you love my blog?

Tips Blog Disukai Ramai

02:47
Assalammualaikum,

     Hye, background blog aku dah lain kan? Cantik kan? Ceh, tapi memang cantik pun. Ni aku ambil dekat blog clararella. Thank you.Dah lama dah aku cari background macamni ,macam lembut dan light ja kan warna dia.Harini aku nak post pasal tips blog yang disukai. Semua ni ikut apa yang aku suka,contohnya kalau aku buka satu blog ni dan contoh berulang-ulang macam polka dot.

    Bila nak baca tu,rasa macam sakit mata sebab susah nak tumpu.Bila kita scroll ke bawah taulah kan corak tu berulang-ulang,sampai pening kadang2. Aku akan elakkan guna background macamtu,mungkin pendapat aku tak sama dengan orang lain tapi aku design dan tulis dalam blog aku berdasarkan apa yang aku suka dan tak suka bila tengok blog orang lain.Bila kita tak suka sesuatu tu mestilah orang lain pun tak suka bila kita buat macamtu kan?

Okay,let's begin!

Kualiti Penulisan 

Blogging is Writing. Aku akan follow blog seseorang tu berdasarkan penulisan dia.Kalau best memang aku akan follow.Penulisan dia tak boring,pastinya.Tak kisahlah dia cerita pasal lifestyle atau info-info, yang penting dia tulis tu macam bestlah. Aku tak suka blog yang selalu letak gambar tapi tulisannya sikit. Memanglah picture tells a thousand words tapi kalau dah letak gambar-gambar makanan lepastu tulis "Laparlah,Ice cream harini".Apa tu?Tak fahamlah.Nanti sampai followers pun tak mau baca.

       Kita kenalah elaborate sesuatu tu.Janganlah sampai sikit sangat tulisan kita,nothing to explain.Kan lapar ice cream,kaitkanlah dengan keadaan semasa,cuaca panas sebab tu lapar ice cream dan lain2 ka.
 (Aku pun sedang cuba meningkatkan kualiti penulisan aku,kalau rasa tak tau cara penulisan yang disenangi ramai,rujuklah blog yang kita suka
         

Semaknya blog!

   Janganlah letak banyak sangat widgets dengan benda-benda lain. Sampai nak scroll pun lambat,tersekat-sekat haishh nak baca macamna ni. Mungkin penulisannya menarik dan tertarik tapi nak baca post lain punyalah susah.Kalau tercepat scroll terus jatuh ke bawah,nak kena scroll ke atas pulak.Kena pelan2 ,susah betul. 

    Ada blog yang shoutbox dia dekat dengan link older entry,jadi bila kita nak tekan older entry automatik keluar shoutbox (ni untuk shoutbox yang pop-out tu.tekan-keluar) Bila cuba nak tekan older entry,memang susahlah.Last kali terus tak jadi baca.Bila nak susun widgets tengoklah page elements tu betul-betul.Preview dulu.
      If we don't like that way,Then try avoid doing it

Tutorial sana,Tutorial sini!

   Blog aku ni,tak adalah aku edit banyak sangat.Dulu tutorial untuk blog pun aku tak pernah tengok dan cari.
Tapi bila tengok blog kawan tu ada curved border la, hover la apa lah,rasa macam nak ada lah jugak. Tapi apa yang aku perasan dekat blog-blog yang aku suka baca macam mr.K dan keknis dan Aida Syazwana. Tak adalah depa ni edit blog sangat.Maksud aku background biasa ja.Kosong tapi cantik.Cantik dengan gaya penulisan.

    Background janganlah gelap sangat.Dulu kan background aku colour pink gelap,aku tukar sebab bila aku baca pun rasa macam tak bersemangat.Background memainkan peranan penting macam yang aku tulis kat intro pasal corak berulang tu kan. Bila aku baca blog yang warna dia light dan ceria rasa macam relax tau.Macam tenang ja.Warna mainkan peranan penting, don't play-play haa.

Gambar Comel

     Letaklah gambar sikit.Memang aku selalu tak letak gambar tapi in future aku akan letak gambar dalam post.InsyaAllah. Memanglah aku kata  tak suka blog yang selalu letak gambar tapi situasi ni berbeza,letak gambar sebab entry tu panjang jadi taklah pembaca bosan.Bolehlah tengok gambar yang cantik.Nak gambar cari ja di Tumblr.               
                                                                                         



Jangan tulis perkataan PELIK.

  Ni juga terletak dalam kualiti penulisan sebenarnya.Janganlah tulis perkataan macamni. "Tadi sayeww pegiyy giant au.Lepax ngan kawan-kawan.Sowylah dewkat Fina sebab ta ajak die skaliy.Jangan maqah oke?Kiteww kan kawan.Jangan leww mewajuk.Kalau majuuk tamau ah kawan..Kiteorang makan kek,sedap giler Kbye"

Entahlah Fina tu sapa,aku main letak ja.Takdak nama lain dah.Aku tak suka baca,kadang2 nak baca tu punyalah susah nak faham.Sampai nak sebut pun,haihh memang susah la.Jadi tulis ja macam kita tulis bila buat homework.Pernah ka buat homework tulis macamtu,nak kena marah dengan cikgu BM hampa try la buat.

                                                      

Tak payah follow,Ingat dah link blog

Blogger yang top 5 aku selalu baca memang tak payah follow.Dah ingat dah link blog.Bila tulisan kita memnag superb dan best follow pun tak payah.Mesti dah ingat dah.Hanis Zalikha dan Mr.K ,dua-dua aku tak follow.Cuma blog yang nama panjang dan aku takut terlepas entry dia aku follow supaya boleh tengok di blog update.

  Itu membuktikan blog-blog orang yang aku ingat nama tu memang yang paling aku suka baca.Aku selalu angan-angan blog aku akan sepopular mereka-mereka itu.Tapi bilalah kan.Maybe ni  antara langkah-langkah untuk aku,menaikkan nama blog aku..Yeah,oh yeah!
                                                         
Shoutbox

Apa yang penting shoutbox ni memang memudahkan kerja kita.Kta boleh tahu siapa yang datang dan baca blog kita.Kemudian kita bolehlah singgah blog dia pulak.Boleh menaikkan blog traffic.Cuba check di stats.Tengok di traffic sources kebanyakannya untuk aku di shoutbox.Bila kita tinggalkan link,orang yang singgah di blog orang lain tu maybe akan tekan link kita kan.

Okay,ada lagi kut.Tapi lupa.Sesiapa yang rasa blog dia ni disukai ramai tinggalkan link okey dekat komen.Dan,sesiapa yang ada tumblr tu bagilah link.Boleh ambil gambar.


                                                   

Semoga tips tu berguna.Alahh,semalam (khamis) lupa tengok cerita Outsourced di TV2.Dah la best.
Lady Boss

Jom main pejabat, Aku jadi boss

23:00
Okay, aku tau la ada orang yang hampa sebab aku lama sangat tak update blog.Bila buka ja tengok pasal teng-teng tu kan. Biarlah aku nak rasa macamtu pun sebab bila aku buka blog orang yang aku suka baca mesti rasa macam 'awat la lama sangat tak update.Berapa kali dah aku buka.'

Assalammualaikum.

           Cuti ni kan,aku pun tak tau nak buat apa sebenarnya. Aku dah plan dah tapi satu pun tak buat walaupun sedikit.Tapi ada satu ni siap sikit. Impian aku kan nak ada kelab sendiri,tapi bukan dengan kawan2 dengan sepupu ja. Sebab..sebab aku malas nak buat ngn kawan,susah nak jumpa. Kalau buat kelab akulah jadi ketua.Okay,perasan. Sebab aku yang cadang ,akulah jadi.Haha tamak kuasa. Tapi aku rasa aku layak. Betul tak Anis?

                Dulu kan ,waktu cuti sekolah 2008 kot. Sepupu kan ramai, jadi bila balik rumah tok aku.Rumah nenek aku dekat ja dgn rumah aku. Sepupu-sepupu datanglah main kat sini. Kami main pejabat-pejabat. Aku apa lagi,cuba teka aku jadi apa?  Jadi Boss la. Setiap pkerja ada nombor henfon. Yang lawak tu untuk kami tau ada org call,org yg call akan nyanyi ringtone telefon org yg dia nak call tu,lepastu org tu jawablah. 
                                                                              
                   Bila main pejabat2 ni,aku ikut berdasarkan apa yang aku tengok di tv.Dulu slot Samarinda d tv3 yg malam2 tu mesti cerita dia,salah seorang dalam tu kerja pejabat kan.Satgi saham menurun,menaik. Aku pun buat camtu. Meeting dengan pekerja la. Lepastu aku akan sign apa saja yg setiausaha bagi.Hehe.

                     Setiap pekerja dapat satu buku.Kiranya kalau aku kata bulan ni syarikat nak keluarkan mainan teddy bear, depa kenalah lukis teddy bear lepastu aku bagi markah and sign. Senang ja jadi boss. Kerja dengan aku senang kalau lukisan cantik,gaji naik.Tulisan cantik, naik pangkat.

Saffa-Hanna

Atas dari kiri : Aidil, Luqman,Pak Cik Khalid,Akish,Emir,Farhan
Bawah :Iman


                                                      Lisa (sepupu) dan Safa (adik)

           Satu hari ni sorang sepupu aku merajuk kot. Sebab asyik aku jadi ketua, dia suruh tukar. Tapi aku takmau,aku suruh dia buat syarikat baru.Tapi malangnya sorang jalah kot pekerja dia. Sepupu yang lain terpengaruh dengan aku. Semua tu aku ingat2 lupa.Kalau tersalah jangan marah ok.

               Sebenarnya aku taktau nak tulis apa.Aku tulis ni sebab tiba2 ja ingat sekarang kan cuti sekolah. Selalu kalau tulis fikir jugaklah,orang suka ka tak post macamni.Tapi aku fikir juga kali ni cuma malas ah nak delete post ni buat post baru ,nak kena cari idea pulak.
 
Tekalah aku yang mana, tak ada pun. Nantilah. Sebenarnya malas nak letak gambar,tapi nanti hampa takleh bayangkan macamna kan. Hehe.

Jom lompat-lompat

12:03
 Sekarang 11:53 pagi. Sekolah start pukul 12.30. Sebenarnya daripada pukul 9 pagi lagi aku buka laptop.Tapi asyik buka facebook ja.Padahal facebook pun bukan ada apa2 pun tapi malas nak update blog.Taktau nak tulis apa.Ada banyak nak tulis,tapi malas.MALAS.

    Sekarang ada Karnival Bintang Kecil di sekolah.Setiap kelas kena masuk apa2 acara tradisional,nasyid,english drama and etc.Karnival ni macam nak asah bakat dan tonjolkan diri kita lah kan.Aku wakil kelas untuk permainan tradisional.Ada congkak,batu seremban,galah panjang dan teng-teng.Aku masuk yang lompat-lompat tu which is teng-teng.

              Aku asyik cakap kat kawan-kawan yang aku terror main game ni padahal yang aku tau lompat-lompat ja.Dia ada banyak juga peraturan iaitu kita takleh pijak urat kotak tu waktu lompat.Baling batu sambil mengalih kebelakang.Yang tu ja kut,taklah banyak sangat.Harap boleh buat yang terbaik satgi.Taktaulah.Lompat ja.

                                                                            
              
so boring so blank

Sedang menaip

00:31
Okay.Aku tak tahu nak tulis apa sebenarnya ni.Boring,tapi nak tulis jugak sebab rasa macam lama dah tak menulis.Aku rasa kadang-kadang macam aku 'menipu' masa menulis.Ehh,cerita yang aku tulis sebelum ni semua betullah cuma 'menipu' tu maksud dia macam sebelum aku nak tulis aku akan filter dulu benda apa dalam kehidupan seharian yang nak tulis.Kena pilih-pilih okay.Paham tak?

        Macam ni,kan nak tulis kan.Tapi taklah tulis semua.Semua yang berlaku dalam hidup ni.Taklah tulis,tadi pergi kantin makan roti,lepastu balik kelas baca buku.Haha nampak macam karangan catatan ja kan.Kadang-kadang kan aku rasa nak delete ja  blog ni,nak buat apa.Tapi bila aku baca blog macam FL , keknis mesti rasa macam aku nak ada blog jugak.

     Susahnya nak faham aku kan.Haha, itulah maksudnya aku ni unik,Okay,unik sangatlah kan? : ) Okaylah,nak tulis pasal lain.Aku dah habis idea nak tulis pasal keunikan aku.

          Sekarang ni,di  utara semenanjung Malaysia selalu hujan kan?Jadi sebagai rakyat yang bermastautin di Kedah ,aku pun dapat merasai hujan.Apalah aku taktau macamana nak tulis ayat yang kat sini hujan dan aku pun kena hujan...Buat-buat faham sudahlah.

          Tadi kena hantar buku teks Form 1 dan ambil buku teks Form 2.Rasa macam best sangat nak masuk form 2 rasa macam..Macam nak bagi dapat 8A ja dalam semua exam tahun depan,Okay semangat aku untuk belajar macam tinggi tau  level dia lepas dapat result akhir tahun.Sebab result akhir tahun taklah AAAA ja semua.Dapat pun berapa helai ja,banyak lagi subjek tak dapat.Aku dapat bahasa inggeris dan agama sangat cukup-cukup makan, atau atas pagar ja.

                                                                     

           Exam haritu kan tak study betul-betul sangat sebab exam lepas result yang agak bagus.Tulah perasan sangat keputusan dia elok sampai malas baca buku.Haha,sebabtu lah waktu cikgu nak bagi kertas sekarang ni aku relax ja,sebab kalau tak dapat A pun takpa.Takpalah sangat,tapi dalam hati waktu cikgu nak bagi doa nak dapat A.Aku rasa macam buat pun banyak tu ja dapat pun banyak tu lah kan.

             Entah.Aku taktau nak tulis apa dah.Sekarang ni aku handle kelas,sebab Syikin kena pergi kem.Aku kan penolong kelas yang malas.Haha.Tadi rasa macam best sikit sebab aku rasa macam  ada krja.Ya macam busy sikit.Walaupun taklah busy mana.


Okay,hampa cuba kira berapa perkataan macam kat atas tu? Hehe banyak kan.

Bye,Idea sudah kekeringan.Evaporate kut.