Manis
15:05Assalammualaikum,
Hello orang-orang yang cantik dan manis!
Skirt pleated merah jambu meliang liuk
ditemani angin segar dan hujan renyai
Bersepatu merah jambu
Diteduhi payung merah
Nuansa yang berbagai
Namun baju tetap putih
Ada rasa
ingin menari
di tengah hujan
berpusing-pusing
Menikmati alam
Berdamai dengan hujan
Mungkin saja rasa gembira hari ini kerana
rupa-rupanya kelas tiada
ataupun kerana
baru sahaja mendapatkan sebuah buku puisi
Puisi selalu berjaya
membuatkan diri tersenyum
dan tiba-tiba
dunia mendadak terlihat
lebih indah
dari yang biasanya.
Sampai saja di bilik
disediakan
secangkir coklat panas
dan saya di sini
menyampaikan rasa-rasa
ini.
Selalulah temukan kebahagiaan
pada perkara yang sederhana
supaya kita sentiasa
ada sebab untuk terus
senyum dan bahagia
Perkara-perkara
yang menghadirkan
runsing
biarkan saja
lepaskan bebas
Senyum sikit
kan manis,begitu.
Memutuskan sama ada
membeli atau tidak
buku puisi
adalah seperti nasib
Kubelek-belek buku
Jika selakan jari
terhenti pada helaian
yang enak puisinya- maka terus dibeli.
Buku puisi bukanlah seperti novel, yang boleh dibaca sinopsisnya.
Cukuplah hanya serangkap puisi yang berjaya membuatkan hati jatuh cinta,maka sang pembaca akan terus memilih untuk memiliki buku itu.
Mari jadi lebih manis, November ini
pada senyuman
dan kehidupan. :)
0 comments