Jiranku : Salam Sayang untuk Farisya
18:27Assalammualaikum.
Sebenarnya sudah lama sekali ingin saya nukilkan perasaan ini teristimewa untuk Farisya.Jika kamu rujuk penulisan sebelum ini,bolehlah mendapat bayangan tentang betapa rapatnya hubungan antara keluarga di rumah 46 dan 48.Saya mempunya empat adik beradik manakala mereka pula enam orang.
Malam itu saya sudah bersedia untuk hari pertama latihan praktikal keesokan harinya.Setelah sediakan baju dan perkara-perkara penting,saya pun baring sambil menyembang dengan Saffa.Mukhreez beberapa kali datang,bercanda sambil membuka lampu bilik.Setelah kena marah sekali,dia pun blah.Baru terlelap dalam 15-20 minit Mukhreez datang lagi,saya fikir dia nak bergurau lagi aduh!Rupa-rupanya Akish datang dan katakan, Farisya dah meninggal,tersentak saya dan Saffa.Kami terdiam,terkejut.Allahuakbar.Kali terakhir saya bertemu Farisya adalah ketika Aidilfitri,waktu itu Cha hanya duduk di kerusi kayu jati.Cha sudah tak kuat lagi untuk berjalan.Dalam kebarung hijau mudanya,saya menghampiri bertanya sedikit tentang keadaannya.Farisya memang tidak lekang dengan senyuman,bila tanya "Cha,ok?", Cha hanya senyum-senyum sambil mengangguk.Alhamdulillah,ada foto saya dan Farisya pada hari raya kali ini."Cha,jom kita tangkap gambar raya satu,bukan selalu kan",Farisya hanya tersenyum.
Pada pukul kira-kira 3.15 pagi itu saya menyarung jubah dan selendang,dan kami sekeluarga bergegas ke rumah Cik Yusri yang hanya selang sebuah.Masuk sahaja ke rumah mereka,setelah mereka berkongsi sedikit tentang Cha,kami diajak ke ruang bilik.Cha dibaringkan atas katil.Masing-masing dalam kesedihan.Kami diizinkan melihat dan mendekati Cha.Sayu sekali melihat Cha.I kissed her forehead and hands.I held it gently as I know this would be one last time.Cha sudah tiada.Saya yang hanya jirannya ,tidaklah berkongsi katil atau bantal pun sudah sedih begini,saya pasti Kak Huda yang sehari-harian bersamanya lebih sedih.Kemudian Afiq,Azim dan Wafiy,serta Cikgu Maz juga bergilir-gilir masuk ke kamar itu.Beberapa ketika kemudian,pihak hospital tiba untuk mengesahkan kematian.Cik Yusri di suatu sudut ruang tamu berbincang dengan mereka.Setelah disahkan pemergian Cha bukanlah kerana covid dan oleh kerana komplikasi barah otak,makanya pengurusan jenazah dibenarkan di rumah.
Cikgu Maz,Ummi serta Puan Mala mula menguruskan jenazah Cha (beliau memberikan kain telekungnya sebagai pakaian terakhir Farisya,moga beliau diberkati).Cikgu Maz dalam sedihnya juga kelihatan reda dengan pemergian Cha,puterinya yang bongsu.Seketika di ruang tamu,setelah selesai urusan-urusan lain dan jenazah Cha ditempatkan di atas katil di tengah ruang tamu,kami mula membaca yassin bersama-sama.Melihat sosok Cik Yusri yang menangisi pemergian Farisya,saya juga turut sayu.Dear Cha,we all love you dearly.Memang benar kan, ibu bapa yang kehilangan anak,mungkin lebih perit daripada anak kehilangan ibu bapa.Anak ini yang dilahirkan dan dibesarkan dan akhirnya pergi meninggalkan kita dahulu.Didoakan yang terbaik buat Farisya.Pagi itu, Cik Yusri dan abah ke IPD Kulim bersama-sama menguruskan sijil kematian.
Farisya,yang usianya 13 tahun sudah saya anggap seperti adik saya sendiri.Selalunya apabila saya kongsikan foto hasil seni di instagram,Cha akan jadi antara orang pertama menyukai foto itu ataupun membalas story saya.Beberapa kali juga saya dan Cha bercadang nak melukis bersama tapi tak jadi,namun sokongan Cha yang sebegitu sudah cukup membahagiakan saya.Cha pergi sehari sebelum tarikh lahirnya.Lahirnya 6 Julai 2008,pulangnya ke rumah abadi 5 Julai 2021.Antara perbualan terakhir saya bersama Cha adalah ucapan hari lahirnya pada saya.Yang lain-lainya adalah berkisar lukisan.
Pada hari lahir saya tahun ini,saya terkenangkan Farisya.Usia kita sesungguhnya adalah sebuah hadiah yang paling besar.Moga kita menghargai usia yang ada dan memanfaatkannya.
Pagi itu,saya tetap ke RAK untuk hari praktikal pertama.Bagaimanapun,fikiran saya masih pada Farisya.Bimbang kerana tidak sempat menghadiri pengebumian Farisya,saya meminta izin untuk pulang lebih awal.Setibanya di rumah mereka,Kak Fatin dan suaminya juga telah tiba.Suasana sayu sekitar pengurusan pemandian jenazah.Saya turut sedih melihat abang-abang Farisya bergilir-gilir memegang dengan lembut tangan Cha,sentuhan terakhir yang penuh kasih sayang.Setelah jenazah Farisya dikafankan,sememangnya Cha kelihatan putih,bersih dan suci..Saya mengambil peluang untuk turut mengucup dahi Farisya buat kali terakhir.Sofea tidak ada di sini kerana masih di UPM,tetapi saya pasti turut bersedih atas pemergian Farisya yang kami kasihi.
Maaf,Cha kita tak sempat melukis bersama.Namun pada Ramadhan lalu ketika memberi dua set poskad raya yang dipesan Kak Huda,saya sempat menyediakan sebuah kad ucapan untuk Cha.Kad ucapan dengan lukisan bulan,ditambahkan kaligrafi nama Farisya Areesa serta ucapan pendek untuk memberi semangat kepadanya.Memang tiada yang istimewa pada tarikh itu,cuma saya tergerak hati ingin memberikan kad itu.
Moga Cik Yusri dan Cikgu Mahziliyah diberikan kekuatan menempuhi pemergian puteri tersayang.Buat Kak Fatin,Kak Huda,Afiq,Azim dan Wafiy,moga kalian terus dalam kasih sayang.
Salam sayang,
Kak Farrah.
Penulisan ini ditemani tangisan dan perasaan yang telah terbuku sekian lama.Moga Cha tenang di sana.Doakan kami semua ya,moga kita bertemu kelak dalam kebaikan dan rahmat Tuhan.Izinkan saya menulis tentang insan yang saya kasihi dan telah pergi kerana walaupun mereka sudah tiada,saya harap merekan akan terus hidup dalam penulisan ini.
0 comments