Dalgona

02:24

 Assalammualaikum dan hai,

untuk insan yang sedang membaca dan tersenyum manis!

Sekejap sahaja sudah Disember.Saya tidak tahu mengapa tetapi kebelakangan ini yang saya rasa adalah takut.Bukan takutkan perkara-perkara mistik begitu,bukan.Ketakutan pada kehidupan yang penuh ketidakpastian.Life is uncertain - seperti yang saya penakan Januari lalu,pada penghujung tahun ini saya rasakan semakin menggunung perasaan itu.

Saya tahu tidak baik berfikiran begitu,tetapi dalm setiap zarah positiviti yang ada dalam diri saya,saya juga sedar,saya tetap manusia yang penuh keraguan dan kegusaran.Ini pastinya tulisan yang menunjukkan sisi paling vulnerable saya huhu.Mungkin kerana covid yang sudah berlanjutan hampir dua tahun lebih,mungkin juga kerana pertanyaan yang berselirat yang masih belum saya temukan jawapannya.

Tahun ini di sela-sela waktu yang terluang, saya lebih spontan menerima ajakan teman untuk berbual. Mungkin kerana covid juga buat saya sedar,detik yang kita ada semakin memendek,jadi saya perlu hargai setiap momen itu.Kadang-kadang terasa seperti diri ini makin pesimis.Hanya impian yang buat saya kekal optimis.

Wawasan 2022 saya hanyalah satu sebenarnya,ingin daki Kinabalu.Walaupun dalam lubuk hati yang paling dalam saya sendiri merasakan mungkin perkara itu susah untuk dicapai,tetapi biarlah saya simpan impian itu untuk 2022.Sofea baru-baru ini semakin semangat berkongsi pakej-pakej trip ke Kinabalu,walaupun saya yang awalnya beria-ria ,sekarang saya rasa takut,mampukah saya?

Tetapi saya yakin,jika usia 24 saya masih tidak berjaya menawan Kinabalu,mungkin pada 34 atau 44 ,insyaAllah saya akan tiba di puncaknya.Kinabalu hanyalah satu fragmen kecil daripada segenap kegusaran saya.

Apapun ia, saya percaya - My potentials are bigger than my fears and 2022 is going to be THAT year.InsyaAllah,amin.Moga apa-apa yang kita hajati walaupun mungkin tak terungkap di bibir,namun selalu terlintas di hati,akan dipermudahkan Tuhan.

Hujung tahun ini,saya ingin bertenang ditemani kopi dan sketchbook sambil merangka perancangan 2022.Moga ada waktunya.Ketika bertemu dan berbicara bersama beberapa rakan baru-baru ini,saya jadi semakin sedar yang kita semua ada ujian tersendiri dalam hidup.Bezanya,sama ada hal itu kita utarakan ataupun kita pendam sendiri.Saya hargai perkongsian diselangi pandangan serta pendapat mereka.

Sebelum mengakhiri penulisan kali ini,saya ingin katakan betapa saya rindu menyisip dalgona.Kopi dalgona selalunya akan saya sediakan ketika saya betul-betul ingin menikmati momen tersebut,sama ada membaca buku ataupun sambil melukis.Tetapi dalgona juga akan tiba-tiba menyesakkan dada saya pada malam hari,kuat betul kafeinnya.Ada sekali ini,ketika saya sujud dan merasakan shortness of breath serta heartbeat yang terlalu laju ,mungkin terma mediknya palpitations,saya juga cemas.Beginikah rasanya anxiety?Setelah bertenang sekejap,baru saya sedar,rupanya ini kesan dalgona.Tetapi dalgona juga ada sisi hebatnya - it makes my head buzzing with ideas ,real good ones about everything,artworks,life and my dreams.Cumanya,memang tak boleh tidurlah dan akan tiba-tiba emosional.Begitu kuat penangan dalgona.



Daripada Kinabalu sehingga ke dalgona,saya sudah puas menulis dan meluahkan apa yang terbuku.

Saya doakan yang terbaik untuk kita semua,semoga 2022 menjadi tahun yang bermanfaat.

Cabaran atau tangis pasti akan menyusul,namun kita perlu lebih teguh mendepani segalanya.

Semoga kita menemukan kebahagiaan pada kesederhanaan hidup.


                                                                                                                    Love,love - Farrah.

jiran

Jiranku : Salam Sayang untuk Farisya

18:27

 Assalammualaikum.

Sebenarnya sudah lama sekali ingin saya nukilkan perasaan ini teristimewa untuk Farisya.Jika kamu rujuk penulisan sebelum ini,bolehlah mendapat bayangan tentang betapa rapatnya hubungan antara keluarga di rumah 46 dan 48.Saya mempunya empat adik beradik manakala mereka pula enam orang.

Malam itu saya sudah bersedia untuk hari pertama latihan praktikal keesokan harinya.Setelah sediakan baju dan perkara-perkara penting,saya pun baring sambil menyembang dengan Saffa.Mukhreez beberapa kali datang,bercanda sambil membuka lampu bilik.Setelah kena marah sekali,dia pun blah.Baru terlelap dalam 15-20 minit Mukhreez datang lagi,saya fikir dia nak bergurau lagi aduh!Rupa-rupanya Akish datang dan katakan, Farisya dah meninggal,tersentak saya dan Saffa.Kami terdiam,terkejut.Allahuakbar.Kali terakhir saya bertemu Farisya adalah ketika Aidilfitri,waktu itu Cha hanya duduk di kerusi kayu jati.Cha sudah tak kuat lagi untuk berjalan.Dalam kebarung hijau mudanya,saya menghampiri bertanya sedikit tentang keadaannya.Farisya memang tidak lekang dengan senyuman,bila tanya "Cha,ok?", Cha hanya senyum-senyum sambil mengangguk.Alhamdulillah,ada foto saya dan Farisya pada hari raya kali ini."Cha,jom kita tangkap gambar raya satu,bukan selalu kan",Farisya hanya tersenyum.

Pada pukul kira-kira 3.15 pagi itu saya menyarung jubah dan selendang,dan kami sekeluarga bergegas ke rumah Cik Yusri yang hanya selang sebuah.Masuk sahaja ke rumah mereka,setelah mereka berkongsi sedikit tentang Cha,kami diajak ke ruang bilik.Cha dibaringkan atas katil.Masing-masing dalam kesedihan.Kami diizinkan melihat dan mendekati Cha.Sayu sekali melihat Cha.I kissed her forehead and hands.I held it gently as I know this would be one last time.Cha sudah tiada.Saya yang hanya jirannya ,tidaklah berkongsi katil atau bantal pun sudah sedih begini,saya pasti Kak Huda yang sehari-harian bersamanya lebih sedih.Kemudian Afiq,Azim dan Wafiy,serta Cikgu Maz juga bergilir-gilir masuk ke kamar itu.Beberapa ketika kemudian,pihak hospital tiba untuk mengesahkan kematian.Cik Yusri di suatu sudut ruang tamu berbincang dengan mereka.Setelah disahkan pemergian Cha bukanlah kerana covid dan oleh kerana komplikasi barah otak,makanya pengurusan jenazah dibenarkan di rumah.

Cikgu Maz,Ummi serta Puan Mala mula menguruskan jenazah Cha (beliau memberikan kain telekungnya sebagai pakaian terakhir Farisya,moga beliau diberkati).Cikgu Maz dalam sedihnya juga kelihatan reda dengan pemergian Cha,puterinya yang bongsu.Seketika di ruang tamu,setelah selesai urusan-urusan lain dan jenazah Cha ditempatkan di atas katil di tengah ruang tamu,kami mula membaca yassin bersama-sama.Melihat sosok Cik Yusri yang menangisi pemergian Farisya,saya juga turut sayu.Dear Cha,we all love you dearly.Memang benar kan, ibu bapa yang kehilangan anak,mungkin lebih perit daripada anak kehilangan ibu bapa.Anak ini yang dilahirkan dan dibesarkan dan akhirnya pergi meninggalkan kita dahulu.Didoakan yang terbaik buat Farisya.Pagi itu, Cik Yusri dan abah ke IPD Kulim bersama-sama menguruskan sijil kematian.

Farisya,yang usianya 13 tahun sudah saya anggap seperti adik saya sendiri.Selalunya apabila saya kongsikan foto hasil seni di instagram,Cha akan jadi antara orang pertama menyukai foto itu ataupun membalas story saya.Beberapa kali juga saya dan Cha bercadang nak melukis bersama tapi tak jadi,namun sokongan Cha yang sebegitu sudah cukup membahagiakan saya.Cha pergi sehari sebelum tarikh lahirnya.Lahirnya 6 Julai 2008,pulangnya ke rumah abadi 5 Julai 2021.Antara perbualan terakhir saya bersama Cha adalah ucapan hari lahirnya pada saya.Yang lain-lainya adalah berkisar lukisan.

Pada hari lahir saya tahun ini,saya terkenangkan Farisya.Usia kita sesungguhnya adalah sebuah hadiah yang paling besar.Moga kita menghargai usia yang ada dan memanfaatkannya.

Pagi itu,saya tetap ke RAK untuk hari praktikal pertama.Bagaimanapun,fikiran saya masih pada Farisya.Bimbang kerana tidak sempat menghadiri pengebumian Farisya,saya meminta izin untuk pulang lebih awal.Setibanya di rumah mereka,Kak Fatin dan suaminya juga telah tiba.Suasana sayu sekitar pengurusan pemandian jenazah.Saya turut sedih melihat abang-abang Farisya bergilir-gilir memegang dengan lembut tangan Cha,sentuhan terakhir yang penuh kasih sayang.Setelah jenazah Farisya dikafankan,sememangnya Cha kelihatan putih,bersih dan suci..Saya mengambil peluang untuk turut mengucup dahi Farisya buat kali terakhir.Sofea tidak ada di sini kerana masih di UPM,tetapi saya pasti turut bersedih atas pemergian Farisya yang kami kasihi.

Maaf,Cha kita tak sempat melukis bersama.Namun pada Ramadhan lalu ketika memberi dua set poskad raya yang dipesan Kak Huda,saya sempat menyediakan sebuah kad ucapan untuk Cha.Kad ucapan dengan lukisan bulan,ditambahkan kaligrafi nama Farisya Areesa serta ucapan pendek untuk memberi semangat kepadanya.Memang tiada yang istimewa pada tarikh itu,cuma saya tergerak hati ingin memberikan kad itu.

Moga Cik Yusri dan Cikgu Mahziliyah diberikan kekuatan menempuhi pemergian puteri tersayang.Buat Kak Fatin,Kak Huda,Afiq,Azim dan Wafiy,moga kalian terus dalam kasih sayang.

Nur Farisya Areesa binti Yusri, moga tenang dalam dakapan Ilahi.Kami semua sayang Cha dan sentiasa merinduimu.Kebaikan dan kemanisanmu akan selalu kami kenang.Terima kasih atas senyuman manismu.Cha meninggalkan kesan mendalam pada Kak Farrah.


Salam sayang,

Kak Farrah.





Penulisan ini ditemani tangisan dan perasaan yang telah terbuku sekian lama.Moga Cha tenang di sana.Doakan kami semua ya,moga kita bertemu kelak dalam kebaikan dan rahmat Tuhan.Izinkan saya menulis tentang insan yang saya kasihi dan telah pergi kerana walaupun mereka sudah tiada,saya harap merekan akan terus hidup dalam penulisan ini.

peoni

Peoni dan Kebahagiaan

02:05

 Hai dan assalammulaikum,

untuk orang-orang yang manis dan sedang tersenyum :)

Saya pernah menulis di sini tentang betapa peoni itu bunga yang harumannya bisa bikin seseorang bahagia (seperti saya!).Selain bunga ros,peoni baru saja ditambah dalam senarai bunga idaman hati.Bezanya,kelopak peoni lebih lembut dan harumannya lebih memukau daripada mawar,dan peoni itu lebih mahal T_T Saya fikir mungkin dua tiga tahun lagi barulah saya mampu membeli sejambak peoni,tetapi baru-baru ini musim Peoni sedang memekar.Sejambak peoni kecil,lima tangkai dengan harga yang sangat berbaloi,walaupun tetap berfikir 2 3 kali - Sofea katakan "Ambil saja,nanti terfikir-fikir"

Ya,memang benar.Kalau saya tidak beli,pasti saja saya menyesal!

Pagi 1 Syawal itu, saya asingkan peoni itu,membuang daunnya,memotong hujung tangkainya menjadi tajam di hujung (supaya lebih mudah menyerap air).

Riben satin putih mendakap peoni merah jambu dan baby breath putih,di pagi syawal.

Peoni cepat benar layu dibandingkan dengan mawar,maka sehari dua Syawal itu saya kucup harumannya yang masih memenuhi ruang.

okay disebabkan penulisan peoni memang panjang,jom kita kongsi gambar raya candid.









Tak sangka tahun ni takda PT3 - Saffa



Tahun pertama Saffa bagi duit raya, #pleasevisitmyig
@arts.bysqz (sila tambahkan pendapatan beliau!)

yes,candid



Tak rugi jemput Sum di UPM,boleh beli peoni

Raya ke-5,saya harus pulang ke UPM T_T

Blooming,so happily.The sweet scent will make you fall in love again and again.

Alhamdulillah,canon 700D masih berfungsi.Terus berbakti ya.



Kita nak guna filter apa ni??


Salam penuh kesyahduan gitueww

Benarlah,peoni memang wangi.




Akak, tangkap gambaq aku!!!




Syawal kedua,peoni sudah layu.Terima kasih peoni menambah kemanisan syawal.



Kebarangkalian adik-adik saya nak terjumpa post ini adalah sangat rendah.


Sekian,salam penghujung syawal.


Will update real soon as I am approaching the final week of semester.

Abadi

00:23


Antara memori yang abadi di Rumah Mak.

Lantai marmar rumah mak pagi itu sejuk sekali rasanya,selimut itu ditarik rapat-rapat menyelubungi badan.Seketika kelibat mak mundar-mandir di ruang tamu memerhatikan cucunya yang belum bangun.Nak bangun,alahai ruginya rasa tak menikmati pagi yang nyaman begini.Kalau tak bangun,rasa bersalah pula sebab mak dah bangun.Memerhatikan di tepi aku,sepupu dan adik-adikku yang masih juga lena - aku juga kembali tidur.Namun,apabila tersedar mak masih juga menjenguk ke ruang tamu,dengan malas-malas aku bangun melipat selimut dan letakkan di suatu sudut.Nanti bila semua dah bangun barulah kami semua ubahkan selimut yang dilipat itu ke sebuah bilik lain.


Langkahku terus ke dapur kerana selalunya hujung minggu begini ketika tidur di rumah mak,menu utama ketika pagi pastilah cucur ikan bilis dan nasi goreng telur.Rumah mak masih gunakan cerek yang apabila air mula mendidih,ia mula menghasilkan bunyi yang nyaring-menyedarkan si pembancuh teh yang mulai leka.Walaupun seingat aku,ada pemanas air elektrik tetapi untuk membancuh teh o panas,mak lebih gemar gunakan cerek keemasan,tetapi telah pudar warnanya.Untuk mengangkat cerek,kain perca batik dilipat-lipat sebelum dililit pada pemegang cerek.Panas sekali!


Nasi goreng telur mak sangatlah mudah disediakan,tetapi rasanya enak dan menjadi rebutan cucunya,termasuklah anak-anaknya.Walaupun seringkali mak menunjukkan bagaimana untuk menggoreng nasi,entah mengapa aku masih belum dapat menghasilkan nasi goreng sesedap air tangan mak.Hal yang membuatkan aku tidak takut mencuba pastilah kerana Mak selalu mendorong dan meyakinkan yang kita mampu lakukan apapun yang kita ingin tanpa jemu juga tanpa nada sinis yang bisa mematikan niat siapapun itu.Sebab itu apabila mak nyatakan yang beliau suka sambal ikan bilis yang aku cuba-cuba buat,alangkah bahagia rasanya - menghadirkan senyum setiap kali terbayang pujian yang mak berikan.


Rumah mak,tanpa sosok mak - hilanglah serinya.Benar,yang menghidupkan rumah adalah insan yang dirinya penuh kasih sayang.Selama mana insan itu hidup,mengalirlah kasih sayangnya pada semua yang bertamu di teratak kecilnya.

Pergi membawa rindu,depa tangan mak menyambut setiap nyawa yang hadir daripada rahimnya,pulang dengan seribu satu perasaan.


Melihat rumah mak hari ini,saya terbayang setiap kegembiraan yang selalu bercambah apabila dikongsi dengan mak.Benarlah,bahagia itu hadir apabila insan yang bermakna dalam hidup kita turut serta berbahagia.Masih jelas ingatan saya ketika bersemangat sekali berkongsi jadual waktu kelas ketika  darjah satu sebaik saja pulang daripada sekolah rendah.Entahlah kan,apalah istimewanya pada jadual waktu kelas.Istimewanya ketika mak turut tersenyum melihat saya teruja berbaju sekolah.Kemudian setiap kali mengambil keputusan peperiksaan,selain ummi dan abah,destinasi pertama yang ingin saya tuju pastinya rumah mak.Saya tahu berapa pun pencapaian saya,beliau pasti mengucapkan tahniah dan terpancar sinar kebahagiaannya.Setelah saya melangkah alam universiti,setiap kali sebelum pulang pastinya mak berusaha sediakan bekal.Bekal itu selain mengisi perut sepanjang perjalanan dalam ETS,tujuan utamanya adalah untuk mengubat rindu.Bekal kasih sayang istimewa daripada mak.


Mak,terima kasih atas kasih sayangmu.Dalam ketiadaanmu,masih ada hadiah istimewa yang engkau titipkan,kasih sayang yang tidak berpenghujung.Momen indah bersamamu yang hadir di sela-sela memori akan terus jadi yang paling manis.


Al-fatihah untuk Mak (nenekku),Khalijah binti Halit.


catatan 19/1/2021 -FarrahWZ



Hari ini setelah mengetahui pemergian seorang ibu dan anak perempuannya yang kelemasan di tasik,saya kembali terfikir-fikir bagaimanakah pengakhiran kita semua nanti.Pasti ada yang menangisi tetapi hal yang lebih besar adalah saya takut memikirkan dalam cara bagaimana kita akan dijemput Ilahi.Itu semua pasti jua akan berlaku - ajal maut,rezeki dan jodoh semua dalam aturan Tuhan yang Maha Mengetahui.



Yang fana adalah waktu.Kita abadi :

memungut detik demi detik,merangkainya seperti bunga

sampai pada suatu hari

kita lupa untuk apa.

        "Tapi,

yang fana adalah waktu,bukan?"

tanyamu.Kita abadi.

-Sapardi Djoko Damono (1978)


Secara harfiahnya kita tidak abadi,mungkin hanya perasaan itu yang abadi.

Al-fatihah pada semua yang kita sayang dan telah pergi.

Semoga dengan perasaan yang masih abadi ini kita titipkan doa pada yang telah bersemadi.

pak sapardi

Oh Mac!

15:42

 Assalammualaikum,


Semester ini baru sahaja bermula Isnin lepas.Gred saya tidak semuanya seperti yang diidamkan,tetapi gred Psikologi Klinikal itulah yang paling membahagiakan,Alhamdulillah.Terima kasih pada Dr.JH terutamanya dan rakan sekumpulan yang banyak membantu :) Kelak akan saya kongsikan projek intervensi yang dijalankan,itulah kali pertama saya menjalankan intervensi selain daripada kajian biasa yang dilakukan sebelum ini.


2021 bermula dengan baik dan saya lebih yakin yang ada impian-impian itu layak untuk terus kita gantungkan 5 cm di hadapan kening,walaupun ada antaranya yang kita tak tahu bila akan jadi realiti.Simpan sahaja,balutkan kemas dengan pengharapan.Dalam waktu yang sama,kita usahakan untuk jadikan ia realiti.Bila tiba waktunya,dengan izin Tuhan,yakinlah impian itu akan jadi kenyataan.Terkadang, ada impian yang kita sendiri lupa.Suatu hari apabila impian itu sudah terwujud,kita akan kembali merungkai momen istimewa - penuh pengharapan,doa dan keyakinan yang boleh jadi setahun,dua tahun ataupun 10 tahun lepas.

Impian akan terlaksana pada waktunya.


Izinkan saya berkongsi tentang Hujan Bulan Juni,karya Pak Sapardi Djoko Damono.Banyak orang selalu menyebut tentang Hujan Bulan Juni,namun saya tak pernah membacanya.Suatu hari di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018, saya nampak sosok Pak Sapardi. "Pasti insan yang hebat" detak hati saya.Pada saat itu saya tidak teringat tentang karyanya yang selalu jadi pujaan pencinta puisi.Namun saya yakin sekali,lelaki ini yang bertopi pet dan tampak kemas dalam kot berona gelap,pastinya seorang lelaki yang hebat.Beliau sedang duduk di reruai Indonesia yang menjadi negara tamu pada tahun itu.Kelihatan tenang sambil tersenyum,disapa mesra beberapa orang yang juga di situ.Saya hanya melihatnya dari rak-rak buku,sambil membelek novel Dilan 1990 karya Pidi Baiq yang selamat menjadi milik saya pada hari itu.Saya hendak menyapanya tetapi segan sekali,tambah pula saya tidak pernah membaca karyanya. Namun ada beberapa penulis yang sempat saya bergambar dan bertegur sapa - Kisah PBAKL 2018


Pada 2019,saya membeli buku sajak Hujan Bulan Juni.Sajaknya indah sekali,menyimpan seribu satu perasaan yang tak terungkap.Ya,terkadang hanya penulisan yang mampu menjelaskan segenap perasaan yang terpendam.Pada 2020 saat mengetahui pemergian beliau,saya turut merasa kesedihan hilangnya sasterawan hebat.


Dan baru-baru ini saat menonton filem Hujan Bulan Juni adaptasi daripada novel beliau yang juga diberikan nama yang sama dengan kumpulan sajaknya yang asalnya diterbitkan pada 1994, saya lebih menikmati keindahan puisi itu saat Sarwono yang menyebutkan bait-baitnya.Memahami nilai sesuatu akan membuatkan kita lebih menghargai.Di pertengahan filem itu,saya cepat-cepat ke bilik,membuka kotak bunga-bunga di bawah katil dan mengambil buku Hujan Bulan Juni.


Saat melihat Pak Sapardi yang berperan sebagai ayah Sarwono,saya turut menjadi sebak.Kenapa tidak saja saya menegurnya pada 2018 itu? Bukan egois.Mungkin saat itu saya belum mengenali dan memahami karyanya,maka tidak mampu menghargai.Kini setelah saya dalami setiap bait puisinya, timbullah kekaguman dan penghargaan yang sangat besar.Maka,tidak mengapalah.Kita akan tiba di stesen kefahaman pada waktunya,bukan begitu.


Bawah ini antara puisi Pak Sapardi Djoko Damono yang jadi kegemaran saya.Al-fatihah buat beliau.



PADA SUATU HARI NANTI

pada suatu hari nanti 
jasadku tak akan ada lagi
tapi dalam bait-bait sajak ini
kau takkan kurelakan sendiri

pada suatu hari nanti
suaraku tak terdengar lagi
tapi di antara larik-larik sajak ini
kau akan tetap kusiasati

pada suatu hari nanti
impianku pun tak dikenal lagi
namun di sela-sela huruf sajak ini
kau takkan letih-letihnya kucari
(1991)

AKU INGIN

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana:

dengan kata yang tak sempat diucapkan

kayu kepada api yang menjadikannya abu


aku ingin mencintaimu dengan sederhana:

dengan isyarat yang tak sempat disampaikan

awan kepada hujan yang menjadikannya tiada.

(1989)


Mac ini terik sekali.Jangan lupa minum air,ya.

Kebelakangan ini hujan mula membasahi bumi,syukur.


Doakan semoga semester ini baik-baik untuk saya :)




Hello,final is next week

19:29

 Assalammualaikum,

Good news is I just completed the checklist that I posted last week,the resolution list which I will now keep safely in my purse.


Compulsory post before this semester ends,I am currently taking 6 psychology subjects this sem :-


Sports Psychology

Expe Psychology

Culture Psychology

Child and Adolescent Psychology

Cognitive Psychology

Clinical Psychology

and Swim skills


I learnt a lot of new things with these 4 codes subject,yep the assignments are a bit critical compared to the previous subjects.However,I relaized that for me to enter the final year and started doing my final year project,all these subjects taught me how to pick the right topic,run spss,find participants and ensure that the program or research study that being conducted has a purpose and realistic - which will yield significant result.

I wish to share with all of you about the intervention program that my team and I conducted for clinical psych which was Psychospiritual Mindfulness Technique.Alhamdulillah,most of the participants highlighted that they LOVE the coping statement cards,which makes me HAPPY as I designed it with the bacjground of acrylic pouring and selected the statements with my two other groupmates - Farah Husna and Zubaidah.


The state of my table now - in front of my window there are 5 acrylic paintings.On my right,there are 3 acrylic pouring paintings (which I am so into right now,I mix and mix the colours and taraaaa it turns out lovely.Not to mention,it distracted me from completing my works,and on some time I just spend my sweet time to enjoy the beauty of uncertainty).Also, a stack of psychology books - Thanks Julie Pallant,you sure helped me a lot in running the SPSS.On my left side is a box full of acrylic paints - of Reeves,Marie's and Pentel.


Impian 2022 saya masih sama,mahu mendaki Gunung Kinabalu. :)


Hey,don't smirk nor laugh at me.


Life is uncertain,so might as well just put all our dreams in a list.Whether we achieve them or not,that is another matter.Impian itu yang menghidupkan.


Before I end this post, I would like to share some of my resolutions in 2021.


6.Life is uncertain,as long as you have a purpose to keep living,you are ALIVE!

7.Be fit and healthier

8.Donate blood thrice a year

9.Do something new,your potentials is BIGGER than your FEAR.


Doakan saya berjaya semester ini dengan cemerlang :) Amin.


                                                                                                                            Love,love,love,        

                                                                                        FarrahW