ADA BAKAT KE TIDAK?

22:56
Waktu-waktu cuti sekolah ni saya amat pasti banyak yang ber-online dari siang sampai ke malam lepas tu sambung pulak shift malam sampai ke pagi.  

Yang jelas memang pekerja berdedikasi kepada Google Chrome serta Internet Explorer  /ada lagi yang guna? /  dan tidak lupa Syarikat Twitter yang mengupah lebih banyak pekerja untuk menandingi Facebook Sendirian Berhad.


Wah,intro harini menarik kan?


Sebelum anda mensia-siakan cuti ni dengan perkara yang berfaedah /mengambil berat tentang kehidupan harian kawan-kawan yang sentiasa mengemaskini status/ .Agak berfaedah la,tapi tak perlulah 24/7 kita terlebih ambil perhatian tentang mereka.


Cuti hanya tinggal lagi 5 minggu.PERHATIAN 5 MINGGU.Saya sendiri pun takut nak tengok kalendar,kerana terasa bahawa hari semakin dekat.1,2,3,4,5 semudah itu kita mengira maka semudah itu hari-hari INDAH ini berakhir.

Macamna nak jadikan cuti ni sebagai memori yang >>>


"Oh,aku pernah buat ...... waktu cuti sekolah form 2 dulu"


Kiranya adalah juga benda yang nak diingatkan.Lawaklah kalau nak cerita nanti bila besar 


"waktu cuti saya online ja.Online itu ialah on wi-fi kemudian tercongok di hadapan laptop/handphone"


.TAK MENCABAR DAN MENARIK.    \/\/\/\/\/\ kosong/\/\/\/\/\/\



Apa yang anda kena buat ialah,explore dan cari bakat yang terpendam ataupun asah apa yang sedia ada.


Kajian menunjukkan kemampuan kita untuk  meningkatkan kemahiran pada bidang yang kita minat      dan kurang minat adalah berbeza.Contohnya anda minat menjahit tetapi bila tengok jiran anda pandai melukis maka anda pun terus berlatih nak lagi bagus daripada dia.


Kalau anda guna masa tu untuk berlatih menjahit baju kurung barbie doll atau alas meja sebenarnya bakat anda akan lebih terselah.Tempoh yang lama diperlukan untuk ada jadi pelukis yang handal dari jiran anda.



                                                            

                                                   

Saya telah mendapat banyak dorongan daripada buku ini yang juga menjelaskan mitos-mitos yang membuatkan kita selalu kurang keyakinan dan motivasi.      /\/\ Bagus juga kalau anda baca buku ini /\/\




cuti sekolah

Happynya Happynya

22:49
Hai kawan -kawan : D

Aku sangat gembira harini.Hahahahahaha.Aku tak gila lah kalau tidak aku takkan dibenarkan menggunakan laptop semata-mata nak mengupdate blog ^^.

Aku tengah melayan perasaan sambil dengar lagu kat Reez Kopitiam.Restoran abah aku.Dah buka sejak bulan September  /kenapa tak bagitau?/  Saja,lagipun siapalah nak baca blog beta? Tsk.Tsk. Hahahaha.

Kat mana? Depan SK Air Merah belakang Restoran Pokok Nyor.Kalau sesat tak boleh cari jugak telefon sini - 044930092 ( no telefon kopitiam)


Ni waktu opening,jemput sedara dan kawan-kawan .

Tauke kedai  Abah aku. :)


Aku tolong jugak dekat kitchen kalau free.


Aku tengok viewers blog meningkat tapi kan aku tak tahu siapa yang suka sangat dengan hasil tulisan tentang kehidupan harianku. :) Jadi tinggalkan lah link blog kat shoutbox.Tahulah jugak siapa yang baca kan.

Di bahagian BIO aku ada shoutbox sambil tu boleh la tahu sikit latar belakang aku yang tak berapa nak famous mana ni.

Aku ada banyak benda nak siapkan cuti ni.Aku dah buat list.Kira-kira 53 kalau tak pernah silap.Memang tak silap rasanya.

Squeeze the sponge

21:42
Kadang-kadang imaginasi aku melangkau lebih tinggi daripada Spongebob.

Kadang-kadang benda yang aku buat adalah lagi bodoh daripada yang Patrick buat.

Kadang-kadang aku terlalu boros nak semua baju up-to-date macam Pearl

Kadang-kadang aku rasa duit aku ni banyak sangat macam Mr Krab tapi sayang sebab aku tak sayang duit macam dia.

Kadang-kadang aku macam Squidward yang nak suasana aman sambil relax waktu cuti.

Kadang-kadang jugak aku macam Sandy yang excited nak bersenam dan buat cookies.

Kadang-kadang aku macam Plankton yang cemburukan kejayaan orang lain lalu berusaha sebab nak jugak jadi macamtu tapi tak guna taktik kotor la

Kadang-kadang aku macam Gary yang asyik menunggu dan menunggu - makanan!

Tapi apapun kalau waktu lapar sangat teringin jugak nak merasa Krusty Krab!

Mud In the Jungle

14:04
Kem Integrasi

Hari Kedua

Banyak aktiviti yang dibuat.Paling mencabar, ialah Dinamik.Kena meniarap dalam lubang yang penuh dengan lumpur.Lepastu kena lari ikut checkpoint

Naik atas padang,dua orang kena angkut angkat satu kawan dari satu gawang gol ke gawang gol lagi satu.PENAT.Lari naik atas bukut.Gelongsor turun dari atas tu.Eh,dah macam playground.

Hasilnya, seluar track dan t-shirt yang kotor dengan lumpurPengalaman yang mengagumkan.Cewahh.


Mud In The Jungle.


24 hours is enough

00:09
                       I have so many hours free with spring break, yet I never seem to be able to make the most of them. ;A; I need to work and draw faster.

Pleasee, don't complain too much.

There's once,when a motivator ask "do you think 24 hours is enough for you?"

And some of my friend replied "No,we need 60 hours or blablabla"

And I am like REALLY? Because if you can't ever managed yourself in 24 hours you are asking for 60 hours.

This is totally nonsense.You know what time is not a problem duh,that's you.You are making the problem.

You want 60 hours?Tell me what u want to do with another 36 hours.

You know what if u have 60 hours then it will just go on like that,24 hours 6 hours studying at school then the time at school must be added right?It will just flow the way it is.This is call life,

Live your life to the fullest.

When we're asking for something more,we don't realize that we need to change ourselves first.

Proscrastination

22:58
Harini aku nak belajar sungguh-sungguh.Homework siap awal,nak tidur awal.

8.30 malam

Okay,dah makan,dah sembahyang.Masa buat homework.Eh,earphone mana,nak dengar radio sambil buat lagu baru best.

8.45 malam

Yeah dah jumpa earphone boleh mula buat homework.Eh,radio mana best?Alaa,apa frekuensi Era.Waktu mencari-cari frekuensi,dah 5 minit.

Okay mula buat homework.Haihh dengar lagu ni,susah aku nak cari isi ringkasan karangan.

10.30 malam

Eh malam ni cerita best-lah.Satgi aku sambung balik.Tengok cerita,bila iklan buat sikit.Tapi sampai 3 kali iklan pun satu perenggan tak siap-siap.

Lamanya iklan ni tukar channel lain,tak buat homework.

12.30 malam

Laa,pukul dua belas dah tak payah buatlah,sambung esok pagi malam ni aku nak tidur awal.Pergi cuci muka,gosok gigi.

-----------1.30 pagi

Tengah makan keropok sambil tengok tv.Alaa cerita ni dah lama aku tunggu,rugi tak tengok ni.

2.00 pagi

Dahlah mengantuk gila ,aku nak tidur.


                              ******************************************************
Wei jangan buat macamni sudah. Belajar betul-betul.

Jangan nak tangguh,tangguh sangat.Nanti dapat result tak macam target, tak payah nak buat menyesal sangat.

Waktu tu menyesal dapat apa.

Kegagalan satu pengalaman,kena bangkit semula.Tapi dah jatuh,buat malas nak bangun tu memang susahlah.

A reminder for myself too.

Ni dah kenapa kan,tiba-tiba ja letak gambar.Hahaha.

LastMinute

23:59
Assalammualaikum,

LastMinute is my pleasure.

Buat homework last minute,esok nak sekolah malam ni buat.Lagi-lagi sekolah petang lagilah bertambah peluang kemalasan aku.Kalau sekolah pagi mungkin aku akan buat cepat2 tapi bila dah petang ,ada chance jugak fikir esok pagi buatlah.Padahal aku pagi-pagi buat homework?Tolonglahh.itupun kalau urgent cikgu nak kutip,memang buat ah jugak.

Ish memang betullah,

First day holiday         : Facebook
Second day holiday    : Facebook
Last day holiday         :  Face the book

Tapi Farrah Wahida tengah face the book hari last pun ada jugak masa dia online.Entah apa nak jadi kalau tak berubah.Tak boleh nak bayangkan nanti form three.Nak PMR.Takut tapi x pernah berubah.

Kata-kata motivasi dah ada 4 kertas A4 tampal besar2 depan meja belajar tapi satu pun tak ikut.Kerja gila betol.Sampai kadang-kadang orang masuk bilik aku baca kata2 tu tapi tengok aku tengah relax online facebook dan dengan relaxnya lagi boleh cakap "aku tak siap homework lagi"

Malu jugak bila orang lain baca kata-kata yang tak berjaya memotivasikan aku. MALAS.

Aku rasa aku kena da kawan yang jenis,mesej,wei buat homework.wei,hg takmau dapat 8A ka?Wei,hg nak dapat hadiah waktu hari anugerah cemerlang x?

Tapi apa-apa pun.Diri sendiri yg tentukan.Sebab tulah aku kena ubah diri ni dulu baru boleh semua perancangan berjalan lancar.Hwahahahaha.

Ayat cliche, SAYA NAK BERUBAH. Tapi tak pernah berbuat demikian.

Stress dengan diri sendiri.Tak mula sekolah aku ok lagi esok dah mula habis.

Inipun aku rasa macam esok cuti lagi.Gila tak gila.

Ehm,entahlah i don't know.

The only conclusion when I'm finishing my meantless words.Please,anyone when I'm online.

Come and chat with me and please say..  " FARRAH CHANGES YOURSELF PLEASEEE"

class

Sweet morning

08:58
Assalammualaikum

I am going to school.Ya,today is holiday, you're not mistaken.It just that my class,my friends and I and our class teacher are gonna make up the class.We're going to wrapped the tables with some orange-coloured paper and then covered it with plactic so that it'll not gonna torn in case if the morning session pupils are too vicious while doing their homework.Okay sorry.

What more?I'm typeless.No,there's none of that word TYPELESS ,in the dictionary.It's just that ya, I am lost of words.Nothing more to be mentioned here,I'm just updating this blog, so in case my stalker are reading so there's a new entry for them to check it out'.

But , does there anyone who love to read my blog?If ya,do say a hi t me on facebook.Oh,everytime when updating ze' blog, when I'm going to hit the publish button just then I'll remember some good stuff to be told.

So, Danish my lil' cute cousin is in the hospital.Pity him,buat I'm not that too sympathise for him.Ya, i love  to tease him.So Danish Insyaallah will  get out of that hospital tomorrow.Bye

Al-Fatihah untuk Walid

17:44
Hari Khamis haritu walid meninggal.Terkejut jugak,tapi yang aku tau satu hari nanti benda ni akan berlaku,tak kiralah bila. -bila pun.

Waktu kat kantin tu ,aku nampak abah lepastu aku pergilah ,abah kata jom makan.Aku macam dah 3.45 ni rehat nak habis dah takkan nak makan kat luar.Lepastu abah kata walid dah meninggal.Okay,first2 tu rasa macam serabut ja.Taktau nak nangis ka senyum ja.

Pergi cari Sofea.Lepastu pergi bilik guru bagitau cikgu kelas.Tunggu kat bilik kaunseling,nak ambil surat untuk balik.Dah duduk kat situ kan,takda orang aku pun dok fikir la balik,recall balik keluar makan dengan walid lah,waktu walid bagi duit sebab dapat upkk straight A,macam-macamlah yang aku fikir.

Pusing satu sekolah sampai taktau nak pergi mana dulu.Pening,serabut ja rasa.Nasib tak pengsan.Kuatkan semangat.Lepastu pergi ambil beg kat kelas.

Lepastu waktu dalam kereta dah rileks sikit.Aku selalu ingatkan kat diri sendiri satu hari nanti kalau bukan haritu walid akan pergi juga.No matter how,aku kena terima semua ni.

Sampai kat rumah mak,tengok ramai ja.Anis keluar dengan pakai baju sekolah.Aku dengan Sofea pun pakai baju sekolah,tak sempatlah nak balik rumah tukar pulak.Tapi takpa dekat ja rumah mak dengan rumah aku.Masuk dalam tengok walid ada atas tilam.Badan dan muka walid dah tutup dengan kain.

Tengok Cik Nani and cik Azim tengah baca Yassin.Mak Chaq dan Mak Tam pun ada.Bila tengok ja Walid aku pun nangis baliklah.Tadi dah berhenti dah,tapi sedih pulak tengok walid.

Umi pun ada.Cuma sibuk sikit sebab nak urus banyak benda.Tapi waktu umi sampai pun walid dah tak ada.Walaupun sekolah umi dekat dengan rumah mak.Ajal tu takkan lambat sesaat dan takkan cepat sesaat.Allah dah tentukan semuanya.Kita kena redha.

Untunglah cik Nani,sempat bawa walid keluar makan pagi tu.Tapi aku pun dah keluar makan dengan walid sabtu lalu,cuma tak banyak sembang dengan walid.Tak apa,aku bersyukur jugak dapat keluar makan dengan walid.

Then pergi keluar sat,ambil angin.Nangis lama-lama pening kepala.Waktu tu Pak Su,Uncle,Tita,Mak Njang,Mak Long tak sampai lagi.Dekat maghrib baru sampai.

Malam tu jugak walid dikebumikan kat Masjid Kulim.Sedih jugak dengar talkin yang ustaz tu baca.Lepas balik dari kubur,kami baca Yassin.Sampai malam Ahad buat tahlil dengan khatam Al-Quran.

Malam kedua tu,kami kumpul ramai-ramai.Asyik ceritakan tentang momen-momen indah dulu dengan walid.Sebak jugakSemua orang cerita pasal kenangan yang best dengan walid.

Cuma waktu tu tak rasa sangat sebab rumah mak masih ramai dengan saudara-mara.Yang aku rasa walid masih ada cuma tiada di rumah.Tapi sekarang bila semua dah balik,bila duduk sorang-sorang ingat balik pasal dulu sedih jugak

Rindu kat walid.Aku tau semua orang rasa macamtu.Tapi satu hari nanti aku pun akan pergi jugak.Muhasabah diri sikit bila dah jadi macamni. : ).Kenalah banyak-banyak buat amal baik,jangan tinggal solat.

Sampai sini ja lah.Semoga roh walid ditempatkan di kalangan orang beriman.Al-Fatihah.Amin.

Kalau boleh nak tulis banyak lagi nantilah aku buat cerita.Cuma tu untuk ahli keluarga jalah yang baca ya.
LipIce so Cool so Cute

Saat Magikal Bersama Lipice

02:13
Assalammualaikum.

kawan-kawan,pembaca-pembaca,makcik-makcik,adik-adik,kakak-kakak,abang-abang... dan

                             SEMUA YANG ADA DI BLOG INI!

Ishh, tak pernah-pernah buat macamni.Ada apa2 ka? Ehmm,okay dulu aku ada tulis pasal lipice kan dengan entry bila punya.Siapa yang baca mungkin dia tau.Tapi untuk yang tak baca lagi kan baca ini.

Okay,itu bukan motif aku untuk menulis.Bercerita tentang post yang sudah lepas.Bukan.Bukan. Hanya nak cerita tentang "lihat tajuk di atas".

                      SAAT MAGIKAL BERSAMA LIPICE

Aku pun tak ingat betul2 bila kali pertama aku beli lipice ni.Tapi........Cerita pun bermula...

    Selalunya kalau aku baca majalah Mangga kot,waktu membuka helaian kertas tu mesti akan terjumpa iklan lipice.Okay,sebenarnya majalah mangga tu mak cik aku punya.Hehe.Dah boring kat rumah tok umi bacalah majalah kan.

Selalunya,dekat tv ada iklan lipice.DEkat majalah pun ada.Oleh sebab perasaan curious yang membuak-buak.Ceh,macam darahlah pulak membuak-buak.Okay,whatever.

Aku pun naklah jugak ada lipice kan.Yang betsnya lipice ni, ton warna dia tak terang jadi sesuailah untuk teenagers.Kalau lipstick tu macam terang sangat nampak obvious sangat.Kalau pakai lipice sheer color dia ikut individu tu punya darah kot,jadi nanti warna mulut kita takkan sama walaupun pakai lipbalm yang sama.

                                                      

Aku ni tak gemar sangat dengan lip gloss atau lipstick.Oleh sebab tu bila jumpa lipice ni aku rasa macam paling sesuailah kan.Bila pakai lip gloss aku rasa macam wow bersinarnya bibir ni.Rasa macam semua orang tengok kita.Bila pakai lipstick pulak rasa macam terang gila dan tak sesuai untuk remaja.

     Disember tahun 2010 aku agak2 first time aku beli lipice kot.Waktu nak ke kenduri kahwin pak su aku pakailah lipice sheer color.Masa nak bersiap tu tok umi pun pinjam lipice aku.Tok umi kata cantik sebab warna dia kan.

Mula dripada situ,makin ramai orang yang tahu pasal lipice dalam family aku.Akulah penjaja ceritanya,siapa lagi.Sampaikan sekarang ni dua mak cik aku yang aku pinjam majalah Mangga depa pun pakai lipice.Hebat tak,penangan lipice?


                                                              
                                                 
Hahaha.Bila banyak yang suka aku syorkan depa beli.Why not,kan?Harga pun affordable takda lah sampai berpuluh-puluh.RM 14.90 sahaja.Baru-baru ni waktu pergi Tesco ada Lipice Value Pack beli lipice sheer color dapat lip gloss.Apa lagi,belilah kan.Dahlah murah buy 1 free 1 RM 14.90.

Lagipun mini lipbalm yang dapat free tu dah semakin pendek.Mestilah beli yang baru,kan?Waktu dapat mini lipbalm tu memang gembira gila.Yeah,dahlah tak pernah dapat surat kan,ada benda free pulak.

Dengan cuaca di Malaysia ni.Taklah panas sangat cuma kadang2 kita yang tak minum banyak air lepastu pergi jilat bibir pulak.Lagilah merekah.Sebab itulah kena d bend yang protect bibir kita dri sinaran UV.Lipice fruity ada menthol,jadi bila pakai bibir rasa sejuk ja.Barulah bersemangat.

                                                                 

Waktu kenal dengan lipice aku ada buka website di dan baca tentang cara protect bibir kita,siap print lagi tau.Yalah berguna jugak untuk bibir.

Selalunya aku pakai lipbalm mini free tu di sekolah.Dahlah kecik senang nak simpan dalam poket boleh pakai senyap2 pengawas tak nampak kan.Bila pakai tu rasa macam..Entah,tapi rasa gembira ja.Asyik nak senyum ja rasa.

I love lipice forever.Harap lipice dapat keluarkan lagi banyak produk yang cantik dan elok. :)

SEtakat ni aku dah ada Kissy pink,Lipice sheer color dan lip gloss Candy apple .
Bila pakai lipice,senyum nampak cantik jaa.Eh,terperasan pulak.Takpa kan.