Istimewa

23:14

 Aku sudah terlalu lama tidak menulis tentang perkara yang membahagiakan kerana penulisanku sebelum ini sinonim dengan kesedihan dan ruang kosong dalam hatiku.A void in my heart that I am afraid to admit.Aku di Langkawi awalnya adalah untuk membwa jauh-jauh hati yang sedih ini, ingin menikmati keindahan dunia setelah dua tahun terperangkap dalam bahana covid.

     Melihatmu pada hari pertama di Pengkalan Kubang Badak itu, dalam semua yang ada di tapak projek itu,hanya kamu yang menarik perhatianku.Namun , pada saat itu terlalu banyak hal yang sedang dalam fikiran jadi ingin aku ketepikan sebentar hal hati dan perasaanku.Tambah-tambah pula nafasku masih sesak dan batuk kesan covid masih kuat sekali.Keadaan di tapak projek yang berdebu kerana para artis dan artisan sedang menyiapkan rangka besi untuk arca,menyebabkan aku lebih gemar memakai mask.Begitu juga kamu, jadi tidak dapat aku melihat wajahmu dengan jelas.

    Sekiranya kamu belum tahu, pada minggu pertama itu adalah beberapa kali aku cuba mencari apa-apa saja info tentang kamu di media sosial, tetapi mana mungkin ketemu, namamu sahaja tidakku tahu.Maka, aku biarkan sahaja berlalu begitu,tambah-tambah pula ada lebih kurang sebulan lagi di sini.Masih panjang tempohnya.

    Minggu kedua itu,Maxine mengajak team Mushroom ke pesisir pantai Teluk Yu,mencari siput-siput untuk dijadikan contoh dan hiasan kepada arca cendawan yang akan didirikan.Aku membonceng motosikal bersama Anep,Maxine bersama Abang Mamu.Krew fotografi pula menaiki van merakam momen itu untuk dimasukkan dalam dokumentari Projek Arca Dasar Laut oleh Balai Seni Negara.Setelah moto diparkir berhadapan Sri Bayu Inn, kami berjalan mencari siput yang unik dan menarik.

    It was such a beautiful memory, to be there with my team.A once in a lifetime memory,The laughter,smiles and happiness.Alhamdulillah for the chance that is gifted by Allah to me.

    Kamu menghampiriku, bertanyakan namaku.Dan itu juga kali pertama aku mengetahui namamu.It was short and sweet introduction, by the seaside,accompanied by the beautiful weather.Yes, exactly like one of those that you watched in the movie. :) If I could, of course I would want this exact moment to be recorded so that we can play it again and again but I guessed we have both kept it sealed in our memory,for it is such a beautiful moment.

    I endured that one month because with your presence, everything seemed to be more enjoyable and beautiful.I remembered how I tried to avert my gaze everytime my eyes laid on yours (purposely! haha) and how we greeted each other with small nods in the morning, especially when your photography team were there at the site for documentation. I wish you know that on certain days that you were not there, i was waiting eagerly for you to be there,even just from afar.Because your presence make me feel happier despite having to carry the heavy load of shells or dealing with resin.I knew that you have seen the less attractive part of me, with all sweats and tiredness of the physical activity in building the sculpture, and I wonder how did you fall for me.Thus, maybe that's love.

    


There's a lot that I want to write but my words cannot exactly describe each moments perfectly.
Thank you Ade Aidil.

                                                                                                                        Love,
                                                                                                                              Farrah W

langkawi

Langkawi

22:28

 Malam terakhir kuarantin bersama Nazira di Langkawi, dalam hati kecilku aku ingin lebih lama di Pulau Langkawi ini.Tempoh tiga hari mengembara di pulau ini,menikmati ketenangannya tidak cukup buatku.Tambahan pula, pada usia 24 barulah aku dapat menjejaki pulau ini untuk kali kedua.Malam itu setelah solat isya,terdetik untuk aku tunaikan solat hajat.Aku tiada apa-apa perancangan spesifik selepas habis semester terakhir ini.Ingin sekali aku luangkan lebih masa di sini.Dalam doaku malam itu,pintaku adalah supaya Allah berikan yang terbaik,dalam hati paling dalam aku ingin sekali luangkan masa yang lebih di pulau yang indah ini.

    Usai solat hajat itu, aku terima mesej di instagram daripada kenalan seniku, Akmal.Akmal selama ini sangat menyokongku dalam perjalanan seni ini meskipun secara atas talian.Ada kekosongan sebagai artisan di saat-saat akhir kerana bilangan artisan untuk Projek Arca Dasar Laut tidak mencukupi.Aku walaupun masih dalam keraguan ,tetap menganggap ini sebagai satu jawapan daripada Tuhan,peluang untuk lebih lama di Langkawi.Dalam terma dan syaratnya, dimaklumkan tempoh,kemudahan,tanggungjawaab dan jumlah gaji artisan.Aku yakin sekali umi dan abah akan mengizinkan ; sekarang keputusannya ada padaku.

    Tempohnya sebulan,aku terfikir-fikir tentang persiapanku,cukupkah?Bagasi kecilku hanya ada baju-baju yang sesuai untuk bercuti - jeans dan beberapa baju putih.Namun itu bukanlah penghalang.Ini adalah peluang yang mungkin hanya datang sekali dalam hidupku.Disebabkan jawapan harus diberi secepat mungkin, dengan sebulat kata hatiku,aku menerima.Dan setelah sebulan yang amat bermakna itu, ini adalah sebulan yang amat istimewa dalam hidupku.Terima kasih untuk Akmal atas peluang ini.Kadang-kadang setiap perkenalan itu membuka pintu dan ruang kepada peluang yang hebat dalam hidup, hanya atas pilihan kita sama ada untuk memanfaatkannya atau menyekat sayap kita daripada terbang tinggi dan bebas.

        Aku amat bersyukur dalam tempoh sebulan itu bertemu para penggiat seni yang hebat,menyantuniku dengan begitu baik.Setiap satunya amat hebat dengan cara tersendiri.Aku belajar banyak sekali.Baru-baru ini apabila aku ke Balai Seni Negara, melihat karya-karya mereka, sungguh kecil kurasakan diri ini, dan betapa bersyukurnya aku dapat berkongsi ruang bersama mereka,menuntut ilmu seni dan kehidupan.

        Akanku penakan momen-momen bersama mereka dalam penulisan yang akan datang.

        Terima kasih Langkawi untuk setiap yang manis dan indah di pulaumu.


                                                                                                                            Salam sayang,

                                                                                                                            Farrah.

Februari di Langkawi

21:54
Februari 2022 awal tahun ini adalah salah satu hijrah pendek yang membawa banyak makna baru dalam hidupku.Aku bertolak ke Alor Star menaik komuter dari Bukit Mertajam.Kemudian tiba di Jeti Kuala Kedah menaiki feri ke Langkawi.Ombaknya kuat,setelah bersembang beberapa minit bersama seorang pakcik di sebelah,aku pun tertidur.

Tibanya aku di jeti Langkawi, satu perasaan gembira memenuhi diri ini.Pada waktu itu,tidaklah dapat aku meneka bahawa aku akan berada di pulau ini lebih lama daripada perancangan percutianku.Kali terakhir aku menjejaki Langkawi adalah pada usiaku 10 tahun bersama keluarga.Memori tentang Langkawi sudah samar-samar di fikiranku,yang jelas hanya burung helang kebanggaan Langkawi itu.

Izzati dan Nazirah menjemputku dengan kereta kuningnya yang comel.Sahabatku semenjak asasi ini, walaupun sudah lama tidak bersua, ada satu ikatan yang sangat dekat dengan mereka.Ini adalah graduation escape kami - kononnya, yang berakhir dengan cara yang paling kami takuti.Petang itu Izzati membawaku dan Nazirah ke Umbut by The Kelapa.Jauh nun di atas bukit, disimbahi cahaya mentari petang dan dihidangkan dengan pemandangan Langkawi yang cukup indah.Very beautiful ambience.

Kemudian, kami ke rumah sewa Izzati di Kg Ayer Hangat.Esoknya, kami bertiga ke SkyCab Langkawi, menaiki kereta kabel ke Gunung Mat Chincang.Petangnya,kami menjemput Ainun di Jeti Kuah.
Hari Ketiga di Langkawi, Ainun,Nazirah dan aku menyertai Island Hopping,Izzati pula meneruskan internshipnya di Kolam Ikan berdekatan kawasan Kilim.Malamnya kami bertandang ke rumah Bonda Azizah, rakan sekolah abah.Banyak sekali kami dijamu,nasi daging, kudap-kudapan dan ais krim gula melaka.Dari ruang tamu ke dapur, banyak sekali yang dibicarakan.Bonda Azizah dalam sembang-sembang itu banyak sekali diselitkan pesanan berhikmah.Ramah dan manis sekali melayan kami semua seolah-olah hendak kami tidur jua di rumahnya ,hehehe.Akhirnya pada jam 11 malam kami beransur pulang ke Kg Ayer Hangat.Dalam kereta itu, aku mengenangkan betapa lama benar kami tidak meluangkan masa begini dan momen ini akan selamanya jadi antara yang terindah bersama sahabat asasiku.

Kami yang kepenatan terus tidur sesampainya di rumah Izzati.Pagi esoknya, Nazirah mengejutkanku ,memberitahu bahawa dia positif.Aku yang terpisat-pisat masih mengantuk dan blur,sudah faham yang positif dalm konteks ini pastinya Covid.Terus aku ke ruang tamu,dalam kebingungan.Ainun yang tidur di atas sofa,dikejut oleh aku.Izzati sudah bersiap pagi itu untuk ke kolam ikan.Cepat-cepat Izzati keluar membelikan covid test kit dan perkara-perkara penting lain.

Kami bertiga dalam debaran menyemak covid test masing-masing.Ini momen paling aku takuti,kerana aku dapat rasa ada simptom yang mula hadir dalam tubuh badanku ini.Keputusannya ada dua garis tetapi yang keduanya samar-samar.

Hatiku kurang senang dan mengatakan, ini covid.Hmm, graduation trip gone wrong?But really it's a good one.I'm glad I spent my precious time with them.

Ummi dan adik-adikku tiba di Langkawi hari itu,rancangan asalnya adalah aku ingin panjangkan percutian ini dengan mereka,tapi dek kerana dilanda covid,lebih baik aku kuarantin di rumah Izzati.Maka tengah hari itu umi datang menjengukku sebentar.Sedih sekali diri ini.

Terima kasih sahabatku Izzati,tidak akan pernah terucap terima kasih untuk budimu menjaga kami dalam tempoh kuarantin.


Terima kasih Dalgona

00:09

 Assalammualaikum.

Salam Januari buat yang masih bersemangat dalam 2022 ini :) Senyum sikit!


Sebenarnya penulisan ini hanyalah untuk melarikan sekejap perhatian saya pada final year paper yang belum habis-habis.Alhamdulillah saya telah selesai menguruskan hal-hal dengan SPSS, phewww lega T_T

Waktu rumit mengendalikan kajian ini dan agak buntu memikirkan bagaimana mahu key-in data saya tiba-tiba teringat - eh apa salahnya tanya kawan yang lagi power pasal ni.Begitulah kehidupan,ada hal yang kita tidak mahir,setelah kita cuba yang terbaik,mintalah bantuan orang yang lebih arif.Lebih jimat waktu dan tenaga.Terima kasih pada Najlaa dan Hannan atas bantuan dan kata semangat.Means A LOT to me.

Also at time of distress when I am at the verge of losing hope,I remember someone said that,Allah is there,He will guide you as long as you ask him for help.Indeed.Walaupun berbekalkan dalgona selang sehari dan saya masih krik krik depan skrin makanya saya berdoa, Allah gives me clarity and understanding.Moganya penulisan ini dapat disampaikan dengan baik dan ada manfaatnya.InsyaAllah.Amin amin,Have faith in Him.

Dalgona itu benar-benar berkesan ya.Sebab bila saya tidur terbayang-bayang output statistik dan sya tertanya sendiri,eh bukankah dah settle?Bukankah dah significant findings correlation aku?Sampai macamtu kesan kafeinnya.Tak sangka pula data-data 'Narcissism and Aggressive Driving' masuk ke mimpi saya.Penulisan ini hanyalah untuk menenangkan saya seketika dan semoga minggu depan apabila saya baca kembali,saya boleh menarik nafas lega sebab saya dah submit fyp! 

Sekian,terima kasih dalgona!


*Saya sebenarnya dah tak sabar nak habiskan fyp dan merangka banyak lagi perkara-perkara dalam 2022,terutamanya seni.Good things will come at due time.


Semangat!!!

Dalgona topped with crumbles of brownies.Gittew!