melakar arang

Melakar dengan Arang - RUsSEL

00:30
Assalammualaikum,

Tahun ini sejujurnya banyak sekali perkara menarik berlaku pasca bulan lapan.Semester kedua dalam 2018 aku dipenuhi majlis istimewa orang tersayang dan aktiviti produktif serta menarik,sebuah pengembaraan mengenali dan menjejaki diri sendiri.Yang pastinya proses belajar tambahan pula belajar memahami diri sendiri itu suatu perjalanan panjang,tiada hentinya, ada saja ilmu baru.

Hari ini aku dan Izyan ke 'Bengkel Melakar dengan Arang' di bawah kendalian Cikgu  (En.) Mohd Fuad dan anjuran Rumah Seni Selangor (RUsSEL),akronimnya sahaja sudah 'catchy' dan 'special', apatah lagi programnya.Aku mengikuti RUsSEL, di twitter dan mereke sentiasa mengenmaskini aktiviti menarik berkaitan seni - wayang pacak,bengkel lukisan air,khat,demaklasi puisi dan banyak lagi tentunya.



Rupa-rupanya RUsSEL hanya berdekatan CFS UIA PJ ,di Seksyen 16 kawasan perumahan Petaling Jaya.Kawasan perumahan lama itu tenang, laksana sebuah tempat terbaik untuk rehat sebentar di tengah sibuk dan sesak bandar PJ.

Kami semua diberikan easel masing-masing,dengan kertas bersaiz A1.Aku langsung tak bersedia untuk berperang dengan arang pada pagi Sabtu ini,sangkaku bengkel ini untuk mengajar cara-cara menggunakan arang dalam lukisan sahaja.Encik Mohd Foad menerangkan elemen penting untuk memulakan asas lukisan,nyatanya

1.Komposisi
2.Bentuk
3.Rupa 
4.Warna 

semua memainkan peranan penting.Komposisi adalah yang pertama kerana komposisi subjek menceritakan kisah lukisan itu,contohnya subjek yang sedih tidak sesuai berada di tengah ruang kertas,subjek itu sepatutnya berada di sisi-kanan atau kiri terpulang pada kamulah.Cikgu lukisan kami pada pagi itu menggunak tengkorak sebagai subjek lukisan.Hebat sekali tangannya melarikkan arang di atas kertas.Analoginya, arang itu perlu menari-nari atas kertas bagai cubitan di pipi- harus tahu lembut,sederhana atau keras.Ah, analogi ini mengingatkan aku tentang perumpamaan 'Bagai pauh dilayang'.Seolahnya kamu melayangkan blusher di pipi,jangan terlalu terang,dan jangan terlalu samar untuk menaikkan seri.


First time using easel.That excited face, because I had Mr.Bean in my mind who was just as excited as me (did you watch that episode?)


Kami diberikan pilihan untuk memilih subjek yang disediakan oleh cikgu lukisan - pokok,epal,teko,bunga,arnab,gorilla dan tengkorak.

Duduk sahaja di hadapan easel,dengan arang dan pemadam yang dibekalkan berserta tampalan gambar teko sebagai rujukan di sisi kertas lukisan, aku jadi takut.Perasaan takut dan tertekan setiap kali aku hadiri kelas lukisan dahulu kembali lagi.Macam mana ni? I signed up for this!Sudahlah dengan seluar putih, kononnya 'white is my colour #white4life ' hahaha 😆😝 Aku dah lama tonton Mr.Bean dalam kelas lukisan, buah-buahan sebagai subjeknya dan dah lama hendak berada dalam situasi begitu, melukis menggunakan easel, konon hebat sekali.Sekali bila diberikan peluang, takut dibuatnya.Mujur ada Izyan ,menemani gelak tawa kerana kami berdua gentar hendak memulakan lakaran.Kemudian datang semangat untuk cuba sehabis baik,kehidupan kan suatu proses pembelajaran yang tiada hentinya.

Sepanjang sesi lukisan, Cikgu Foad datang dan menasihati tentang bentuk lukisan,sesekali dia bertukar posisi dengan pelajar,mengambil arang dan membetulkan lakaran kami.Hebat,kerana pembetulan yang dia lakukanlah,lukisan berbentuk teko,kalau tidak mungkin kamu juga tidak dapat meneka apakah bentuknya 😭

Bersama Cikgu Mohd Foad.
Terima kasih Izyan selalu menemani saya dalam pengembaraan seni kita.Love you lots! 
Pameran karya 
Saya dan teko 😂😆

We made it!
Sepanjang bengkel ini, aku bertemu banyak sekali manusia hebat, yang sudah arif tentang lukisan masih merendah diri menerima kritikan dan nasihat, yang baru belajar,mendepangkan tangan dan melapangkan dada menyerap ilmu yang dikongsi.Terima kasih semua,moga bertemu lagi untuk berkongsi kebahagiaan dan ilmu.


motivasi

Jiwa dan Hati

00:43
Jujur aku tidak ada idea hendak menulis, nak mengarang ayat puitis apatah lagi.Cuma di hujung semester ketika minggu belajar inilah selalu saja ada perkara melintas di kotak fikiran,dan pastinya jauh tersimpang daripada hal berkaitan pelajaran. T_T Sekali ini, izinkan aku menulis tanpa haluan cuma hendak meluahkan rasa.

Waktu-waktu begini buat aku terfikir, kenapa aku begitu inginkan gred yang bagus,apa yang aku kejarkan sebenarnya.Iyalah ada hari aku rasa pentingnya punya CGPA yang cantik,dapat menyarung selempang istimewa di hari konvokesyen kelak.Tetapi, bila fikir kembali, itu sahajakah tujuan utama aku di universiti ini?Kemudian ada hari rasa macam benarlah kata-kata orang bahawa waktu di universiti perlu dimanfaatkan untuk terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan, sukarelawan dan waktu terbaik untuk melebarkan jaringan kenalan.Benar.Keseimbangan antara dua sisi itu adalah yang terbaik.

Sudah di bulan Disember, waktu tepat untuk aku lakukan sedikit refleksi diri.Tahun ini aku belajar banyak sekali, yang aku fahami secara teori sudah jadi realiti.Rasanya? Perasaanya jelas, seolah-olah tinta di kertas sudah melayang di awangan membentuk kenangan.

Aku setuju dengan kata-kata Rainer Maria Rilke 
"Be patient towards all that is unresolved in your heart and
 try to love the questions themselves like locked rooms,
like books written in a foreign tongue.
Do not now strive to uncover the answers :
they cannot be given you
because you have not been able
to live them...
-Letters to a Young Poet p.17
Seperti itu juga kata-kata Syed Naquib Al-Attas yang memberikan definisi pengetahuan sebagai “the arrival of meaning in the soul as well as the arrival of soul at meaning”. Kita akan meletakkan nilai sesuatu di tempat yang sepatutnya apabila jiwa kita mencapai kefahamannya.

Okay biar aku jelaskan tentang dua kata-kata ahli akademik dan falsafah ini dalam kata ringkasnya, kefahaman tentang sesuatu keadaan itu akan sampai apabila kita telah melalui perkara itu sendiri atau dalam analoginya "ketika kefahaman itu tiba di stesen yang tepat,mengetuk pintu hati,maka hanya ketika itulah kita dapat menerima dengan selapangnya,tanpa apa-apa lagi persoalan".Jika pada waktu ini ada kegusaran dalam diri kita yang membuatkan kita terkadang bungkam kerana tiada jawapan,jangan terus memaksa diri untuk menjalinkan titik-titik untuk melakar sebuah kesimpulan kerana mungkin dalam perjalanan hidup ini,pada tahap ini,bukan waktu yang tepat untuk kita capai jawapan yang sempurna.

Akan tiba waktunya,percayalah.Maka dalam perjalanan panjang ini,silakan untuk terus kekal dalam bulatan pertanyaan itu tetapi pada masa yang sama jangan disekat keinginan untuk membebaskan diri daripada bulatan itu kerana lambat laun tanpa kita sedar kita akan tiba di stesen 'kefahaman' itu, maka terlerailah bulatan itu.Yakinlah dalam hatimu.

Izinkan aku berkongsi rasa, jika ada yang kamu rasakan benar pada saat dan ketika ini,lakukanlah.Tidak akan ada waktu yang lebih tepat melainkan pada ketika hati dan jiwamu yakin.Tetapkanlah dan lakukanlah apapun ia.Pastinya selagi tidak bercanggah dengan agama dan undang-undang.
Moga kita tiba di stesen yang sepatutnya

Manusia, kita seringkali takut dengan risiko.Jangan gentar, setiap perkara ada risikonya.Terpulang jika kamu mahu terus simpan rasa hati itu,mahu ditangguhkan beberapa tahun lagi,mungkin itu waktu yang paling tepat.Ya terpulanglah, kita semua ada perjalanan hidup sendiri.Cuma pintaku, jika telah bulat kata hati itu,lakukanlah.

p/s : Terpulang pada tafsiran masing-masing, kita semua pada stesen berbeza dalam hidup ini.Harapnya penulisan ini dapat membantu menenangkan hati sepanjang perjalanan menuju stesen impian.