik ke Kedah.Dalam perjalanan panjang kereta api,sebak hati ini mengenangkan berapa lama lagi bekalan kasih sayang yang Mak titipkan dapat kami nikmati.Akhirnya,Mak pergi satu hari sebelum tanggal Merdeka.
Mak, I still remember how happy you were when I gave you a bouquet of flowers containing a Red Carnation,a White Rose and a stalk of White Jasmine.Your face gleamed with happiness.I chose white because you have undergone a thyroid operation, and I wanted it to be a fresh new start for you.I hope that you would be in good health.Mak katakan " Mak suka sangat,mak tak pernah dapat bunga".Mungkin kata itu untuk menyedapkan hati si pemberi,tapi Mak kata-kata itu sangat bermakna buat Farrah.
Mekar, seperti senyumanmu Mak. |
Suatu malam, selepas pulang melawat Mak aku berdoa dalam hati semoga Tuhan beri peluang untuk hadiahkan bunga buat Mak sekali lagi jika benar hayat Mak sudah tidak panjang.Alhamdulillah, I managed to give her a bouquet of red and yellow roses.I didn't choose white this time because I want you to be lively and cheerful just like those bright coloured roses.
Kini, mawar kuning dan merah itu ada di suatu sudut di bilik Mak.Kering,mak sukakan bunga kering.Harumannya masih ada,tapi Mak sudah tiada.
My favourite photo of Mak and Sofea. |
Senyuman terakhir jenazah Mak yang menjadi tatapan kami semua,menimbulkan ketenangan dalam kesedihan.Damailah,Mak.
Mak, tenanglah Mak di sana.Banyak rasa sayang yang tidak terungkap dan ucapan terima kasih yang tak akan pernah habis untuk diluahkan.Farrah sayang Mak.Al-Fatihah.
p/s : Thank you for being there, it means a lot to me.Tonight, I unbox the snowglobe and place it right beside the laptop.Shaking it up and down,witnessing the confetti revolving around makes me believe that my dreams will come true.It gives me a sense of hope and faith.Cantik sekali,terima kasih.
0 comments